3

961 118 15
                                        

(raw, non edited)
— word count : 2695

"KENAPA tiba-tiba dah nak balik ni Awfiah? Baru sehari Awfiah duduk rumah nenda. Duduklah lama sikit lagi." Tangan Awfiah diusap lembut. Jauh di dasar hati, Nenda Iman risau. Risau Awfiah dikerjakan teruk jika gadis itu pulang.

Awfiah tersenyum. "Sehari pun dah lama nenda. Naik segan Awfiah duduk rumah nenda lama-lama," tuturnya perlahan.

Akalil di sofa, tiba-tiba bangun berdiri. Kunci motorbike di penyangkut kayu dicapai.

Lantas dua orang wanita itu berpaling.

"Akalil nak ke mana?" Nenda Iman bertanya.

"Malam ni Akalil tidur dekat homestay." Dingin, Akalil berkata. Awfiah dipandang. "Tidur sini malam ni. Aku dah book homestay. Teman nenda."

Awfiah laju menggeleng. "Awfiah balik rumah malam ni. Akalil tidurlah sini temankan nenda." Tak lupa, senyum ditarik. Entah mengapa, Akalil bersikap dingin dengannya. Adakah sebab dia berkeras tak mahu buka cerita dengan apa yang terjadi?

"Kau balik, aku bakar rumah kau." Habis berkata, Akalil terus keluar tanpa bawa apa-apa pakaian. Persetankan semua itu! Dia ada agenda lebih penting malam ini.

Terkelu Awfiah di situ. Ba-bakar? Awfiah mengejar langkah Akalil. "Akalil!"

Helmet hitam disarungkan ke kepala. Akalil buat pekak aje. Win win situation.

"Akalil, Awfiah betul-betul kena balik malam ni." Entah kenapa dia perlu meminta izin lelaki itu. Sedangkan dia dan Akalil bukanlah sesiapa. Hanya kenalan sementara? Mungkin.

"Kalau rasa nak jadi abu, kau baliklah." Enjin dihidupkan sebelum dua tayar itu bergolek membelah jalan. Pergi begitu sahaja.

Keluhan kecil terlepas.

•••••

SESAMPAI di gerai lorong, Akalil naikkan kepala hoodienya. Pelitup muka juga terletak kemas menutup mulut dan hidung. Hanya mata yang dibiarkan bebas terpamer. Derap kaki melangkah. Perlahan. Sebuah meja tepi dinding menjadi sasaran. Kerusi duduk ditarik pakai kaki.

"Minung bang?"

"Kopi beng se." Duduk Terengganu, haruslah dia pakai loghat Terengganu. Walaupun banyak pasir dari jernihnya. Nampaklah macam orang dah lama tak balik kampung.

"Makang gape?"

Akalil geleng kepala. "Minum aje."

Lelaki itu beredar.

Panas yang menghurung diri, makin marakkan lagi jiwa Akalil tatkala mangsa yang dia buru sudah dijumpai. Sinis terjungkit tinggi. Dinding pipi ditolak pakai lidah. Tak apa. Masih banyak waktu yang ada.

Habis rakus meneguk satu cawan kopi, Akalil selitkan satu not RM 10 di bawah piring cawan itu. Kakinya melangkah perlahan. Mendekati sekumpulan lelaki tua yang sedang berjudi.

Ini kalau sekali cekup masuk penjara pun best juga.

Empat yang lain tidak menarik minatnya. Hanya satu yang dia fokus.

"ARGHHH! Lepaskan akulah bodoh!" Banyak kali dia diludah lelaki tua itu. Namun, tak pula Akalil berganjak pergi.

Dua belah tangan Encik Abdul dipijak sekuat hati. "Kalaulah marah dalam diri aku ni naik gila, nak aje aku kudungkan kau."

"Kau siapa hah?!!! Apa kau nak dari aku?!" Tempelak Encik Abdul. Tangan yang dijijak kaki itu cuba ditarik, namun sia-sia. Arghh! Tak guna!

A Love We Never Said [TERBIT]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang