Chapter 48 [Office & Ahmad]

2.1K 137 44
                                    

Nicholas menggaru kepalanya sambil matanya menatap Elle yang sedang merengek di hadapannya saat ini. Tangannya tidak henti menarik tangan Nicholas dan dia merengek seperti budak kecil yang mahukan sesuatu. Nicholas menghela nafasnya.

"Bolehlah abang. Saya nak masuk office. Please. Saya dah 3 bulan duduk rumah. Please. Saya nak masuk kerja. Please. Please. Please." Elle merayu. Dia memeluk lengan Nicholas dan dia menempelkan dagunya di lengan sasa Nicholas itu.

"Erm.. Boleh? Please. Erm.." Elle merayu dengan suara manjanya itu. Nicholas menatap tanpa berkata-kata.

Nicholas kini sudah kembali ke pejabat setelah dua minggu dia berehat di rumah. Nicholas kini sudah sembuh sepenuhnya dan hanya memerlukan rawatan susulan sahaja dan itupun sudah selesai. Nicholas betul-betul sudah bersedia untuk kembali ke pejabat. Sudah tentu banyak pekerjaan yang tertangguh sehingga Nicholas kerap pulang lewat. Melihat Nicholas yang sering mengadu dengan bebanan kerja di pejabat membuatkan Elle bersemangat untuk kembali bekerja. Hampir 4 bulan ya dia menetap di rumah. Dia mula terasa yang dirinya sangat-sangat diperlukan di pejabat. Dan kerana itu, seboleh-bolehnya dia merayu pada Nicholas untuk kembali bekerja.

Nicholas pula terasa berat hati. Berbelah bahagi pun ya. Dia mahu Elle kembali ke pejabat namun dia terasa berat pula ingin meninggalkan Theo di rumah. Walaupun dia percayakan Sienna dan Julia, namun tetap juga dia risau dekat Theo. Tetapi melihat Elle yang tidak henti merengek semenjak dia pulang dari kerja buatkan dia terbuka hati untuk mengizinkan Elle kembali bekerja.

"Are you sure you want to go back to our office?" Tanya Nicholas. Elle mengangguk.

"How about Theo?" Tanya Nicholas. Elle menatap Nicholas dan dia kemudiannya tersenyum.

"I trust Sienna and Julia. I know they can be a good babysitter for Theo. Even Theo pun sekarang selesa dengan diorang. Saya pun ada beberapa monitoring devices yang boleh saya pantau Theo melalui phone saya. Without anyone knowing. Just only you and me know about that. So far, they really treat Theo like I ask for them to do that." Kata Elle. Nicholas terdiam. Dia kemudiannya mengerutkan dahiny.

"You've planned this alone? Without me?" Tanya Nicholas. Elle tersenyum. Nicholas meraih wajah Elle dan pipi Elle dicubit. Elle tertawa.

"So? Can I go back to work again? Yes? Or No?" Tanya Elle. Nicholas mendongak. Elle memeluk tubuh suaminya itu. Dia mendongak menatap Nicholas. Nicholas menunduk. Elle membuat wajah comelnya. Nicholas tersenyum dan dia mencekup pipi Elle sebelum dia mencium pipi isterinya itu. Elle tertawa.

"Dah cium maksudnya bolehlah kan? Okay, saya nak pergi siapkan baju saya. Bye." Elle berkata dengan lancar. Sempat dia mencium pipi Nicholas sebelum dia berlari menuju ke bilik pakaiannya itu. Nicholas tercengang namun dia tersenyum. Tahu sajalah perangai isterinya itu.

Nicholas duduk di atas sofa. Dia menanggalkan butang baju kemejanya. Dia melihat Theo yang sedang tidur dengan nyenyak di atas katil bersaiz king itu. Nicholas tersenyum. Dia melihat ke arah hujung bilik itu. Elle tiada. Dengan pantas dia bangun dan berjalan dengan berjinjit. Dia menaiki ke atas katil itu. Dia tersenyum. Pipi Theo dicium dengan perlahan.

"Daddy miss you." Kata Nicholas perlahan. Dia membaringkan kepalanya di atas bantal sambil tangannya menarik Theo mendekat ke arahnya. Theo terjaga sekejap sebelum dia kembali memejamkan matanya. Nicholas menepuk lembut peha Theo. Dia tersenyum melihat Theo. Theo meletakkan tangannya di dahi manakala bibirnya muncung. Nicholas geram dan dia mencium pipi Theo. Bau bayi yang membuatkan Nicholas obses dan tidak henti mencium pipi anaknya itu.

Signore & Signora [Completed] 🦋Where stories live. Discover now