'to be with him all the time.'
ᥫ᭡
PELBAGAI jenis produk rawatan muka berjenama Wardah ditempek ke mukaku. Tangan pula perlahan-lahan mengurut kulit wajah sendiri.
Usai melengkapkan segala rawatan wajah di malam hari, aku capai pula sikat. Rambut panjangku disisir rapi di hadapan cermin yang memantulkan imej diri sendiri.
"Dinda,"
Aku menoleh. Tangan masih menyisir rambut. Hariz baru sahaja masuk ke bilik bersama botol minuman berwarna merah jambuku.
Aku yang minta dia penuhkan air kosong ke dalam botolku. Biasa lah, seorang Sofea Adrieana memang akan minum air kosong dulu sebelum tidur.
"Thank you, husband." Botol itu bertukar tangan. Kemudian aku kembali menoleh menghadap cermin.
"Pia tak nak kerja ke?" soal Hariz tiba-tiba.
Aku pandang dia pelik melalui pantulan cermin. Dah kenapa? Dia tak nak tanggung aku ke?
"Abang dah..."
"Bukan. Bukan itu maksud abang. Cuma... nanti rindu lah kalau abang kerja kat kafe Kak Tya, tapi dinda ada kat rumah." Hariz mencebik.
Terkelip-kelip aku apabila dia memotong kata-kata aku. Macam tahu aje dalam otak aku ni ada pemikiran yang negatif.
"Alah, Pia hari-hari pergi kafe Kak Tya."
"Kerja lah kat kafe Kak Tya juga." Hariz mendekatiku. Sikat di tanganku dicapai sebelum dia pula yang menyisir rambut aku.
"Kenapa? Abang dah tak nak tanggung Pia ke?" Tetap aku ajukan soalan itu. Mana tahu, tanggapan aku betul.
"Mana ada. Cuma kalau dinda kerja sana, waktu kerja kita sama. Kita boleh kerja sama-sama. Dinda pun akan selalu ada depan mata abang. Tak ada lah rindu." Luahnya.
Aku berkerut kening. Amboi!
"Mengadanya dia. Selama ni elok aje berjauhan, tiba lepas kahwin ni manja semacam kenapa?" Aku mengerling dia di cermin.
Hariz tayang sengih.
"Apa salahnya. Lagipun kita tak tahu bila ajal tiba. Kalau tiba-tiba abang kena bertugas lepas tu ajal abang sampai ke... siapa tahu? At least waktu-waktu sekarang ni Pia sentiasa ada dengan abang." Hujahnya.
Aku pandang Hariz dengan kerutan kening.
"Abang cakap apa ni? Abang janji nak jaga diri, kan? Pia akan tunggu abang sampai bila-bila, tau. Abang kena ingat tu." Aku memusingkan tubuhku menghadapnya.
Hariz ukir senyum. Bahuku dipegangnya sebelum dia membongkokkan badannya menyamai ketinggian aku.
"Ya, sayang. Abang tahu. Tapi ajal tak siapa tahu. Takdir Allah." Ujarnya lembut sebelum keningku dikucup sekilas.
"Dah, jom tidur." Diangkat tubuhku dengan gaya pengantin.
Terjerit kecil aku kerana terkejut. Tak lama, tubuh aku diletakkan kembali ke atas katil sebelum Hariz menutup lampu membiarkan lampu tidur sahaja yang menyala.

ANDA SEDANG MEMBACA
ISTERI SEORANG TENTERA
Romance[Completed] Hariz Jibrail. Sebaris nama yang dikenali orang-orang dengan sifat ketegasan dalam melakukan tugasnya sebagai seorang tentera. Wajah kacaknya membuatkan ramai gadis yang tergilakan dia. Walaupun sifatnya tegas, namun masih juga si gadis...