Hujung minggu, Sabtu.
Hujung minggu yang di nantikan Annabella. Iaitu, di mana tepat hari ini adalah majlis pernikahan serta sanding sahabatnya Jannah.
"Assalamualaikum." Ucapnya di hadapan pintu kayu tebal bercat putih tersebut.
Sejurus dia mengucap salah muncul seorang Wanita paruh usia langsung menyapanya.
"Ehh Anna dah sampai nak." Sapa Puan Kalsum.
Annabella pula, dengan segera bersalaman dengan Wanita tersebut.
"Assalamulaiakum Aunty. Aunty apakhabar?" soal Annabella setelah bertukar salam.
"Baik..baik..macam ini sahajalah Anna aunty. Berat makin bertambah. Usia pun dah tak muda." Balas Puan Kalsum dengan mesra lalu menjemput Annabella masuk ke dalam
"Masuklah Anna. Pergi bilik Jannah. Dia ada dekat sana. Dengan make up artis dia. Baju dengan kasut untuk Anna semuanya ada dekat bilik Jannah. Tinggal ambil siap sahaja. Okey." Panjang lebar Puan Kalsum memberitahu.
"Okey Aunty. Terima kasih." Balas Annabella. Pendek.
"Sama-sama. Maaf ye. Aunty tak boleh nak teman Anna ke sana. Banyak benda Aunty kena tengok sebelum akad sekejap lagi." ujar Puan Kalsum.
"Tak apa aunty. Anna boleh pergi sendiri." Balasnya.
Dan tanpa membuang masa Puan Kalsum pun pergi. Meninggalkan Annabella sendirian.
Sementara itu, Annabella pun tidak membuang masa lagi juga turut berlalu pergi ke bilik Jannah di mana di tingkat 2 rumah tingkat 3 tersebut.
Dan bila ada wajah yang dia kenali daripada kelangan keluarga Jannah yang mengenali dia juga.
Dia sapa dengan mesra dan tersenyum manis kepada mereka.
Hari ini, merupakan majlis nikah berserta hari sanding di belah Wanita. Tapi di gabungkan.
Katanya lebih memudahkan. Dan memotong kos untuk bernikah serta perkahwinan.
Dan itu, di setujui oleh kedua-dua pihak. Jika itu lebih memudahkan. Apa salahnyakan.
Sehinggalah langkahnya berhenti di satu pintu bilik berwarna hitam dengan dinding bercat biru laut tersebut.
Tok...tok...dengan berhati-hati Annabella mengetuk pintu terlebih dahulu.
"Anna. Kau ke. Masuk lah." Ujar Jannah meminta Annabella untuk masuk.
Tombol pintu di putar. Sesudah itu, langsung Annabella masuk ke dalam.
Di ruang bilik yang cukup luas terhias cantik dengan pelbagai jenis bunga dan hiasan lainnya.
Penuh dengan warna biru dan putih bersih. Cantik.
"Macam mana. Cantik tak?" hasil riasan yang hampir siap itu di tunjukkan sambil duduk itu.
"Cantik. Cantik sangat." balas Annabella. Jujur memujinya.
Mendengarkan pujian itu, si gadis itu mulai tersenyum girang. Siapa yang tidak suka di pujikan.
"Ah. Baju kau dengan kasut aku dah sediakan. Ada dekat almari putih tu. Nampakkan." Ujar Jannah.
Annabella yang tanpa kata langsung sahaja dia pergi ke almari Jannah.
Lalu mengambil sepasang baju kurung kedah berwarna hijau lumut yang cukup dengan ukuran badannya.
"Dah." Beritahu Annabella.
"Kau tukar lah baju dulu. Dekat bilik sebelah sana. Nanti make up artis aku ni datang make up kau." Ujar Jannah yang masih tempatnya itu.
YOU ARE READING
ANNABELLA SANG PEMILIK MR DINGIN
FanfictionShe fall first, he fall harders. Ayat ini pasti selalu akan ada di setiap novel-novel cinta tidak kesah bagaimana konsepnya jalan ceritanya. Namun berlainan pula untuk kisah yang satu ini. Bagaimana dengan ayat seperti ini? He fall first, he fall h...