Kita nikmati masa sendiri ini, entah kedepannya orang lama pulang dengan sendirinya atau orang baru yang akan mengunjungi kita."Aku dah bagitau kau, nak memahami lelaki senang, kalau dia tak perjuangkan kau, berarti bukan kau tujuan hidup dia. Sebabtu aku warning kau awal – awal yang lelaki tu nak mainkan kau. Dia tak serius pun. Sekarang tengok diri kau." Bebel Zara kepadaku.
Aku memandang susuk tubuhku yang dulu sempat berisi lalu kembali kurus. Fokus aku hilang selepas aku ambil keputusan untuk lepaskan lelaki yang aku pernah berdoa dan merayu di sepertiga malam hanya untuk bersama dengannya. Tapi apakan daya bukan aku yang dia nak.
Aku takkan menutup hati selamanya hanya kerana sakit hati ini kerana aku tahu, sakit hati ini yang diciptakan oleh aku sendiri. Padahal sudah terang:
'Tuhan Maha membolak balikkan hati manusia, maka janganlah kamu berharap lebih kepada manusia'.
Kenapa aku cakap macam tu?
Sebab, aku experience he fell first, he did the first move, she fell harder, he fell out of love.
Aku menatap Zara di tepi aku lalu memandang ke arah Pantai sambil menikmati angin. Aku mengajak Zara teman aku ke Pantai sebab aku nak lepaskan segala bisikan dalam otak. Tak senang sebenarnya nak lepaskan orang yang kau jadikan dia tujuan.
"Huhhhh." Aku menghela nafas, Zara memandang ke arahku lalu merangkul bahu aku.
"Berhentilah mengeluh untuk satu cubaan, masih ada seribu nikmat yang seharusnya kau syukuri. Sepatutnya kau syukur yang Tuhan dah jauhkan dari lelaki yang tak menghargai, tak berusaha betulkan keadaan, mungkin nanti Tuhan akan hadirkan lelaki yang sangat menghargai kau, tengok kau terluka pun dia tak sanggup. Jadi jangan mengeluh, takdir Tuhan itu Indah hanya perlu bersabar."
Aku sandarkan kepala aku di bahu Zara, sungguh kata-kata Zara buat aku terkilan. Aku mengeluh seperti aku menyalahkan Takdir padahal Takdir yang Tuhan tetapkan untuk aku adalah yang terbaik.
Aku bangun dari duduk sambil gosok bahagian seluar yang melekat pasir, lalu berjalan di tepi Pantai sambil di ikuti oleh Zara di belakang.
Aku memusingkan badanku untuk menghadap zara sambil berjalan mengundur."Aku janji yang aku takkan tutup hati aku hanya disebabkan sakit hati ni. Aku nak ubah diri aku jadi lebih baik supaya orang seterusnya akan dapat aku dalam versi terbaik."
Zara berlari ke arahku dan memeluk aku dengan erat. "Alhamdulillah, aku Syukur dapat kawan macam kau, walaupun ujian satu persatu datang timpa kau, kau tak pernah menyerah walaupun suka mengeluh. Aku tau kau kuat dan aku bangga dengan kau. Kalua aku di tempat kau belum tentu aku kuat macam kau."
Tersipu malu aku dengar pujian Zara. Walaupun dah berkawan lama, aku masih belum terbiasa dengan pujian dia sebab Zara orang yang susah untuk puji orang.
Setibanya Aku di Rumah. Aku mengeluarkan fon untuk membuka Whatsapp.
Tanganku menekan status whatsapp dan melihatnya satu persatu, lalu tanganku terhenti di satu Status untuk memberi komen 'Wah ada kb jom meet.' dan pesanan itu dihantar.
Dan beberapa saat kemudian, aku dapat mesej masuk yang menandakan komen aku tadi telah di balas oleh pemilik status. Pemilik status itu menerima ajakan keluar aku.
Aku memberi tempat yang nak di jumpa dan masa sebelum aku bersiap – siap. Masa Tengah bersiap aku shaking sebab pemilik status yang aku nak jumpa adalah lelaki yang sakitkan hati aku, lelaki yang aku nak lupakan.
Aku ajak dia jumpa sebab itu adalah kali pertama dan terakhir dia jumpa aku. Selepas tu aku memang nak lupakan dan ikhlaskan dia. Hati aku berkata ni last, lepasni dah habis cerita pasal dia.Pemilik status itu bernama Adam Ilman. Aku minat dia hampir dua tahun. Ini adalah pertemuan pertama dan terakhir. Dia berumur lebih tua dan lebih tinggi dari aku.
Aku suka Adam sebab Adam banyak ubah aku. Aku ingat lagi masa dia buat first move sebelum end conversation dia pesan dekat aku suruh baca surah Al-Mulk. Sampai sekarang aku amalkan. Dan selama pengenalan kami, dia banyak ubah aku dan aku banyak berubah sebab aku nak jadi ciri-ciri wanita yang dia idamkan.
Disini aku dah salah sebab aku berubah sebab manusia bukan sebab Tuhan. Dengan dia, aku tak menjadi diri aku yang sebenar. Aku rasa seperti berselindung di pakaian yang aku pakai.
Tiba masa pertemuan, aku mesej Adam untuk bertanya mana dia. Dan Adam dengan cepat pergi ke arah aku dan tersenyum selepas melihat aku.
"Eh Hi, ingatkan tak sampai" – Adam
"Sampai la sebab orangkan yang ajak. Nak pesan makanan apani.?" – Nuha
"Adam ikut Nuha." – Adam
Aku hanya tersenyum dan membuat pesanan. Masa aku nak bayar, dia sudah hulurkan kadnya kepada cashier dan kami pergi mencari tempat untuk duduk.
Setibanya aku di tempat yang aku nak duduk, aku menarik kerusi dan memandang ke arah Adam yang duduk jauh. Mungkin Adam nak menjaga jarak sebab kita berdua – duaan. Jadi aku hanya tersenyum dan duduk.
Sepanjang pertemuan kami, Adam tak lepas dari main fon, sampai aku mengeluarkan fon untuk mesej Zara yang aku keluar jumpa Adam.
Turns out Zara marah besar dekat aku sebab aku ajak adam keluar. Tapi aku tenangkan Zara sebab ni last aku jumpa dia.
Perjumpaan Aku dan Adam habis begitu saja. Adam tak ada usaha untuk buka topik perbualan. Masing – masing main fon sampai habis makanan dan balik.
Bersambung.....
Cukup 200 views i update next chapter..

ANDA SEDANG MEMBACA
OG | Aku, Kamu Dan Takdir Tuhan.
RomanceKita punya keinginan, semesta punya kenyataan, dan Tuhan punya keputusan. "Apapun keadaannya akan ku temani, asalkan akulah satu-satunya." "Aku jatuh cinta pada segala keindahan yang diciptakan Tuhan seperti Bunga, Senja, Kupu-kupu dan terlebih-leb...