38 | S O F E A J I B R A I L

4.2K 197 7
                                    

‘what's going on?’

ᥫ᭡

KAKI kanan melangkah masuk ke dalam rumah setelah salam diberi. Wajahku langsung tiada senyuman. Hati aku kosong. Semuanya sunyi. Di kafe tadi pun, aku terasa sunyi.

Walaupun pelanggan Kak Tya ramai yang membanjiri kafe itu, tapi tetap terasa sunyi. Entah kerana aku terlalu bergantung kepada Hariz, atau kerana terlalu lama aku luangkan masa bersama dia.

Jujur, sepanjang aku kenal dengan Hariz, sebelum ini adalah tempoh terpanjang pernah aku luangkan bersama Hariz. Biasanya aku bekerja di kafe Kak Tya, memang Hariz lah yang sentiasa ada depan mata.

Rindunya! Memang mengada, aku tahu.

"Assalamualaikum, mama, papa." Aku mula menjenguk ke dapur untuk mencari sesiapa.

Ya, aku balik ke rumah mama. Lepas aje habis kerja tadi, aku terus pandu kereta pulang ke rumah mama. Aku sedih. Aku pilu. Aku rasa serba tak kena. Selain daripada mengadu pada-Nya, mama dan papa lah tempat aku mengadu.

Tiada sesiapa di dapur. Aku atur pula langkah ke halaman belakang. Biasanya waktu-waktu petang sebegini mama dan papa tengah berdating di laman belakang. Tapi itu dulu lah, kut-kut sekarang dah upgrade dating dekat kafe mahal ke?

Kepala terus teringat pada Hariz. Bibir menguntum senyum. Kafe. Banyak kenangan kami di kafe. Lagi-lagi kafe Kak Tya. Di situ lah tempat kami bertemu, di situ lah tempat aku cuba tarik perhatian dia, di situ lah tempat kami menyambut ulang tahun perkahwinan kami dan banyak lagi.

Aku... rindu Hariz.

"Pia? Kenapa datang tak bagitahu? Hariz mana?"

Lamunan aku tersentak. Susuk Nek Peah muncul di hadapanku. Kepalanya terjengol mencari Hariz. Aku senyum nipis. Tangan tuanya disalam.

"Baru aje datang dari kafe Kak Tya. Hariz pula pergi... bertugas." Aku tayang senyum nipis.

Nek Peah angguk perlahan sebelum dia menarik aku ke halaman belakang. Ternyata benar tekaan aku, mama dan papa ada di halaman belakang. Bukan mama dan papa aje, atuk dan Kak Sya pun ada sekali.

"Sofea! Rindunya aku dengan adik aku sorang ni." Belum apa-apa, tubuhku terus dipeluk Kak Sya. Erat. Sampai rasa ajal dah mendekat.

"Aku rindu kau juga, kak." Balasku perlahan.

Sungguh, aku tak ada mood. Semenjak pagi tadi lagi. Alasannya jangan ditanya. Pasti lah kerana Hariz pergi.

"Kau nak makan apa-apa tak? Aku masakkan. Hari ni Abang Mail ada, aku kena jadi rajin sikit. Support aku, eh?" Kak Sya mengelipkan matanya berkali-kali.

Hanya dua ayat pertama kuat kedengaran, manakala yang lain, hanya bisikkan. Cis, dasar hipokrit.

Aku mula sengih. Apa kata...

"Aku nak ikang singgang!" ujarku laju.

Wajah Kak Sya terus bertukar cuak. Melihat itu, aku kemam bibir. Takut jika tawa aku bakal kedengaran. Lucu! Dia tak reti masak ikan singgang. Apa yang dia reti masak adalah nasi goreng, mi goreng dan segala adik beradik gorengan.

ISTERI SEORANG TENTERA Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang