BAB 22

627 49 1
                                    

Bibir yang masih berbekas calitan darah itu lagi-lagi di bersihnya serta pipinya mulai membengkak sana sini di tuamnya dengan beg ais.

Dia hanya berdoa ia akan surut supaya di tempat kerja dia tidak di soal.

Tok...tok...tok...

Dia berpaling memandang kepada pintu biliknya yang baru di ketuk tadi itu.

Lalu tidak lama daripada itu dia mendengar suara seseorang bercakap di luar pintu biliknya.

"Cik Anna. Ini Mak Yah ni." ucapan itu segera membuat Annabella membuka pintu.

Dan seperti di ucapkan memang Mak yah yang berada di hadapan pintu biliknya itu.

Dengan memasang wajah ceria Annabella menyapa Mak Yah.

"Ye mak yah..kenapa datang bilik Anna ni?" soalnya dengan mesra.

Namun tindakkannya itu makin membuat Mak Yah mulai mengalirkan air mata.

"Mak Yah...kenapa nangis pula ni.." dengan sedikit ketawa dia menegur apabila perasan Mak Yah seakan mulai menangis.

"Ah...Mak Yah tak boleh tengok cik Anna dalam keadaan macam ini. Tengok..muka cik Anna lembab sana sini." Ujar Mak Yah.

Hibah dia melihat keadaan wajah Annabella yang lebam sana sini itu. Walaupun tidak kelihatan jelas tapi pasti akan ada yang terlihat juga.

"Alah...lembam ni. Sikit je ni. Taum ais kurang." Balasnya dengan lembut.

"Tapi kamu dah lama tak kena macam ini. Mesti rasa sakitnya lebih." Ujar Mak Yah.

Annabella mengangguk kecil. Tidak di nafikan. 7 tahun sejak dia lari daripada rumah ini tidak lagi di pukul.

Kembali sahaja ke sini sekali lagi dia merasai perihal yang sama siapa sahaja yang boleh bertahankan.

Tapi dia sudah bertahan sejak kecil lagi. dia sudah kebal soal itu.

"Tak apa. Tak sakit mana pun Mak Yah." Balas Annabella lembut.

"Tapi Anna diorang tak patut buat kamu samapi macam ini sekali di sebabkan kamu balik lambat dan juga jadi pengapit kepada Jannah." Perjelas Mak Yah.

Ya...dia di pukul seperti ini akibat dia balik lambat serta juga menjadi pengapit Jannah.

Fakta yang sudah dia ketahui. Sudah pasti berkaitan dengan Tengku Dafrim.

"Kau memang tak sedar di untungkan Annabella. Ke mana kau pergi ah!" jerkahan daripada Puan Mariam.

"Mama..dah lah kesian akak." Seperti biasa pasti Aydella yang akan menjadi pengantara mereka untuk menjernihkan keadaan.

"Kau jadi pengapit Jannah dan Tengku Dafrim pengapitnya. Lepas itu ada kawan-kawan Aydella yang Nampak kau berbual mesra dengan Tengku Dafrim. kau memang gatalkan!!!!" jerkahan itu berselang dengan tamparan di wajahnya itu.

Annabella hanya diam tidak membalas.

"Kau diam..? kau diam Anna?! Jadi betullah. Kau ada hubungan dengan Tengku Dafrim ah! Jawab. Jawab!" jerkah Puan Mariam.

Dan kali ini kolar baju Annabella di cengkam dengan sangat kuat.

"Fyna bagitahu diorang nampak akak cakap dengan Tengku Dafrim dekat rooftop. Akak...tak mungkinkan akak ada hubungan dia kan?"

Soalan Aydella itu menambahkan lagi amarah Puan Mariam sehingga membuat dia di tampar sehingga dia lagi-lagi terlepar ke lantai.

Di situ, dia di tampar serta di pukul habis-habisan. Atas alasan dia mahu merampas Tengku Dafrim daripada Aydella.

ANNABELLA SANG PEMILIK MR DINGINWhere stories live. Discover now