EPILOG

38 5 2
                                    

Rambang mata Viera saat dia dan Khalish menjejakkan kaki masuk ke dalam kedai yang menjual barangan kelengkapan bayi itu.

"Wahhh cantiknya baju ni" kata Viera saat dia melihat sehelai dress kecil berwarna merah jambu.

Khalish yang memegang bakul itu hanya berdiri di belakang isterinya untuk memastikan tiada apa apa kecederaan berlaku.

"Kalau awak nak, ambil la. Ambil banyak banyak, anak kita kan ada perempuan juga" sokong Khalish. Mata Viera bersinar.

"Boleh ke?" soalnya tidak percaya. Khalish mengangguk kepala mengiyakan dengan wajah serius.

"Betul cinta. Ambil je, nak ambil satu kedai ni pun boleh. Asalkan untuk anak kita" balasnya. Viera meletakkan dress tadi ke dalam bakul yang Khalish pegang sebelum berjalan ke arah kasut bayi pula.

Hampir satu jam mereka berada di dalam kedai barangan kelengkapan bayi itu.

Viera menepuk tangannya teruja saat dia sudah menyemak semula barang barang yang dia letak ke dalam bakul tadi.

Botol susu, kasut, baju, dress, mainan, seluar, topi. Tak lupa juga Khalish ada mengambil stroller baby.

"Anything else, cinta? I can buy the whole shop if you want to" Viera menggelengkan kepalanya.

Khalish, khalish. Tahu lah kaya tapi tak perlu kot untuk beli satu kedai semata mata untuk anak anaknya.

Tapi kan Viera....

We're talking about Muhammad Luke Khalish, Chief Executive Officer of K Company.

Dah sah sah la dia memang boleh beli kedai ni kalau dia nak.

"Dah tak ada apa apa lagi dah. Tapi, saya nak beli waffle dekat depan tu boleh?" Khalish mengangguk kepala setuju. Mereka berdua bergerak ke kaunter pembayaran.










"Khalish" tegur seseorang. Khalish memandang ke belakang.

"Eh Ace. Kau buat apa dekat sini?" Soal Khalish. Tak sangka pula dapat berjumpa dengan ketua dan juga rakannya ini.

Ace menjuihkan bibirnya ke arah Drea yang sibuk berbual bersama dengan Viera tak jauh dari tempat dia dan Khalish berdiri.

"Aku datang sini sebab Hazel. Dia nakkan waffle coklat, jadi aku bawa la dia datang sini. Kau pun sama juga ke?" Tanya Ace saat melihat Viera turut berada di situ.

"Haah. Betul la tu. Bini bini kita ni memang suka makan waffle ke apa eh? Tetiba je Viera minta hari ni" katanya hairan.

Ace mengangkat bahunya. "Entah la. Kau suami Viera, kau mesti lagi tahu pasal dia"

"Kalau Drea pula?"

"Hazel memang suka waffle coklat sejak dulu lagi. Apa apa yang berkaitan dengan dark dan milk chocolate mesti dia suka" balas Ace tenang.

"Kau memang tahu semua tentang Drea" komen Khalish singkat.

"Of course. Dia isteri aku, aku kena tahu semua benda tentang dia termasuk la apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka. Aku tak nak dia rasa yang dia tak penting di mata aku"

"She's lucky"

"Well, I can't deny it" Terbit satu senyuman nipis di bibir Ace saat dia melihat Drea yang sedang mengosok lembut perutnya.

"Order number 34!" Laung pekerja di kaunter itu. Membulat mata Ace saat mendengar.

"Ok lah Khalish aku kena pergi dulu. Ada masa nanti kita jumpa" pamitnya.

"Ok, bye"

"Precious, jom balik" ajak Ace. Drea mendekati suaminya.

"Waffle?" Ace mengangkat plastik yang mengandungi wafel coklat itu. Drea memeluk lengan kekar suaminya.

"Jom balik?"

"Jom!"

Khalish dan Viera hanya memandang ke arah pemergian mereka.

"They're such a beautiful couple ever in The Devil"

"Can we be like them?" Tanya Viera. Khalish mengucup ubun ubun isterinya.

"Of course. If you want me do it too"

• THE END •

Hi everyone. Thank you so much kepada semua yang sudi baca dan vote untuk story ni. After sebulan lebih *Kalau tak silap, saya dapat siapkan story ni. Maaf kalau buat sesiapa tertunggu tunggu.

Mungkin ada yang akan tanya story apa pula selepas ni kan. So my answer is, sambungan kepada Hanya Dia Seorang 2 iaitu Danish's Sunshine.

Ha kalini kita tengok betapa bahagianya Cahaya dan Hazzar.  Itu saja dari saya. But before that, boleh tak kalau korg jwb soalan soalan ni?

1) Siapa character yang paling korg suka dalam TD?

2) Pasangan mana yang paling sweet sekali dlm TD?

3) Kalau salah satu story saya akan jadi novel, korg nk story yg mana satu?

Thank you, itsnrlse.

KHALISH VIERATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang