BAB 17

261 21 0
                                    

Tok..tok...

"Masuk.." Annabella yang tadinya mengetik di computer langsung sahaja berhenti apabila Zaza masuk ke dalam biliknya.

"Ye Zaza. Ada apa-apa ke?" soal Annabella.

"Ini" satu beg ais bersaiz kecil di hulurkan kepada Annabella.

Tidak menyoal apa-apa Annabella terus sahaja mengambil. Lalu di tuamkan ke sisi kiri pipinya itu.

"Masih sakit ke cik Anna?" soal Zaza sedikit takut-takut.

Perlahan Annabella mengelengkan kepala. "Jangan risau. Saya okey." Balasnya.

"Baguslah.." sekali dua Zaza mengintai memandang kepada Annabella.

"Saya Nampak apa yang jadi tadi." Annabella langsung memandang.

"Ah! Tak maksud saya. Saya bukan nak menuduh. Saya percayakan cik Anna. Tak mungkin cik Anna yang tampar Ella. Ella je ya buat sendiri. Dan sengaja buat cik Anna yang buat." Ujar Zaza memperjelaskan.

Annabella mendengarkan langsung tersenyum.

"Kalau saya memang buat macam mana?" soal Annabella.

Dan respon Zaza cepat sahaja mengelengkan kepala. "Tak mungkin."

"Tak mungkin cik yang buat. Kan?" ujar Zaza.

Lama Annabella tersenyum sebelum membalas. "Awak rasa?"

Zaza cepat-cepat mengelengkan kepala. "Tak. Cik tak buat." Balas si gadis.

Annabella pun lagi-lagi tersenyum.

"Thanks sebab awak percayakan saya Zaza. Tak..ramai yang akan percayakan saya. Mungkin tak pernah." Di akhir ayat suaranya perlahan sahaja yang terkeluar.

Lagi-lagi dia teringatkan Tengku Dafrim. tidak langsung mahu mendengarkan dan menjelaskan kenapa.

"Sama-sama. Saya percaya cik tak salah. Lagipun saya lebih kenal Cik daripada si Ella tu. Dah lah belagak!" kutuk Zaza.

"Thanks. Zaza." Ujar Annabella. Sekurang-kurangnya ada orang yang mempercayainya.

Ada sedikit rasa lega di hatinya.

"Okeylah. Saya minta diri dulu. Cik Anna jangan lupa tuam ais dekat pipi tu okey. Insyalla akan kurang lebab dekat muka tu." Pesan Zaza sebelum pergi meninggalkan Annabella.

"Okey. I will." Balas Annabella.

"Sama-sama. Saya pergi dulu." Ujar Zaza.

Lalu si gadis pun pergi meninggalkan bilik kerja Annabella. Dan Annabella pun kembali mengambil pek ais tersebut lalu di tuamkan ke pipinya.

Walaupun tidak lah sesakit mana tamparan itu nak di bandingkan ucapan Tengku Dafrim menyuruh Ella menampar dia sebentar tadi.

"Memang dia dah bencikan aku ke? Sampai dia sanggup buat macam ini pada aku." Persoalnya.

Namun sudah pasti persoalannya itu tidak akan mendapatkan jawapan. Tiada siapa yang dapat memberikan dia jawapan.

Melainkan orangnya sendiri...tapi itu juga mustahil. Lelaki itu sudah menjauh daripadanya.

"Dah Anna..apa lagi yang kau nak harapkan..." ujar dia.

Sukar untuk berharap pada manusia. lagi bagus jika kita berharap pada yang maha kuasa.

Setelah berbicara sendirian dia pun lanjut membuat kerjaannya yang sempat terkendala.

Harap-harap dapatlah dia lupakan lelaki itu sekejap. Mahu pun selamanya. Dia juga harapkan..

Sesaat seperti itu telifon bimbitnya berdering. Tanpa tertangguh langsung Annabella mengambil dan menjawab panggilan tersebut.

"Hello Jannah. Hum." 

ANNABELLA SANG PEMILIK MR DINGINWhere stories live. Discover now