Chapter 51 [Yes?]

1.8K 142 25
                                    

Nicholas menepuk tangannya dengan bangga ketika dia melihat Elle masuk ke dalam pejabatnya. Elle mengerutkan dahinya dengan pelik namun bibirnya tersenyum. Elle menuju ke meja kerja Nicholas. Nicholas membetulkan tali lehernya sebelum dia bersandar di bucu mejanya itu. Dia menatap Elle dengan wajah yang bangga.

"Apa dia?" Tanya Elle dengan pelik. Dari awal dia masuk ke lobi pejabat pagi tadi, hampir semua mata tertumpu ke arahnya. Enzo dan Alex juga turut mengucapkan tahniah kepadanya. Elle memang terpinga sehingga kini. Sekarang, reaksi dari suaminya buatkan Elle semakin pelik.

"Ada apa ni?" Tanya Elle. Nicholas kemudiannya mengambil senaskah surat khabar yang terlipat di atas mejanya itu dan dihulurkan ke arah Elle. Elle pelik dan tangannya mengambil surat khabar itu. Elle membuka lipatan surat khabar itu dan melihat paparan utama di helaian surat khabar itu. Matanya bulat ketika dia melihat wajahnya yang sedang tersenyum itu terpampang di paparan utama surat khabar Corriere della Sera itu. Elle mendongak dan menatap wajah Nicholas.

"My picture? Why my faces is on newspaper?" Tanya Elle dengan penuh tanda tanya.

"Looks like you get the attention from the media and society just because.." Nicholas berhenti. Elle menatap Nicholas dengan pelik.

"Just because you being beautiful, My Love." Kata Nicholas. Elle mengerutkan dahinya. Dia membaca artikel yang memaparkan wajahnya itu. Benar. Benar kata Nicholas. Elle telah menjadi sorotan ramai pihak semasa di Perlawanan Polo di Milan kelmarin.

The Beauty of Romano.

Icona della bellezza (Icon of Beauty)

The Beauty and the Man of The Match.

Bermacam-macam lagi gelaran yang diberikan daripada pihak media terhadapnya. Elle menatap Nicholas. Nicholas tersenyum. Elle menghela nafasnya.

"What's wrong my Love?" Tanya Nicholas.

"Abang.. My faces. Penuh dekat newspaper ni." Kata Elle. Nicholas meraih pinggang Elle.

"Why? You don't like it?" Tanya Nicholas. Elle kemudiannya menggelengkan kepalanya dengan perlahan. Entahlah, baginya. Perkara itu sangatlah tidak wajar. Dirinya bukan sesiapa dan tidak perlu pun digelar dengan pelbagai gelaran. Sejujurnya, dia berasa tidak selesa melihat gambar dirinya di surat khabar.

"Wait, kalau dah print out dekat newspaper.. Means dekat social media pun sama juga ke?" Tanya Elle. Nicholas mengeluarkan telefon bimbitnya dan jarinya laju mencari beberapa laman sesawang yang berkaitan dengan berita terkini. Tekaan Elle benar. Wajah dan namanya menjadi carian utama dalam internet pada hari ini. Elle mengeluh.

"Abang.." Elle memanggil. Nicholas kemudiannya meraih tangan Elle.

"Don't worry. I will settle this. For you." Kata Nicholas. Elle menatap Nicholas dengan serba salah. Elle menunduk dan bibirnya mengungkapkan perkataan maaf.

"Hey. Untuk apa Love minta maaf dengan abang?" Tanya Nicholas. Elle tetap menunduk.

"I am sorry, abang." Kata Elle.

Nicholas tersenyum. Dagu isterinya dicuit dan tubuh isterinya ditarik agar merapat ke arahnya. Elle menatap Nicholas.

"Don't say sorry, Love. It's your choices. Your faces, your choices. Walaupun abang sebenarnya bangga but if you say no. Means no for me too. Your decisions my decision too." Kata Nicholas. Elle senyum sebaris.

Signore & Signora [Completed] 🦋Where stories live. Discover now