Kisah tentang pasangan yang baru di ijab kabul, dijodohkan oleh keluarga masing-masing dan memulakan hidup di ibu kota.
Dengan latar belakang berbeza, mereka menjalani perkahwinan yang penuh cabaran, terutamanya selepas bertemu pasangan kejiranan b...
Hari Jumaat minggu itu, di dalam unit kondominium mewah mereka, Hamdi dan Sarah duduk di meja makan, masing-masing diam, fikiran terarah pada masalah yang tidak terungkapkan di antara mereka semenjak dua menjak ini.
Sudah beberapa bulan berlalu sejak perkahwinan mereka, tetapi Hamdi merasakan seakan ada jurang yang semakin jelas di antara mereka.
Sarah seorang yang pendiam dan berpegang teguh pada nilai-nilainya, sedangkan Hamdi kadang-kadang menginginkan sesuatu yang lebih intim dan terbuka.
"Sarah, kita dah kahwin sekarang. Takkan kita tak boleh jadi lebih...ermm.. rapat?" kata Hamdi, memecahkan keheningan.
Dirasakan seakan masih ada benteng di antara dia dan isterinya, seringkali dia menolak sekiranya Hamdi cuba untuk memeluk atau menciumnya, bahkan pakaian nya juga dipakai rapi, melitupi badannya walaupan hanya ada mereka berdua sahaja dirumah ketika itu.
Sarah tersenyum tipis, jelas tidak selesa dengan topik yang diutarakan. "Saya cuma perlukan masa, Hamdi. Saya masih menyesuaikan diri dengan semuanya. Awak kan tahu, ini semua perkara baru untuk saya."
Hamdi mengangguk, walaupun hatinya terasa berat. "Baiklah... saya faham." balasnya perlahan, tersenyum sambil menahan kekecewaan yang tidak dapat dibendung lagi.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Malam itu, dalam diam, fikirannya melayang kepada Irma dan pertemuan di kolam renang tempoh hari. Jemputan dari Irma yang seolah-olah menawarkan kelapangan jiwa yang yang diperlukan nya.
Di saat-saat keraguannya timbul, dia teringat kata-kata Irma, "Tak perlu terburu-buru, Hamdi. Kau hanya perlu beritahu aku jika kau nak cuba."
Dengan tekad baru, tangan nya mencapai telefonnya dan menghantar mesej kepada Irma, menyatakan keinginannya untuk hadir ke pertemuan itu esok.
Dia tahu dia harus memberi alasan kepada Sarah untuk pergi bersendirian, dia ingin mengubati perasaan kecewanya dan juga, perasaan ingin tahunya membuak-buak untuk melihat apa yang berlaku di kawasan kejiranan nya itu.
Keesokan harinya, matahari baru sahaja tenggelam di bawah ufuk, memancarkan cahaya keemasan yang hangat ke atas kejiranan kondominium mewah itu.
Hamdi sudah pun berada di hadapan pintu rumah Irma dan Man, jantungnya berdegup kencang dengan campuran kegugupan. Isterinya, Sarah, berada dirumah, ditinggalkan dengan alasan dia mahu keluar berjumpa kawan.
"Awak jangan balik lewat sangat ya," Sarah sempat memberi pesanan ketika suaminya keluar dari pintu rumah mereka.
Ketika dia membunyikan loceng, pintu terbuka hampir serta-merta, mendedahkan Irma dalam gaun pendek ketat yang membalut badannya dengan menggoda. Matanya berkilau dengan nakal ketika dia menyambutnya masuk tetamu istimewanya itu. "Hamdi, sayang!" Sangat gembira kamu dapat datang. Masuklah!"
Melangkah masuk, Hamdi disambut oleh suasana ceria dan gelak tawa. Ruang tamu telah diubah menjadi lounge yang meriah, dipenuhi dengan pasangan-pasangan yang dikenalinya.