BAB 14

266 23 3
                                    

Tok..tok..

Serta merta mata memandang kepada pintu bilik yang di ketuk tadi itu.

Terlihat Zaza yang mengetuk pintu biliknya.

Lalu Annabella pun memberikan isyarat mengangguk kepala memberi Zaza izin untuk masuk.

"Cik Anna tak balik lagi? dah pukul 7:00 ni." jam di dinding Annabella lihat.

Ya memang tepat pukul 7 malam sekarang ini.

"Saya balik sekejap lagi. Ada beberapa kertas kerja yang saya kena susun serba sedikit." Balas Annabella.

"Oh..okey. Tapi dalam office dah tak ada orang dah. Cik berani ke? Nak saya temankan dulu?" Zaza menawarkan bantuan.

Cepat-cepat Annabella membalas dengan gelengan.

"It's okey. Saya boleh sendiri. Awak baliklah." Tolaknya.

"Okey. Saya balik dulu ye cik. Hati-hati.." ucap Zaza sebelum menutupi pintu semula.

Dan Annabella juga membalas. "Hati-hati juga.."

Krik..

Kedengaran pintu sudah di tutup maka dengan itu ketahui dia bahawa Zaza sudah pergi meninggalkan dia sendirian sekarang.

Seketika cermin mata yang berada di wajah di lepaskan lalu diurut sedikit pelipis mata yang terasa sakit di kernakan hampir seharian dia mengapa skrin computer dan elektronik yang lainnya.

Dalam pada dia sedang melepaskan Lelah. Pada masa yang bersamaan itu dirinya terbayangkan kejadian tengahari tadi.

Orang yang sama. Suara yang sama. Tapi auranya...

"Berbeza. Kenapa aku rasa dia bukan dia?" ujar dia.

Mempersoalkan perkara yang seakannya tiada jawapannya.

Nafas di tarik dan di lepaskan secara perlahan. Kenapa. Kenapa pertemuan mereka selalu sahaja di tepat yang tidak terjangka?

Beberapa minit dia ralit dalam dunianya dia kembali kepada dunia nyata. Di mana situ langsung sahaja dia meng emas barangannya lalu pergi daripada tempat kerjanya.

Memandangkan pula jam sudah menunjukkan pukul 9:30 malam.

"Cepat betul masa berlalu." Celetok dia sendirian.

Setelah mengemas mejanya serta memasukkan barang pribadinya di dalam tas tangannya baru lah Annabella keluar daripada biliknya itu.

Memastikan pintu biliknya sudah terkunci. Barulah Annabella benar-benar pergi daripada pejabat tersebut.

Lampu yang tadinya masih ada beberapa terpasang. Dia langsung menutupnya lalu beredar daripada situ.

Berjalan keluar turun melalui lif. Sambil dia menunggu lift untuk sampai di tingkat lobi bagunan tersebut mengeluarkan telifon bimbitnya di bawa keluar.

Jarinya di geserkan ke kiri dan kanan dia mahu memesan grab untuk pengangkutan pulangnya.

"Ini sahajalah."

Dia memesan kenderaan beroda empat untuk pulangnya. Setelah selesai membuat pesanan Annabella kembali memasukkan telifonnya di dalam tas tangannya.

Ting!

Pada masa yang sama lift yang di naikinya sudah sampai di lobi yang di tujunya.

Terbuka pintu lift. Diapun keluar daripada situ.

"Selamat jalan cik."

"Selamat malam pak cik." Sapaan itu di balas sopan oleh Annabella.

Seorang lelaki paruh usia tersebut tersenyum sambil menganggukkan kepala lalu Annabella juga langsung berlalu pergi.

ANNABELLA SANG PEMILIK MR DINGINWhere stories live. Discover now