4

1.1K 118 15
                                    

(raw, non edited)
— word count : 2283 words

"AWFIAH minta maaf Akalil...Awfiah tak berniat nak—"

Terus Awfiah menghentikan kata tatkala pandangan takut-takutnya ditentang tajam oleh Akalil. Sungguh, dia tidak berniat untuk pergi sejauh ini.

"Kebaikan aku kau pijak pijak Awfiah. Aku cuba jaga kau dengan cara yang betul. Tapi kau?"

Awfiah menunduk. Dia layak dimarahi. Benar kata Akalil. Dia mengambil kesempatan atas kebaikan lelaki itu berikan selama ini. Kerana kebodohannya, dia menjerat Akalil dalam permasalahan hidupnya. Dia kotorkan nama baik lelaki itu demi kepentingan diri dia sendiri.

"Kau dah calarkan maruah aku Awfiah. Kau...calarkan air muka nenda aku." Terketap ketap rahang Akalil menahan gundah gulana dalam hati.

Awfiah melutut di belakang. "Akalil layak untuk marah Awfiah. Ini semua salah Awfiah."

"Aku fikir kau lain dari perempuan dekat luar sana Awfiah." Kepala digeleng perlahan. Keluhan maha berat terbuang jua dari ulas bibir pucatnya. Dia tidak tahu mahu bereaksi bagaimana.

Marah?

Ya. Dia sedang marah. Tapi dia masih waras untuk terus melenting tidak tahu pasal.

"Awfiah minta maaf, Akalil..."

"Bangun. Kau buat aku nampak jahat dekat sini."

Patuh. Awfiah bangun berdiri. Dia...Dia tak mahu penduduk kampung memandang serong terhadap Akalil. Akalil tak bersalah. Dalam hal ini, Akalil hanyalah mangsa keadaan.

Dia...

Dia yang sebenar benarnya jahat. Dia jadikan Akalil kambing hitamnya demi...

Awfiah mengetap bibir.

PIN!

PIN!

Terkatup rapat dua belah mata Akalil apabila derapan kaki Nenda Iman laju menerpa ke arahnya. Dia sudah dapat membaca apa yang bakal diterimanya nanti.

PANG!

"N-Nenda Iman!" Pantas Awfiah memegang lengan wanita tua itu. Air matanya kembali tumpah. Kepala digeleng perlahan. "Jangan tampar Akalil..."

Menjenggil biji mata Nenda Iman mencerlung sepasang mata tanpa emosi cucu lelakinya itu. Makin buat dia naik marah.

"Tampar Awfiah nenda...Tampar Awfiah. Ini salah Awfiah..." Tangan kiri Nenda Iman diangkat separas mukanya.

"Jangan masuk campur urusan aku, Dzikra Awfiah." Amaran diberi.

Awfiah menggeleng. Salah dia. Dan akibatnya juga harus dia yang terima. Bukan Akalil. Lelaki itu tidak ada salah apapun.

"Tak pernah nenda ajar anak cucu nenda buat benda terkutuk macam ni Akalil. Kamu ni dah hilang akal ke?!" Rapuh suara nenda memarahi. Orang ramai mula membisu dek pertama kali mendengar suara tinggi Nenda Iman.

Akalil tadah telinga. Tidak ada niat mahu membela diri atau menghujat apa apa di sini. Tuduhlah apa sekalipun, yang dia tahu, dia tidak berbuat apa apa benda terkutuk di belakang keluarganya.

"Apa yang kamu fikir ni Akalil? Nenda pergi tak sampai tiga hari kamu dah berani buat benda bukan bukan belakang nenda." Mujur dia tidak ada sakit jantung selepas mendapat khabar berita itu.

Kecewa tidak terkata bila cucu yang dia besarkan penuh kasih sayang berperilaku buruk begini. Menganiayai kaum wanita sejauh ini. Lagi lagi Awfiah. Gadis yang dia jaga dan tatang seperti cucu dia sendiri.

A Love We Never Said [TERBIT]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang