(Taylor Swift - Daylight [sped up version])
---
"Do you want to join me ride the horses, My love?" Tanya Nicholas. Elle ternganga dan tersenyum teruja.
"I want!!!" Elle teruja. Nicholas tersenyum lebar melihat reaksi Elle itu. Mereka bertatapan sebelum senyuman Elle mati.
"But..."
"What?" Nicholas bertanya. Elle menunduk melihat Theo yang berada digendonggannya itu. Nicholas kemudiannya mengangguk faham.
"Tak apalah. Saya tengok abang je." Kata Elle dengan nada yang sedikit kecewa namun dia cuba untuk tidak menunjukkan emosinya di hadapan Nicholas. Nicholas tersenyum.
"Alex!" Nicholas memanggil. Alex yang berada tidak jauh dari mereka berlari menuju ke arah Nicholas dan Elle.
"Yes, Signore?" Alex memanggil. Nicholas tersenyum. Dia kemudiannya mengambil Theo dari Elle. Elle pelik. Nicholas mengangkat tubuh Theo sebelum dia mencium pipi anak lelakinya itu.
"Can you take care of him for a moment?" Tanya Nicholas kepada Alex. Alex ternganga. Dia melihat Elle, Nicholas dan Theo secara bergilir. Sejujurnya, dia sangat jarang mendukung tuan mudanya itu. Semenjak Theo lahir, hanya dua kali sahaja Alex mendukungnya. Itu pun hanya sekejap. Ini? Nicholas menghulurkan Theo ke arah Alex.
Alex melihat Theo ketika dia mendengar Theo bersuara kecil. Kepalanya tegak dan tangan kecilnya terkapai-kapai.
"Please." Nicholas berkata. Alex mengangguk dengan terpaksa dan dia mengambil Theo. Nicholas dan Elle cuba menahan ketawanya ketika melihat tubuh kaku Alex yang seolah-olah buntu apa yang perlu dia lakukan.
"If you feel uncomfortable, you can pass him to Nicky." Kata Nicholas.
"Abang. Tak apalah. Kasihan pula Alex." Kata Elle dengan serba salah. Alex kemudiannya menggeleng dengan laju.
"It's okay, Signora. I can hold him." Kata Alex.
"Are you sure Alex?" Tanya Elle. Alex tersenyum dengan lebar sebelum dia mengangguk. Nicholas mengenggam tangan Elle. Nicholas tersenyum.
"Let's go." Kata Nicholas. Elle tersenyum girang sebelum dia dengan selamba memanjat pagar kayu itu. Nicholas dan Alex tercengang dengan tindakan selamba Elle itu. Elle tersengih usai kakinya berjaya jejaki rumput padang itu. Nicholas gelengkan kepalanya dan tertawa. Dia dan Elle melangkah ke arah Ahmad.
Nicholas mengiringi Elle untuk melangkah ke tempat pemijak kaki di tubuh Ahmad itu. Elle melonjakkan tubuhnya dan dia akhirnya berjaya menaiki kuda putih itu.
"Eeee lamanya tak naik." Elle teruja. Nicholas ketawa. Dia menyuruh Elle membongkokkan badannya. Elle menurut. Nicholas tersenyum dan mencium pipi Elle. Elle terkejut. Nicholas ketawa. Dia menyarungkan topi keselamatan di kepala Elle.
"For safety purposes." Kata Nicholas. Elle tersenyum.
Nicholas menarik lead rope Ahmad dan perlahan-lahan melangkah. Dia mendoron Ahmad untuk berjalan dengan perlahan. Elle pula. Dia sedang tersenyum sambil menikmati perkara yang terlalu dia inginkan selama ini. Nicholas mendongak menatap Elle. Dia tersenyum. Elle turut tersenyum.
"Abang.. Tak penat ke berjalan je?" Tanya Elle.
"Habis tu? Nak abang berlari ke? Risau pula nanti Ahmad kejar abang. Love yang tak tentu arah dekat atas badan Ahmad nanti." Kata Nicholas. Elle diam.

YOU ARE READING
Signore & Signora [Completed] 🦋
RomanceNicholas Theodore X Eleanor Sherafina From POV to Wattpad. Another blushing story has entered into the airashroses account.❤️ Nicholas Theodore and Eleanor Sherafina. Dua insan yang mempunyai kisah sedih dalam kehidupan mereka dipertemukan sebagai...