BAB 15

319 20 1
                                    

Dring...dring....

Telifon berdering hebat itu membuatkan Annabella daripada bilik mandi tergesa-gesa keluar daripada situ.

Setelah mendekati meja belajarnya itu langsung di sambarnya telifon pintarnya lalu di jawab panggilan tersebut.

"Hello. Assalamualaikum Farid. Sorry tadi saya ada dekat toilet. Kenapa ye awak call saya?" soal Annabella setelah panggilan tersambung.

"Waalaikumsalam. Sorry Anna. Saya call awak ini sebenarnya saya nak minta izin untuk jemput awak esok. Awakkan cakap. Awak datang dengan grab hari ini. Jadi-"

"Eh! Tak payah. Saya boleh pergi sendiri. Awak tak payah susahkan diri." Potong Annabella.

Dari panggilan sebelah dia mendengar tawa si majikannya itu tertawa kecil.

"It's okey Anna. Saya sendiri nak tawarkan diri. Selagi awak tak dapat kereta sendiri. Saya paksa awak naik dengan saya. Pergi. Dan balik." Putus lelaki itu.

Seketika membuat lidah Annabella kelu daripada membalas.

"Sebenarnya kereta saya dah sampai. Esok baru saya nak pergi ambil jadi-"

"Lagi bagus kalau macam itu. Biar saya yang ambil awak esok. Lepas tu habis kerja kitab oleh sama-sama pergi ambil kereta awak. Mudahkan." Nyata lelaki itu.

Sekali lagi, membuat Annabella kehilangan kata-kata. Dan bila di fikirkan ucapan Farid ada benarnya.

Akan lebih memudahkan ada yang mengambil dan menghantarnya untuk mengambil kenderaannya.

Bukan sahaja jimat tambang kenderaan. Malah jimat tenaga. Tidak banyak di gunakan.

"Annabella...awak masih ada dekat situ ke? Hello?" suara Farid itu segera membuat Annabella tersedar daripada lamunan tanpa sengajanya itu.

"Ha..haa. saya masih ada dekat sini." Balas Annabella.

"Macam mana dengan tawaran saya? Sehari sahaja. Saya akan temankan awak uruskan semuanya sekali. Lagi permudahkan." Nyata lelaki tersebut.

"Tak menyusahkan awak ke?" soal Annabella tanpa berfikir-fikirkan lagi.

"Tak ada yang menyusahkan Annabella. Saya nak tolong awak ikhlas tak mengharapkan balasan." Balas lelaki itu.

Jeda.

Seketika Annabella berfikir...

"Okey." Balasnya.

"Okey. Kalau saya datang ambil awak pukul 6:30 macam mana? Kita boleh terus pergi breakfast dulu." Cadang lelaki itu.

"Mana-mana pun saya boleh." Balas Annabella.

"Okey than.. saya datang ambil esok. I call you again." Ujar Farid.

"Okey." Sesingkat itu Annabella membalas.

Setelah daripada itu talianpun di matikan. Dan Annabella pun berlalu ke meja riasnya.

Mengambil sikat serta pengering rambut untuk mengeringkan rambutnya yang basah tidak sempat di keringkan tadi.

Sementara itu dia melihat ke sekeliling. Dan fikirannya juga terawakkan ke tempat lain.

"Apa hubungan kau dengan Farid? Kau Nampak macam bakal isteri dia."

"Macam mana dia boleh terfikir yang aku ni ada hubungan dengan Farid?" soal dia kepada diri sendiri.

Kerut dahi dia di buatnya. Persoalan itu kian lama bermain di fikirannya.

Dia berjalan pergi ke jendela bilik di selek luar mendedahkan dia melihat ke padangan luar rumah tersebut.

Gelapnya malam dengan angin yang berhempuran menyapa wajah membuatkan hati seketika damai.

ANNABELLA SANG PEMILIK MR DINGINWhere stories live. Discover now