PAK!
KLAK!
"Darius!" Jerit Haikal. Darius menoleh ke belakang lalu terkedu.
"Ace..." panggilnya perlahan.
Ace menahan kayu besbol yang dipegang oleh anak buah Eshan itu sebelum dia menghayun penumbuk pada wajah lelaki itu.
"ARGHH!" Jerit lelaki itu. Ace menarik nafas dalam. Kepalanya yang sudah berdarah itu disentuh.
"Darius, fokus" kata Haikal. Dia terpaksa mengambil alih posisi Ace.
Darius kembali menoleh ke arah Eshan. Dia menarik kolar baju lelaki itu sebelum perut Eshan ditendang kuat.
Mulut Eshan sudah mengeluarkan darah. Darius mendekatkan dirinya dengan Eshan.
"Kau dengar sini eh. Sekali kau cuba untuk runtuhkan rumah tangga Khalish, aku bunuh kau" katanya penuh dendam.
"Ace!" Laung Haikal yang sudah berdiri di dalam rumah Eshan. Darius memandang abang sulungnya yang sudah terbaring di lantai.
BAM!
Darius menarik lelaki yang bergelut dengan Ace tadi sebelum lelaki itu ditumbuk berkali kali melepaskan geram.
"APA KAU BUAT NI BANGS*T! DIA ABANG AKU GILA! AKU BUNUH KAU! AKU BUNUH KAU!" Darius memukul lelaki yang sudah terbaring lemah itu seperti sudah hilang akal.
"Darius. Abang.....dah dah, dia dah mati" pujuk Najwa. Dia terpaksa masuk ke sini. Eshan pula hanya memandang mereka tanpa rasa bersalah.
Darius menarik perlahan tangan isterinya untuk keluar dari rumah itu. Haikal pula sudah membawa Ace ke hospital bersama Drea dan Aireen.
"Aku bersumpah aku akan bunuh kauorang semua"
"Keluarga Tuan Muda Ace?" Panggil doktor lelaki yang merawat Ace. Drea bangun.
"Saya..saya isteri dia" doktor lelaki itu menunduk sedikit ke arah Drea.
"Cik Puan Muda. Keadaan Tuan Muda Ace stabil, tapi dia perlu tinggal di sini untuk beberapa hari kerana kecederaan pada belakang kepalanya yang agak teruk" jelas doktor itu.
"Boleh saya tengok suami saya?" Tanya Drea. Doktor itu mengangguk tanpa senyuman.
Hanya orang yang tertentu saja boleh berbual mesra dengan Hazel Dalisya Drea. Jika tidak, anggap saja itu hari terakhir mereka melihat dunia.
Drea mengucapkan terima kasih sebelum masuk ke dalam wad VVIP yang menempatkan suaminya.
"Kalau tak ada apa apa lagi, saya minta diri dulu Tuan Muda" kata doktor itu kepada Darius dan Haikal. Melihat anggukan dari Haikal, dia terus pergi dari situ.
"Darius" tegur Haikal. Darius melepaskan nafas lega.
"Alhamdulillah. Ace selamat" kata lelaki itu lega.
"Pernah ke dia tak selamat selama ni?" Bidas Haikal semula. Darius menjelingnya tajam.
"Diam. Dia abang aku, bukan kau"
"Baru nak mengaku" balas Haikal laju.
TBC
VOTE

ANDA SEDANG MEMBACA
KHALISH VIERA
RomanceMUHAMMAD LUKE LHALISH & ADRIANA VIERA *BACA ZARIEL'S, ARJUNA'S HERMOSA, RYSA ZACHARY & RYSA ZACHARY 2 TERLEBIH DAHULU START: 25/8/2024 END: 18/10/2024