24

11K 1.2K 155
                                    

Tolak sahaja pintu rumah, Afya sedikit terperanjat melihat sosok tegap seorang lelaki sedang menunggunya di luar rumah. Sungguhpun dia tak sangka lelaki itu yang datang jemput dia hari ini.

Air liur diteguk. Penuh janggal dia melangkah mendekati lelaki itu. Masih dia ingat pertemuan terakhir dia dan Aqib. Renungan dingin dan tajam lelaki itu masih berbekas sehingga hari ini umpama dialah penjahat selama ini.

"Kenapa awak datang jemput?" Berhati-hati Afya menyoal.

"Aku kan kuli Seif sekarang." Sangat sarkastik jawapan Aqib sebelum lelaki itu bergerak membuka pintu kereta di bahagian belakang untuk Afya.

"Saya boleh duduk depan." Afya menolak.

"Don't be like that, miss. Do not lower your dignity by sitting with someone like me." Sinis lagi! Bertubi-tubi Aqib bagi sampai wajah Afya kemerahan menahan marah.

"Apa yang awak dapat dengan mengejek orang macam tu?" Baru berjumpa sudah ajak bergaduh.

Aqib koyak senyum sinis. "Puas hati," jawabnya ringkas.

"Then ejeklah saya sepuas hati awak. Itu sahaja yang awak boleh dapat daripada saya." Afya berjalan ke pintu kereta bahagian hadapan dan membukanya sendiri. Tak menunggu apa lagi, dia terus masuk ke dalam perut kereta itu.

Satu helaan kasar dihembus.

Aqib pula masuk ke bahagian pemandu dan terus memakai seatbelt.

"My car is a cheap car, miss. If anything happens, it can't guarantee your life." Aqib jeling penumpangnya di sebelah.

Afya mendengus kasar. "So what?!"

"Put on that seatbelt. Kalau ada accident, at least your body won't go flying out of my car." Selamba Aqib berkata-kata dengan muka tak berperasaan kemudian dia menghidupkan enjin kereta.

"Saya harap ini first and last awak datang jemput saya." Muncung mulut Afya saat mengomel sambil dia tarik seatbelt.

Aqib diam memulakan pemanduan. Bila lelaki itu diam, Afya pula yang janggal di sebelah. Entah bagaimana dia mula rindukan layanan Aqib yang dulu. Suka mengusiknya dan selalu ramah. Sekarang?

Angkara konflik dia dah Hessa, mereka jadi begini.

Ah. Salahnya juga. Hessa itu adik lelaki itu. Apa yang dia harapkan sangat?

Tanpa sedar Afya mengeluh hingga Aqib menjelingnya. "Sorry, sebab kami gagal bawa Hessa keluar dari hidup Seif," ucap Aqib tiba-tiba.

"Kenapa minta maaf pula?"

"Bukan ke perempuan macam kau je layak jadi isteri Seif? Orang macam adik aku tu tak setanding untuk bersaing dengan orang hebat macam kau."

"Saya tak..." Afya ingin menafikan tapi dia mula sedar, dia pernah mengatakan semua itu sebelum ini... Dia pernah rasa dirinya jauh lebih hebat untuk bersaing dengan orang seperti Hessa.

Aqib tenang memandu dengan mata fokus ke hadapan. "Aku dah cuba bawa Hessa lari tapi Seif datang dan halang kami. Siap ugut kalau kami bawa lari Hessa, dia tak beragak-agak rampas Hessa dengan cara kasar."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 21, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SEIFWhere stories live. Discover now