Khalish menolak troli barang sambil mereka berenam berjalan di dalam pasaraya. Selepas saja keluar dari kedai buku itu, mereka terus ke sini untuk membeli barang dapur.
Bahagian alat tulis dituju. Khalish berhenti pada rak yang menempatkan pelbagai jenis pen.
"Khalish, nak colouring book ni boleh?" Pinta Viera teruja. Kaki berlari kecil ke arah Khalish.
"Boleh, Ambil lah banyak mana yang awak nak sekalipun" balas Khalish lembut. Dia mengosok kepala isterinya. Buku warna yang dipegang oleh Viera tadi diletakkan ke dalam troli.
Viera sudi mengandungkan anaknya selama 9 bulan 10 hari. Setakat buku mewarna ni, duit dia tak akan habis la.
Riak betul Khalish. Tak apa, Viera suka. Viera la, bukan author.
"Abang, Haz nak ni. Nak lukis" kata Drea pada Ace. Dia menunjukkan kertas kanvas dan alatan lukisan yang dia pilih tadi.
"Anything for you, Precious" balas Ace lembut. Bibirnya mengukir senyuman manis tatkala pipinya dikucup oleh isterinya.
"Terima kasih abang"
"Sama sama sayang"
"Sama sama sayang~. Ey geli aku. Nasib baik lah Darius pergi bahagian coklat kalau tak memang boleh muntah aku tengok kauorang sweet sweet" kata Khalish meluat. Drea menyembunyikan dirinya di belakang badan Ace.
"Nak buat macam mana lagi Khalish. Mabuk cinta kan" sergah seseorang. Mereka berempat menoleh.
"Kayden? Kau buat apa dekat sini?" Tanya Khalish. Kayden menjentik dahi lelaki itu.
"Ey apa ni. Jangan lah asyik jentik dahi aku. Sakit tau tak!" Marah Khalish.
"Padan muka kau. Siapa suruh tanya soalan yang tak bersesuaian. Dah nama pun pasaraya kan mesti la aku cari barang dapur takkan aku cari bini baru kot" bidas Kayden.
Adrian dan Arden yang berada di dalam troli itu ketawa. Ace mengosok kepala kedua dua si kecil itu.
"Dah besar nanti, jadi pandai macam papa tau. Jangan jadi macam uncle Khalish tu" pesan Ace. Muncung bibir Khalish.
"Ace!"
"Oteyy!" Balas Arden pelat. Ace senyum manis.
"Goodboy"
"Ha ye lah, yelah. Semua asyik nak kenakan aku je. Tak apa, aku faham" kata Khalish drama.
"Baru tau ke?" Bidas Kayden laju.
"Ace!"
TBC
VOTE

ANDA SEDANG MEMBACA
KHALISH VIERA
RomanceMUHAMMAD LUKE LHALISH & ADRIANA VIERA *BACA ZARIEL'S, ARJUNA'S HERMOSA, RYSA ZACHARY & RYSA ZACHARY 2 TERLEBIH DAHULU START: 25/8/2024 END: 18/10/2024