40 | S O F E A J I B R A I L

4.8K 206 15
                                    

'he was killed.'

ᥫ᭡

SUASANA sunyi itu hanya ditemani dengan bunyi hidungku yang masih berair. Mataku sembab. Wajahku memerah. Badan terasa selemah-lemahnya.

Aku pandang kosong ke arah Qayyum dan Khairil yang sedang mengeluarkan segala gambar dan dokumen yang aku pun tak tahu apa gunanya. Aku kini berada di rumah mama.

Di sebelah aku ada Kak Sya dan di sofa sebelah ada mama dan papa manakala di sofa berhadapan dengan aku ada Qayyum dan Khairil.

Badanku dibungkus selimut sepenuhnya. Sejuk. Entah lah, aku rasa aku diserang demam. Demam yang teruk. Mungkin sebab terkejut atas kematian yang langsung aku tak menyangka. Suami aku. Suami aku yang meninggal.

"Ada apa semua dokumen ni? Kami semua dah reda dengan kematian Hariz. Tahu kat mana kubur Hariz pun, pak cik dah bersyukur sangat." Papa bersuara.

Aku hanya diam memerhati. Mata saat ini antara terbuka dengan tidak. Terlalu banyak menangis sehingga bengkak yang teramat mata saat ini.

"Ini bukan tentang reda atau tak, ini tentang keadilan, pak cik." Kharil bersuara. Jujur, semenjak Hariz tiada ini, Khairil sudah tidak dengan sifat slay dia yang dulu.

Dia seperti berubah matang.

"Apa maksud kamu?"

"Hariz memang menjadi target musuh. Dalam kes Hariz, dia bukan dibunuh secara rawak, tapi dia memang dibunuh. Bermaksud, salah satu sebab musuh berani serang kapal kami adalah sebab mereka mahu bunuh Hariz." Hujah Qayyum senafas.

Wajahnya serius maut. Dihulur beberapa keping gambar yang aku kira diambil oleh ahli penyiasat. Papa menyambut huluran tersebut sebelum gambar-gambar itu dibelek satu persatu.

"Berdasarkan apa yang Detektif Bella iaitu detektif yang dipertanggungjawabkan untuk handle kes Hariz, pistol yang ada dalam gambar itu bukan kepunyaan pihak kami. Ia adalah senjata haram yang dimasukkan ke dalam Malaysia tanpa permit."

"Dan kalau pak cik dan semua tengok betul-betul gambar tu, tempat di mana mayat Hariz ditemui nampak bersepah, bermaksud, sebelum Hariz dibunuh, dia sempat bergelut dengan musuh terlebih dahulu." Terang Qayyum lagi.

Aku melihat gambar-gambar yang diberikan oleh Qayyum. Benar, tempat yang ada dalam gambar itu tampak bersepah dengan baju-baju yang berkoyak, pistol dan... military tag.

Mungkinkah itu milik Hariz yang kini sudah selamat berada bersama dia? Ada juga sekujur tubuh yang ditutup dengan kain putih seluruh tubuh itu di tengah-tengah tempat kejadian.

"Itu... mayat Hariz ke?" Perlahan aku bertanya. Sedaya-upaya aku tahan rasa sebak yang mula menyerang dada.

Qayyum kaku seketika. Dapat aku lihat dia menoleh ke arah Khairil sebelum berdehem. Lambat-lambat dia angguk dengan air muka yang jelas sayu.

Aku teguk liur. Suami aku...

"Kenapa kau tak bawa dia jumpa aku dulu? Kenapa kau tak bagi aku jumpa suami aku buat kali terakhir sebelum kebumikan mayat dia? Kenapa, Qayyum? Kenapa?!" Semakin lama semakin naik oktaf suara aku.

ISTERI SEORANG TENTERA Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang