Chapter 47 [Stay at Home]

1.9K 135 46
                                    

Seminggu di hospital, Nicholas akhirnya dibenarkan pulang ke rumah dan disarankan untuk berehat di rumah. Mendengarkan itu, tersenyum lebar dibuatnya. Akhirnya dia bebas dari tempat terperuk ini. Hatinya lega. Dia akan bertemu Theo setelah hampir seminggu tidak bertemu. Mata Nicholas tersenyum tatkala dia melihat Elle muncul dari pintu wad itu. Elle baru sahaja tiba di hospital yang diiringi oleh Alex. 

Enzo? Lupa pula pada jejaka tampan seorang itu. Keadaanya makin bertambah baik. Enzo hanya cedera ringan di bahagian kaki dan juga kepala. Dia dibenarkan pulang tiga hari lepas. Sempat dia menjenguk Nicholas. Enzo memohon maaf kepada Nicholas memandangkan dia berasa bersalah terhadap majikannya itu. Nicholas hanya gelengkan kepalanya sebelum dia dengan sengaja menepuk kuat bahu Enzo. Enzo hanya pasrah. Luka di bahunya ditepuk oleh majikannya. Sudah tentu, Nicky setia di samping Enzo. Bergilir-gilir Nicky menziarah mereka. Hampir setiap hari Nicky muncul di hospital dan menemani Enzo. Rasa cemburu juga Nicholas. Memandangkan Theo yang masih enggan berenggang, Elle hanya melawatnya pada waktu petang sahaja. 

Tiba-tiba mula terasa yang dirinya perlu berlawan dengan seorang lelaki kecil bernama Theo! That little baby... Just wait until daddy's home.

Elle tersenyum dan memeluk Nicholas.

"Yay, abang dah boleh balik rumah. Lega saya dengar bila abang dah boleh discharge." Kata Elle. Nicholas turut tersenyum. Wajah isterinya dielus lembut.

"Do you miss me?" Tanya Nicholas. Elle tersenyum lebar.

"A lot. Every single day and every single time. I miss you a lot. Abang." Kata Elle. Nicholas tersenyum.

"Me too. I could not sleep without you here." Kata Nicholas. Elle tertawa kecil sebelum dia mencubit pipi Nicholas. Luka di wajah Nicholas sudah mula mengecut. Hurm... Kening Nicholas meninggalkan kesan parut jahitan yang erm.. Agak sexy.. Elle melihat pula kepala Nicholas yang akhirnya bebas dari balutan anduh itu. 

"Your head still on wound. Maksudnya masih perlu dipantau. Don't worry. I'm gonna be your nurse from now on." Kata Elle. Nicholas tersenyum sebelum dia mencium dagu Elle.

"Ehem.." Mereka berdua menoleh. Alex sedang memandang ke arah dinding sebelum dia terkejut ketika dia melihat Elle dan Nicholas sedang menatap ke arahnya. Serentak. Alex tersengih sebelum dia meminta diri. Nicholas dan Elle kemudiannya tertawa.

Elle kemudiannya menuju ke arah almari di sebelah Nicholas. Ingin memastikan segala barangan Nicholas telah dikemas oleh pembantu yang datang pagi tadi. Nicholas meraih tangan Elle.

"It's okay. They already took all my belongings. Don't worry." Kata Nicholas. Elle tersenyum. Nicholas kemudiannya melangkah ke arah Elle.

"Let's go home." Kata Nicholas. Elle mengangguk dan tersenyum.

"I miss you.." Nicholas berkata sebelum dia memaut pinggang Elle dan mendukung isterinya itu dengan mudah. Elle terkejut sebelum tertawa.

Selesai dengan urusan bersama pihak hospital, Nicholas akhirnya bebas dari bangunan hopital itu. Matanya dipejam dan dia tersenyum lebar. Tangannya menggengam tangan Elle dengan erat.

"Senyum lebar ya." Kata Elle. Nicholas membuka matanya dan semakin lebarkan senyumannya.

"Mommy dengan Daddy tunggu abang dekat rumah." Kata Elle. Nicholas tersenyum. Elle menatap Nicholas lagi sebelum dia melentokkan kepalanya di bahu Nicholas. Nicholas mencium kepala Elle sebelum kepalanya turut menempel di kepala Elle. Mereka sangat-sangat merindui antara satu sama lain. Alex tersenyum melihat mereka berdua dari cermin pandang belakangnya itu. Sweet betul ya pasangan sejoli itu. Wait? Alex tahu ke maksud sejoli tu??

Signore & Signora [Completed] 🦋Where stories live. Discover now