BAB 13

19 3 1
                                    

Darius memandang ke arah sekeliling rumah itu. Rumah milik Eshan. Dia mula memanjat pagar mansion itu saat sudah memeriksa tiada CCTV di situ.

TAP!

Turun saja lelaki itu, dia terus menekan ear buds di telinganya. "Dia ada dekat rumah tak?" Soalnya perlahan. Mata meliar melihat seluruh rumah itu.

"Ada. Dekat belakang rumah" Ace yang sedang memantau adik kembarnya dari CCTV rumah Eshan.

"Hm" balas Darius ringkas. Dia mula berjalan perlahan lahan masuk ke dalam rumah abang kepada Khalish itu.

Mereka menceroboh rumah Eshan tanpa pengetahuan sesiapa termasuklah Khalish. Mereka mahu mencari bukti tentang apa yang Eshan bakal lakukan pada Khalish dan Viera.

Darius menolak perlahan sliding door mansion itu sebelum mula masuk ke dalam. Sempat dia memandang ke arah kolam renang di belakang rumah itu.

Terdapat Eshan sedang berbual dengan seseorang di telefon dan tidak perasan akan kehadirannya.

"Bagus" kata Haikal yang berjaga jaga di hadapan pintu utama.

Darius berdiri di sebalik tirai yang menutup sliding door itu sambil mendengar perbualan Eshan. Ace sudah siap siap merakam. Drea, Haikal dan Najwa pula berada di dalam kereta.

"Kau ni biar betul? Kau nak aku langgar Viera sampai dia lumpuh?" Membulat mata Haikal, Darius dan Ace saat mendengar soalan dari Eshan itu.

"Gila lah" bisik Haikal tidak percaya.

Eshan yang masih lagi tidak sedar itu mengeluh. "Fine, aku akan buat apa saja asalkan aku dapat Viera. Ingat, kau kena ambil perhatian Khalish" kata nya.

Eshan menoleh hendak masuk semula ke dalam rumahnya. Darius sudah bersembunyi di bawah meja makan yang berdekatan dengan langsir tadi.

"Hello?~ Kau ingat aku tak perasan ke kau pecah masuk rumah aku? Come on, berdepan dengan aku" kata Eshan sinis. Haikal mengetap bibirnya.

"Macam mana dia-"

"Let's go" kata Darius. Dia sudah bersiap sedia untuk menembak Eshan yang berada betul betul dekat dengannya.

TO BE CONTINUE

KHALISH VIERATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang