Cepat-cepat Annabella berpaling. Dan langsung dia melihat ke pintu masuk ke sini.
"Berapa lama Tengku ada dekat sini?" soalnya.
Ada sesekali dia melihat ke pintu keluar tersebut. Harap-harap tiada sesiapa yang naik ke sini.
"Jadi sinilah tempat sesuai untuk bertemu kan. Sunyi..tak ada orang. Korang boleh buat macam-macam." Lelaki itu langsung beralih memandang kepada Annabella.
Dan gadis itu juga sudah memandang kepada lelaki tersebut.
"Tengku fikir saya perempuan jenis macam apa? Tak tahu hukum hakam." Bicaranya dengan rasa teramat kesal.
"Jadi apa yang kau buat dengan cinta pertama kau?!" jerkah lelaki tersebut dengan nada tinggi.
"Dia bukan cinta pertama saya. Dan saya tak buat apa-apapun!" balasnya juga menjerkah saking tidak tahannya.
Secara tiba-tiba lelaki itu mendekat lalu mencengkam kedua bahunya meraih dan membuat Annabella terkunci tidak dapat melepaskan diri.
"Apa yang awak buat ni Tengku Dafrim?! lepas!" sempat-sempatnya lagi dia melihat pada sekitar.
Berdoa-doa agar benar-benar tiada orang di sini yang melihat mereka berdua. Apatahlagi, dalam keadaan seperti ini.
"Kenapa? Kau takut cinta pertama kau tu Nampak kau dengan aku macam ini? Kau takut dia cemburu ah!" jerkah lelaki iotu tanpa henti mendorong-dorong Annabella agar segera menjawab soalannya.
"Saya dah cakap. Qal bukan cinta pertama saya! Apa yang awak tak faham sangat!" jerkah demi jerkahan Annabella turut membalas.
Walaupun Annabella sudah memberikan jawapannya namun itu masih tidak membuat Tengku Dafrim lepaskannya.
"Tengku." Panggilnya.
"Habis itu siapa? Berapa banyak lagi lelaki yang muncul dalam hidup kau. Siapa sebenarnya cinta pertama kau!" desaknya.
"Siapapun cinta pertama saya. Itu bukan urusan Tengku! Lepas!" lagi-lagi Annabella meminta untuk di lepaskan.
Namun tindakkannya itu pada akhir menjadi sia-sia sahaja. Genggaman di keduanya makin kuat bertukar menjadi menyakitkan.
"Tengku dengan bertindak kasar. Tidak akan menyelesaikan apa-apapun. Semuanya akan menjadi sia-sia kalau kita bertindak menggunakan hati dan emosi bukannya akal fikiran." Ungkap Annabella.
"Jadi kau nak kata aku ni bodoh. Bertindak menggunakan emosi dan hati?!" makin kuat cenggamannya di kedua bahu Annabella.
Namun itu, tidak menutup mulut Annabella daripada membalas.
"Saya tak perlu jelaskan Tengku. Tindakkan Tengku sekarang ini dah mencerminkan apa yang saya katakana tadi." Balasnya dengan penuh beraninya.
Dan seketika terasa bahunya tidak di cengkam sekuat tadi. Namun keadaan mereka sama tidak dapat menghindari antara satu sama lain.
"Huh. Aku sahaja yang bertindak bodoh. Kau? Kau pun sama sahaja lah Anna!" jerkahnya lagi.
"Apa yang saya buat? Apa yang saya buat lagi Tengku Dafrim?!"
"CURANG!"
"Kau curang di belakang aku! Kau tak ingat atau kau pura-pura Annabella?!" pada akhirnya kenyataan itu terungkap juga.
Dan itu, membuatkan Annabella tanpa tertahan dia tertawa lepas.
"Curang." Kepalanya di angkat memandang kepada Tengku Dafrim dan mengelengkan kepala.
"Saya berani bersumpah Dafrim. saya tak pernah curang di belakang awak." ujarnya.
Tengku Dafrim pula sejurus mendengarkan ucapan Annabella itu terus tersenyum kecil yang sinis.
YOU ARE READING
ANNABELLA SANG PEMILIK MR DINGIN
FanfictionShe fall first, he fall harders. Ayat ini pasti selalu akan ada di setiap novel-novel cinta tidak kesah bagaimana konsepnya jalan ceritanya. Namun berlainan pula untuk kisah yang satu ini. Bagaimana dengan ayat seperti ini? He fall first, he fall h...