41 | S O F E A J I B R A I L

4.8K 212 7
                                        

'the killer.'

ᥫ᭡

KERETA dipandu terus menuju ke rumah Nek Peah. Mata aku masih bengkak dek terlalu banyak menangis. Setelah aku pulang dari pusara Hariz semalam, fikiran aku sangat berselerak.

Terasa banyak perkara yang belum selesai. Pembunuh Hariz masih tak tahu siapa gerangan dia, demam aku tak kebas-kebas. Rasa badan lenguh-lenguh semacam. Jadi aku putuskan untuk pulang ke rumah Nek Peah.

Suasana kampung lebih tenang berbanding bandar. Sawah padi dan pemandangan matahari terbenam pasti akan menenangkan aku sedikit-sebanyak. Kereta diparkir betul-betul di hadapan rumah Nek Peah.

"Assalamualaikum."

Kaki mula melangkah naik ke rumah Nek Peah. Berkerut kening aku apabila tiada sesiapa di dalam rumah. Kalau atuk tak ada, boleh faham lah mungkin pergi kebun. Tapi Nek Peah mana?

Kemudian aku melangkah ke bahagian belakang. Biasanya, kalau tak ada dalam rumah, halaman belakang rumah lah destinasi nenek aku itu.

Senyum nipis terukir di bibir apabila tekaan aku tepat. Nek Peah sedang duduk di atas pondok kayu bersama pandangan yang dilemparkan ke arah sawah padi. Wajahnya sayu. Aku pasti dia juga terjejas dengan kematian Hariz.

Manakan tidak, semenjak dia tahu kebenaran, memang Hariz lah yang menjadi manusia kegemaran dia. Rapat sangat. Apabila berita yang mengejutkan ini tersebar, pasti dia terasa.

"Assalamualaikum, nek." Aku mendekati dia.

Nek Peah tersentak lantas menoleh ke arah aku. Dia ukir senyum sekilas. Badannya mengesot ke tepi sedikit untuk membenarkan aku melabuh duduk bersebelahan dengannya.

"Nek Peah sihat?" Aku berbasa-basi.

"Alhamdulillah, sihat aje. Kamu tu yang nampak macam mayat hidup. Pucat aje. Sihat tak ni?" Tangan kanan Nek Peah naik menyentuh dahiku.

Aku senyum nipis.

"Deman sikit. Mungkin sebab terkejut kut."

Aku dengar Nek Peah mengeluh lantas menggeleng.

"Kesihatan jangan diabaikan, Pia. Bahaya. Orang yang dah pergi tu kita kena reda. Kita yang masih hidup ni, hidup lah dengan sebaiknya." Dalam suara Nek Peah berbicara.

Dapat aku rasakan ada pelbagai rasa dibalik suara yang dilantunkan itu. Aku senyum nipis lagi.

"Pia okey aje lah. Nek Peah tu nampak sedih aje. Dulu bukan main tak suka Hariz. Sekarang ni dia paling sedih." Aku cuba buat lawak walaupun aku tahu hambar.

Nek Peah menjeling.

"Itu dulu. Tak kenal maka tak cinta orang kata."

"Alah, tak apa lah. Luth kan ada. Nek Peah kan suka Luth." Usikku lagi.

Semakin tajam jelingan Nek Peah. Sepit ketam dia terus hinggap di pehaku. Aku mengaduh sakit bersama tawa. Untuk pertama kalinya, aku ketawa setelah kematian Hariz.

"Tak nak lah aku si Luth tu. Budak jahat."

Semakin galak aku ketawa. Hanya untuk menghiburkan hati yang lara. Aku penat bersedih. Badan aku semakin lemah. Jadi aku perlukan sedikit kebahagiaan.

"Cakap pasal Luth, aku lama dah tak nampak si budak Luth tu. Entah ke mana dia pergi. Biasanya dulu selalu aje tunjuk muka depan aku." Sambung Nek Peah lagi.

Deg!

'Pasal Luth. I saw him. On the day I'm on my duty. In the middle of the sea. In enemy's headquarters.'

ISTERI SEORANG TENTERA Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang