32 | S O F E A J I B R A I L

4.5K 227 5
                                    

'he's unexpected and always be unexpected.'

ᥫ᭡

BERKERUT hebat keningku melihat ketiga-tiga susuk tubuh lelaki berbadan tegap di hadapanku kini. Siapa lagi kalau bukan Hariz, Qayyum dan Khairil.

Mereka bertigas sedang bersembunyi di sebalik dinding dapur. Hanya kepala yang tersembul keluar memandang ke arah ruangan yang disediakan meja dan kerusi di kafe Kak Tya ini.

"Yang tu lagi cantik." Aku dengar suara Khairil.

"Biasa aje yang tu. Tudung biru tu cantik. Macam model." Qayyum pula membalas.

Semakin berkerut kening aku. Apa yang mereka bincangkan ni? Siapa yang cantik?

"Bini aku lagi cantik." Suara suami aku. Mesti lah Hariz.

Seketika, kembang semangkuk aku kena puji. Tapi itu bukan isunya, sekarang ni, apa yang mereka bertiga indap?

Aku berjalan mendekati mereka dan berdiri di tepi kepala kaum Adam itu. Macam mana kedudukan mereka saat ini? Kepala Hariz berada di paling bawah mengindap, manakala Khairil di tengah-tengah dan Qayyum di paling atas.

Jika dilihat dari kaunter atau meja, memang kepala mereka aje yang nampak. Tubuh bersembunyi di dapur.

Aku bercekak pinggang apabila mata mula melihat apa yang jejaka-jejaka itu bicarakan. Amboi, bukan main tengok perempuan-perempuan cantik, ya.

Semakin mengecil mataku melihat ke arah perempuan-perempuan yang aku kira budak universiti kut? Biasa lah, datang ke kafe untuk belajar.

Cantik memang cantik, tapi Hariz tu bukan main satu kepala dia mengintai anak dara itu, ya. Aku ketap bibir.

"Cantik betul, ya. Ada fikir nak tambah satu lagi ke?" Aku bersuara. Tubuh sengaja direndahkan supaya berlari dengan kepala Hariz yang berada di paling bawah.

Dapat aku lihat ketiga-tiga tubuh itu kaku sebelum semuanya kepala menoleh ke arahku. Aku tayang senyum.

Mata Khairil membulat sebelum dia bersuara bagaikan gempa bumi akan berlaku.

"Man down! Man down! Man down!"

Kini posisi mereka berubah. Qayyum dan Khairil mengacukan tangan mereka yang membentuk pistol ke arah Hariz.

"Surrender, man." Qayyum pula bersuara.

Hariz perlahan-lahan mengangkat kedua belah tangannya bersama kaki yang masih melutut. Berserah diri.

"Din... Dinda. Ab... Abang tak. Err... Abang... Bukan." Mata Hariz mula mengerling ke arah Qayyum dan Khairil yang kini di pihakku.

Aku kecilkan mata. Tahu pun gagap!

"Bukan main mengintai anak dara orang, ya? Ini idea siapa ni?" Aku bercekak pinggang. Wajah ketiga-tiga jejaka itu dipandang satu persatu.

Aku yakin bukan idea suami aku. Tapi siapa pencetus idea ini lah yang membawa suami aku ke saat ini. Mengintai anak dara orang.

"Khairil!" Laju Qayyum menunding jari ke arah Khairil. Dan kini Khairil pula melutut dan mengangkat kedua tangannya seperti Hariz.

Aku jengilkan mata. Dah agak dah!

"Kau orang ni kan... Aku ajak datang sini suruh tolong, bukannya menggatal indai anak dara orang!" Aku mula berleter.

Ketiga-tiga lelaki itu terkulat-kulat memandang aku. Dapat aku lihat mereka membalas isyarat mata sesama sendiri. Tapi aku tak faham.

ISTERI SEORANG TENTERA Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang