Di malam yang sunyi, hujan renyai-renyai membasahi tanah.
"Kau tak pernah faham aku!" Tengking Umai. Dia berdiri di hadapan Syakir dengan menatapnya tajam.
"Apa yang aku tak faham, Umai?!" Syakir membalas.
Wajahnya menjadi merah menahan kemarahan yang membuak-buak di hatinya.
"Tak cukup ke apa yang aku bagi dekat kau?! Kau curang Syakir, KAU CURANG!!" Suara Umai meningkat dari nada sebelumnya.
"Aku curang?! Bila masanya Umairah?!" Syakir membalas dengan serius.
"Aku ada bukti Syakir!!" Mata Umai mulai berkaca. Umai mengeluarkan telefon bimbitnya daripada saku.
Dia menunjukkan satu gambar. Syakir merampas telefon dari tangan Umai.
"M-mana awak dapat?" Syakir terkejut dengan apa yang ditunjuk.
"Kau tak payah tanya aku!" Umai mencabut cincin dari jari manisnya.
"Kau tepuk dada, kau tanya diri kau. Mulai harini...KITA PUTUS!" Umai mencampak cincin ke wajah Syakir lalu mengambil langkah untuk pergi. Dengan cepat, Syakir meraih tangan Umai.
"Umai, tolonglah.. Bagi aku explain dulu.." Syakir menarik Umai sehingga menghadapnya.
"Tak payah nak explain Syakir.. Nasi dah jadi bubur.. Aku harap kau bahagia dengan pilihan kau.." Umai merentap tangan lalu mulai berjalan pergi.
"UMAI!! SYAKIRA UMAIRAH!!" Syakir memanggilnya tetapi Umai langsung tidak menoleh mahupun berhenti.
Syakir hanya berdiri kaku di situ sambil menatap Umai pergi. Air mata turun membasahi pipi.
"Umai.. Kenapa kau perlu pergi?" Gumamnya sendiri. Kepala tunduk melihat tanah. Air mata deras turun.
" ARGH! Kenapa aku menangis?!" Laju tangannya menggosok muka.
Syakir mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Fikirannya bercelaru sehingga tidak peduli dengan apa yang berlaku di sekelilingnya.
#
#
###"Assalamualaikum" Salam diberi sebelum kaki melangkah masuk ke dalam rumah.
"Waalaikumussalam." Satu suara menjawab salam, Hazrel, rakan serumahnya.
"Aik, sekejapnya keluar dengan gf? Kalau tak, selagi tak maghrib.. Takde-nya nak balik.."
"Hazrel..." Laju Syakir memeluk tubuh rakannya itu.
"Oi mak hang terebang! Hang ni dah pasaipa?Buang tebiat?" Hazrel tersentak kejut dengan kelakuan rakannya itu. Terkeluar loghat utara.
"Umai...Dia dah tinggalkan aku..." Syakir melepaskan pelukannya lalu menatap muka Hazrel.
"Hah?! Hang biaq betul? Awad? Kes apa? " Soal Hazrel dengan wajah yang terkejut. Dia terus mengheret Syakir duduk di sofa.
"La ni aku nak hang tarik nafas... Hembus..." Hazrel menyuruh Syakir sambil menunjuk gaya.
"Ish! Kenapa aku kena tarik nafas? Macam-macam lah kau ni.." Syakir hanya melirik ke arah Hazrel.
"Eleh.. Aku nak hang tenang ja bukannya hok bukan-bukan.." Hazrel sempat memberi jelingan kepada Syakir.
"Hm,Cepat! what happened? Tell me.." Hazrel mengangkat kening dan menunggu apa yang akan diceritakan.
"Ewah, speaking nampak? " Syakir terkekek sebelum kembali serius.
"Gini... Dia cakap.. Aku curang..." Syakir menyatakan apa yang berlaku lalu menyilang kaki.
"Woy! Hang? Curang? Biaq betul hang curang?! " Hazrel terkejut sehingga hampir bangun berdiri.
"Ish! Memang tak la.. Gila ke ape aku nak curang? " Ujar Syakir dengan penuh yakin.
"Dakla.. Aku tak cakap pun kata hang curang... Takkan la hampa nak putus macam tu ja? 2 tahun dah kot relay hampa.." Hazrel sedikit kecewa dengan apa yang berlaku.
"Hm.. dah memang takdir aku begitu.." Syakir tertunduk dengan perasaan keputusasaan.
"Takkan la hampa nak putuskan relay hampa macam tu ja?" Soal Hazrel.
"Rel, kita tak boleh nak pertahankan seseorang yang dah taknak dekat kita untuk kekal bersama.. Mungkin itu yang terbaik, Rel." Ujar Syakir.
"Tapi Kir.." Belum sempat Hazrel melanjutkan kata, Syakir mencelah.
"Dah lah.. Aku nak masuk bilik.." Bingkas Syakir bangun dari sofa lalu berjalan menuju ke tangga.
Hazrel hanya diam sahaja sambil menatap Syakir berjalan pergi menghilang diri ke atas.
#
#
#
###Syakir masuk ke dalam bilik, menuju ke katil. Dengan perlahan, dia duduk di atas katil.
Fikirannya bermain wajah Umai. Kata-kata Umai sebentar tadi juga turut bermain.'Kau curang, Syakir. KAU CURANG!'
Syakir mengcengkam kepalanya dengan kuat."ARGH!" Syakir mulai tidak terkawal. Dia mengambil bantal lalu dilempar kuat ke dinding.
"UMAI! KENAPA KAU BUAT AKU BEGINI?!" Dinding ditumbuk sehingga berdarah buku lima jari jemarinya.
Dirinya sudah seperti orang gila. Darah yang mengalir di tangan, langsung tidak peduli. Tangannya sudah tidak terasa sakit tetapi.. sakit lagi hatinya..
Syakir jatuh terduduk ke lantai. Air mata turun deras ke pipi. Dunia-nya seperti sudah hancur sehancur-nya.
#
#
###Umai tiba di rumah. Pintu dibuka, kaki melangkah masuk. Dia berjalan menuju ke sofa yang berada di ruang tamu.
Dia duduk di sofa, tangan menarik telefon bimbit dari dalam beg tangan. Jari telenjuk menekan butang , skrin telefonnya.
Latar belakangnya memapar foto berdua bersama Syakir. Rasa sebak di dada semakin kuat apabila dia menatap foto itu.
"Kenapa kau perlu curang, Syakir?" Gumam Umai sambil menatap skrin telefon,air mata mulai bertakung.
Tiba-tiba, pintu rumahnya diketuk oleh seseorang. Mata laju melirik ke arah pintu. Pintu dibuka, seorang sosok gadis yang dia kenali, Aina Nafasya.
"Assalamu'alaikum" Salam diberi seraya kaki Fasya melangkah masuk.
"Waalaikumus'salam" Jawab Umai dengan suara yang bergetar, menahan sebak. Dia cuba untuk menahan tetapi gagal. Air mata turun berjurai ke pipi.
Fasya menghampiri Umai dengan wajah yang hairan.
"Umai? Are you OK ?" Tanya Fasya seiring duduk di samping Umai sambil menatap wajah Umai yang sudah basah dengan air mata.
"No, Fasya.." Ujar Umai dengan suara sudah berserak kerana menangis. Matanya hanya menatap ke bawah.
"Why? What happened? You... gaduh dengan boyfriend you?" Fasya bertanya seiring cuba memegang tangan Umai.
Umai hanya mengangguk.
"Why? Tell me.." Fasya cuba mengambil tahu apa yang terjadi. Setahu dia, Umai tidak mudah untuk menitikkan air mata walaupun apa pun terjadi.
"Syakir.... Dia curang, Sya.." Umai mengeluh sendiri.
"Curang? Now, dia tahu tak yang you dah tahu apa yang dia buat ni?" Fasya sedikit terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Umai.
"Yes, dia tahu.. I baru je jumpa dia tadi.." Umai mengeluh sekali lagi.
"I dah putus dah dengan dia.." Ujar Umai.
"You tahu mana dia curang?" Fasya cuba bertanya lagi.
"Dia post dekat IG story..." Ujar Umai.
"Hm... Gambar perempuan tu?" Fasya mengajukan lagi soalan.
"Yes... Dia pun ada dekat sebelah perempuan tu.." jawab Umai sambil menoleh ke arah Fasya.
"Ok... I see.. You strong, K? Takpe, I ada dengan you.." Fasya mendepakan tangan ingin memeluk Umai. Dia membalas pelukan Fasya.
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#
#NEXT?

YOU ARE READING
Kekasih Yang Hilang Kini Kembali
Romance𝑲𝑬𝑲𝑨𝑺𝑰𝑯 𝒀𝑨𝑵𝑮 𝑯𝑰𝑳𝑨𝑵𝑮 𝑲𝑰𝑵𝑰 𝑲𝑬𝑴𝑩𝑨𝑳𝑰 "𝐴𝑘𝑢 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑗𝑎𝑟 𝑠𝑒ℎ𝑖𝑛𝑔𝑔𝑎 𝑎𝑘𝑢 𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑚𝑒𝑚𝑖𝑙𝑖𝑘𝑖𝑚𝑢 𝑘𝑒𝑚𝑏𝑎𝑙𝑖" 𝚂𝚈𝙰𝙺𝙸𝚁 𝙰𝙳𝙰𝙼 𝚇 𝚂𝚈𝙰𝙺𝙸𝚁𝙰 𝚄𝙼𝙰𝙸𝚁𝙰𝙷 Mengisahkan sepasang pas...