Part 9 : Girls Night

5.7K 86 5
                                    

Selepas selesai solat Isyak, Sarah melipat telekungnya dengan rapi. Suasana sunyi rumah membuatkan dia terasa kekosongan. Dia mencuba menghubungi Hamdi, tetapi seperti sebelumnya, panggilannya terus masuk ke peti suara. 

"Dia ada dalam kawasan hutan takde coverage kot.." Bisik hatinya perlahan, sambil menghela nafas panjang, menyimpan telefon bimbitnya, dan mengintai ke luar tingkap. Pemandangan ibu kota yang berkilauan dengan cahaya lampu menenangkan sedikit hatinya.

Malam itu, Sarah mengenakan tudung bawal dan blouse biru muda yang longgar dengan seluar slack hitam, pakaian yang selesa dan casual tetapi tetap sopan. Sesuai dengan imej ustazahnya.

 Dengan langkah perlahan, dia menuju ke Sky Bridge yang menghubungkan blok kondominium mereka. Sebaik tiba di blok sebelah, dia disambut dengan senyuman mesra oleh Kak Joe dan Mel di depan pintu rumah.

"Hai, Sarah! Dah sampai," sapa Kak Joe, mengenakan dress pendek satin hitam yang mendedahkan bahunya. Mel pula tampil dengan crop top merah dan seluar tight yang menampakkan otot pehanya, membuatkan Sarah tersipu malu.

"Masuklah, jangan malu-malu," tambah Mel, memegang bahu Sarah perlahan dan membimbingnya masuk ke ruang tamu yang dihiasi lampu malap dan aroma lilin wangi.

"Intan dengan Irma mungkin sampai lambat sikit. Biasalah, busy dengan kerja," ujar Mel sambil menuangkan teh ke dalam cawan dan meletakkan di hadapan Sarah.

"Minum dulu, ya. Kita ada kek coklat dan Kek Pisang juga." Kak Joe buat petang tadi, rasalah.

Sarah duduk di sofa lembut, perlahan-lahan mula merasa selesa dengan keramahan mereka. Mereka berbual santai, bermula dengan topik ringan seperti hiasan rumah, cuaca, dan berita semasa. Tidak lama kemudian, perbualan beralih kepada topik yang lebih peribadi.

"Sarah, kau nampak lain malam ni. Lebih berseri," puji Mel sambil tersenyum.

"Betul tu," sampuk Kak Joe. "Hamdi mesti bertuah ada isteri macam kau."

Sarah tersenyum malu. "Alhamdulillah, Kak Joe. Tapi, saya rasa masih banyak yang saya kena belajar. Kami kan baru kahwin..."

Kak Joe mengangguk. "Biasalah tu. Awal-awal perkahwinan mesti ada cabarannya. Tapi Sarah ni nampak macam jenis isteri yang nak cuba buat yang terbaik untuk suami."

"Memang saya cuba, Kak. Hamdi orangnya baik, tapi saya rasa saya masih belum cukup memahami dia. Kadang-kadang saya rasa macam.... " luah Sarah, perlahan-lahan, suaranya seakan terhenti, seakan tidak mahu memburukkan suaminya.

Mel meletakkan cawannya dan tersenyum, sambil memeluk perlahan Sarah dari belakang. "Lelaki macam Hamdi, yang banyak pengalaman kat luar negara, memang mungkin lebih terbuka. Tapi jangan risau. Itu semua boleh belajar Sarah. Yang penting, kau yakin dengan diri sendiri dulu."

"Betul tu," sokong Kak Joe sambil mendekati Sarah, memegang tanganya. "Kadang-kadang kita perlu keluar dari zon selesa untuk buat hubungan lebih menarik. Jangan risau, nanti Kak Joe ajar perlahan-lahan, sampai Hamdi tak nak keluar rumah dan melekat dengan Sarah je, macam Abang Ayie tu.." mereka ketawa kecil, dan Sarah seakan mula selesa dengan keramahan jiran tetangganya itu.

Kak Joe yang masih memegang tangan Sarah dengan lembut, seperti memberi isyarat sokongan. "Kau ni cantik, Sarah, Natural beauty. Tapi mungkin boleh cuba gaya yang lain sikit. Saja, untuk buat Hamdi nampak kau dari sudut berbeza."

Mel tersenyum nakal. "Kak Joe, apa kata kita bagi Sarah makeover? Bagi nampak lawa dan berseri sikit."

Sarah tergelak kecil, tetapi wajahnya jelas menunjukkan rasa kekok. "Eh, tak payah lah Mel... Saya tak biasa makeup-makeup ni," balasnya.

Perjalanan HidupkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang