Nicholas Theodore X Eleanor Sherafina
From POV to Wattpad. Another blushing story has entered into the airashroses account.❤️
Nicholas Theodore and Eleanor Sherafina. Dua insan yang mempunyai kisah sedih dalam kehidupan mereka dipertemukan sebagai...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Nicholas memejamkan matanya. Dia fokus. Tangannya bersedia untuk membuat pukulan dan Ahmad pula sedang bersedia menanti arahan dari Nicholas.
"Hahh!"
Nicholas bersuara dan pukulan bola dilakukan oleh Nicholas dengan kayu Mallet di tangan kanannya itu. Ahmad terus berlari mengejar bola itu. Sorakan dari penonton yang hadir membuatkan perlawanan itu menjadi lebih bertenaga. Dua pasukan sedang bermandi peluh mengejar polo demi mendapatkan mata perlawanan yang menentukan kumpulan manakah yang berjaya melangkah ke perlawanan akhir menentang juara bertahan, England Aisler lusa.
Elle bersorak tidak henti ketika dia melihat Nicholas berjaya merampas bola dari pihak lawannya dan dengan pantas Ahmad berlari menuju ke tiang gol pihak lawan.
"Go! Go!! Nicholas!!!!" Elle menjerit memberi sokongan penuh untuk suaminya itu. Nicky yang berada di sebelahnya itu turut bersorak. Masing-masing sedang mengenggam tangan antara satu sama lain kerana terlalu gemuruh melihat Nicholas yang laju ke tiang gol pasukan lawan.
"Prettttt!!!!"
Wisel dibunyikan dan Nicholas berjaya memberikan mata untuk pasukannya. Elle dan Nicky sama-sama meloncat kegembiraan ketika pengumuman itu dibuat. Mereka berpelukan antara satu sama lain manakala ramai penyokong yang memberikan tepukan yang gemuruh untuk pasukan Italian Mastreat itu.
Permainan tamat dengan 10-6. Pasukan Nicholas berjaya menempatkan diri mereka ke perlawanan akhir menentang England Aisler. Elle menepuk tangannya. Nicholas turun dari badan Ahmad. Ahmad dibelai dan dipeluk dengan erat. Ahmad menggesel manja ketika Nicholas tidak henti memberikan pujian kepadanya. Seolah-olah faham dengan kata-kata yang diberikan oleh tuannya itu.
Setelah bersalaman dengan kedua-dua belah pasukan, penonton dibenarkan untuk turun menuju ke padang. Elle bangun dan menuruni tangga podium itu dengan laju. Nicky tersenyum.
"Signora! Wait." Alex mengejar Elle yang laju meninggalkannya itu. Elle berlari sambil memegang topi pantai berebennya itu menuju ke arah Nicholas. Nicholas tersenyum dan mendepakan tangannya ketika dia melihat Elle. Elle memeluk tubuh Nicholas. Nicholas mengangkat tubuh Elle dan mereka berpelukkan di situ. Elle dan Nicholas tertawa. Nicholas menurunkan Elle.
"Congratulations, Abang." Elle berkata dengan senyuman di bibirnya. Hidung Nicholas dicuit manja. Nicholas tersenyum.
"Abang berjaya masuk perlawanan akhir. Saya bangga dengan abang. Tak sia-sia abang training hari-hari dengan Ahmad." Kata Elle sambil mengelap peluh di wajah Nicholas. Nicholas tersenyum.
"Betul tu. Macam yang Love selalu pesan dekat abang, kalau kita tak berhenti berusaha kita pasti akan dapat hasilnya. Now, I just prove myself that your words really encourage me." Kata Nicholas sambil mencubit pipi Elle. Elle tersenyum.