(raw, non edited)
— word count : 2078"JANGAN keluar."
"Tapi itu—"
TOK!
TOK!
TOK!
Akalil terus berlari masuk ke ruangan dapur. Dia kena keluar, sekarang! Lock pintu dapur dibuka dan dia terus terjun ke tanah. Tak menyempat nak jijak enam anak tangga. Berguling bak nangka berulat. Terhinjut-hinjut dia bangun berdiri. Berkaki ayam, jinjit kaki, Akalil membongkok separa. Berjalan perlahan-lahan mahu ke arah motorbikenya.
"Akalil?"
Terpatung Akalil tatkala satu suara menyebut namanya.
"Bila pula kau balik ni?" Suara Nenda Iman.
Seminimal mungkin, Akalil toleh kepala. Sebelah kanan, tepat di tepinya. Nenda Iman dengan kain telekungnya selabuh buku lali bercekak pinggang memandangnya. Muka seputih hantu cina on the way nak masuk islam. Sah, waktu tepuk bedak debu dekat muka tak buka lampu.
Akalil tegakkan badan. Jadi yang ketuk tadi, Nenda? Automatik Akalil mengarah anak mata melihat sekujur manusia di muka pintu. Awfiah.
Belakang leher digaru. "Ne-Nenda dari mana?"
Nenda Iman turun pandang badan sendiri. Bartelekung putih lengkap. "Nampak macam baru balik dari karaoke ke?" sindirnya.
"Sikitlah."
BUK!
"Aduh nenda! Sakitlah!" Kepala dipegang. Bergegar otak. Tak beragak ya nenda nak pukul dia.
Ketawa kecil Awfiah dibuatnya. Terus Akalil memincing halus. "Gelak kenapa?"
Mati tawaan halus Awfiah. Dia laju menggeleng kepala. "T-Tak ada apa."
Akalil tersenyum sinis.
AWFIAH bergerak ke arah sinki dapur. Nak cuci bahan-bahan masakan yang baru dia potong tadi. Penapis putih diambil. Potongan cili merah atas papan pemotong dituang masuk ke dalam penapis plastik itu.
Asyik dia melakukan kerja, deheman garau tiba-tiba kuat bergema di belakangnya. Laju Awfiah berpaling sebelum dia pusing depan semula. Jantungnya berdetak cepat. Sipi-sipi hujung hidungnya mahu menyentuh dada bidang Akalil. Mujur dia cepat-cepat beralih pandang.
Akalil mengemam bibir. Hampir nak terbatal wudhuk. Perlahan, dia bergerak bersandar pada sisi peti sejuk. Berpeluk tubuh sambil merenung gerak-geri tangan Awfiah yang sedang membasuh sayur.
"Kau kenapa tidur sini?" Soalan berbasa-basi dia aju. Hakikatnya malas nak ambil tahu. Ini rumah nenda, bukan rumah dia. Awfiah tetamu nenda, jadi tak ada kaitan dengan dia.
"Awfiah..." Awfiah menghenti kata di separuh jalan tatkala matanya terkena percikan air paip yang tiba-tiba menyembur ganas.
Tangan naik mahu mengelap air di mata.
"Jangan!" Akalil menepis pantas lengan Awfiah digantikan dengan kain lengan bajunya. "Tangan kau basuh lada tadi. Pedihlah nanti." Dibersihkan serata muka Awfiah yang sedikit basah itu sebelum dijatuhkan tangan.
"Dah." Akalil kembali bersandar.
Tergamam Awfiah dengan perlakuan Akalil tadi. Dada yang kencang semakin ribut tak tentu hala. Perasaan ini...sesuatu...
Suasana menyepi beberapa ketika. Tak ada jawapan buat soalan Akalil. Dan Akalil juga mengunci mulut dari terus bertanya soalan lainnya.
Hanya pandangan berlabuh lama pada Awfiah. Termenung jauh.

ANDA SEDANG MEMBACA
A Love We Never Said [TERBIT]
RomanceLoyal Husband Series - 2 Muhammad Akalil Dzulfaqor x Dzikra Awfiah Police x kampung girl start : 3 october 2024 end : -