Part 8 : Langkah Dimulai

6.1K 103 9
                                    

Pagi Isnin menyapa dengan suasana sepi di kediaman Sarah. Hamdi telah berangkat ke Sarawak, dan Sarah kini terpaksa menyesuaikan diri dengan ketidakhadiran suaminya. 

Dia menghela nafas, bangun dari katil tanpa kehangatan suami di sisi. 

Setelah mandi dan bersiap, dia menyarungkan baju kurung moden berwarna pastel yang lebih elegan daripada gaya biasa. Gaya ini masih mengekalkan ciri sopan, tetapi potongannya lebih anggun dan kemas, membuatkan dia tampil sedikit berbeza.

Setibanya di sekolah, Sarah bergegas menuju ke kelasnya. Hari itu, dia mengajar subjek Agama Islam seperti biasa. Suara lemah lembutnya memenuhi kelas, membimbing para pelajar memahami topik solat dan adab dalam ibadah. 

Semasa waktu rehat pagi, Sarah melangkah ke kantin dan bertemu rakan-rakan pengajarnya, Puan Norlida dan Suraya. Mereka tersenyum ceria melihat Sarah yang tampil berbeza.

"Eh, Sarah nampak lain hari ni. Berseri-seri macam pengantin baru!" usik Puan Norlida, sambil menyengih.

"Betul tu, Sarah! Cantik tau baju kurung moden ni. Awak pakai kena sangat!" tambah Suraya dengan senyuman mesra.

Sarah tersenyum malu, "Terima kasih, Puan Norlida, Suraya. Saya cuma cuba sesuatu yang baru saja... untuk suami saya juga."

Ketika itu, Cikgu Azura, guru Biologi yang terkenal dengan gaya fesyen trendy, datang menghampiri mereka. "Amboi, Sarah! Cantiknya hari ni. Awak memang tahu cara nak bergaya dalam kesederhanaan."

Sarah tersipu malu. "Eh, taklah. Saya cuma nak mencuba sesuatu yang berbeza. Kalau boleh, saya nak ambil hati suami lebih baik."

Azura senyum lebar dan duduk berdekatan. "Ah, ambil hati suami? Senang je tu, Sarah. Kita sebagai wanita kena tahu jaga diri, baik dari segi fizikal dan emosi."

Puan Norlida menyampuk, "Betul tu. Senaman pun bagus, Sarah. Bukan sahaja untuk badan kita kekal lansing, tapi juga agar lebih menarik di mata suami."

"Lepas tu buatlah senaman-senaman yang boleh bagi bentuk badan awak lebih menarik," tambah Azura sambil tersenyum nakal. "Cuba buat senaman kegel atau yoga. Badan akan lebih 'menggiurkan', tau!" ujarnya sambil mengenyit mata pada Sarah dan menampar punggungnya perlahan.

Mereka semua tertawa kecil, tetapi di hati Sarah, dia mula terfikir untuk mencuba segala cadangan itu. Selepas mereka bersurai, Sarah kembali mengajar seperti biasa, tetapi dengan azam yang kian mengukuh untuk berubah demi menambat hati suaminya.

Petang itu, selepas tamat sesi pengajaran dan tugas di sekolah, Sarah pulang ke rumah dengan keletihan. Setelah selesai solat Asar, dia menggantikan pakaian sekolahnya dengan pakaian sukan yang kasual—t-shirt dan seluar senaman yang longgar, namun selesa. Kali ini, dia berazam untuk menjejakkan kaki ke gimnasium di kondominiumnya, sesuatu yang jarang dilakukan sebelum ini.

 Sarah melangkah masuk ke gimnasium kondominiumnya, satu ruang yang masih asing buatnya. Bau segar alatan senaman dan bunyi muzik instrumental perlahan menenangkan mindanya. Sebagai seorang yang jarang bersenam di tempat awam, Sarah merasakan getaran kecil dalam hatinya, tetapi dia cuba menyesuaikan diri.

 Sebagai seorang yang jarang bersenam di tempat awam, Sarah merasakan getaran kecil dalam hatinya, tetapi dia cuba menyesuaikan diri

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Perjalanan HidupkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang