BAB 16

459 29 1
                                    

"Saya datang jemput bakal tunang saya." Fikiran nya masih sahaja teriang-iangkan soal itu.

Benarkan Aydella akan jadi tunang seterusnya jadi isteri kepada lelaki tersebut?

"Anna." Panggilan Farid itu mengalihkan perhatiannya kepada lelaki tersebut.

"Ye. Ye." Balas Annabella sedikit gugup.

"Are you okey?" soal Farid sambil itu dia menghulurkan sirap limau milik si gadis itu.

Perlahan Annabella mengangguk. "Saya okey." Balasnya.

Sirap limau yang penuh dingin itu dia hirup. Saat air dingin itu melalui tekak barulah terasa hati sedikit mendingin juga.

"Roti planta 2." Seorang pelayan menghantarkan pesanan mereka.

Inilah tempat sarapan yang di kata Farid. Tapi Annabella tidak langsung berkomentar.

Malahan dia sangat menyukai apabila di bawa ke sini. Bukan setakat murah. Tambahnya sedap serta lebih kenyang.

Nasi lemak yang sedang mereka nikmati juga tidak kalah enaknya. Dan roti canai yang di pesan itu sebagai makanan sampingan untuk mereka.

"Terima kasih." Hampir serta mereka ucapkan sebelum si pelayan pergi meninggalkan mereka.

"Ini roti canai awak." sepiring roti canai planta di tolak bersama dengan satu lagi piring kecil berisi kuah campur permintaan Annabella.

"Terima kasih." Dia menerima lalu membiarkan di tempatnya dahulu.

Sementara dia habiskan nasi lemaknya itu.

"Sedap?" soal Farid.

"Sedap." Balas juga Annabella. Membalas dengan senyuman kecil.

"Baguslah. Saya sebenarnya risau dengan awak." penyataan itu membuat Annabella berkerut dahi.

"Muka awak Nampak pucat. Saya ingat awak tak sihat. Itu yang saya risau tu. Tapi lepas tengok awak makan berselera macam ini. Saya terasa lega sikit." Jelas Farid.

Dan penjelasan itu terus membuat Annabella tersenyum sahaja.

"Mungkin saya tak dapat makan lagi kot. Itu yang awak nampak muka saya pucat." Balasnya dengan tawa kecilnya.

Mendengarkan itu Farid juga tertawa kecil. Mungkin sahaja jawapan Annabella itu agak kelakar.

"Kenapa awak ketawa." Soalnya. Tapi dia juga tidak lepas turut tertawa kecil.

"Kelakar. Selalunya awak kaku." Bicara lelaki tersebut.

Tapi itu membuat Annabella makin tersenyum kecil.

"Cantik awak tersenyum. Saya harap dapat tengok lagi senyuman awak tu. Ataupun terus tersenyum." Ucap Farid.

Seketika itu, membuatkan senyuman Annabella memudar.

Dia sedar. Bahawa dia sudah hampir setahun ini tidak langsung tersenyum.

Bahkan, dirinya tidak seceria sewaktu zaman belajarnya di swiss.

Semuanya, memudar semenjak setahun yang lepas. Senyumannya totalita tiada.

Kerna, baginya senyuman itu apabila perasaan dalam bahagia. Tapi dia tidak langsung rasa bahagia.

"Insyallah..." balas Annabella ringkas.

Dan setelah itu, mereka lanjut menjamu selera serta menghabiskan makanan mereka sebelum masuk ke pejabat sebentar lagi.

Sekitar pukul 8:45 pagi akhirnya mereka sampai juga di pejabat.

Manakala kenderaan yang di pandu Farid berhenti di tapak letak kereta setelah itu mereka pun sama-sama keluar.

ANNABELLA SANG PEMILIK MR DINGINWhere stories live. Discover now