Chapter 46 [Signore?]

3.4K 192 23
                                    

Elle tersenyum melihat Theo yang sedang mengeliat dengan penuh nikmat di atas katil itu. Bukan main lagi dia ya. Tidur sampai penuh bekas di wajahnya. Elle mencium pipi Theo bertubi-tubi. Menyuruh anak kecil itu untuk bangun dari lenanya.

"Bangunlah budak. Lama sangat tidur ni. Herm." Elle berkata sambil mencium pipi anak kecil itu. Theo buka matanya. Elle senyum sambil memuncungkan bibirnya.

"Ini bukan good morning dah ni, good evening dah. Wake up my little horses. Daddy's going home." Elle berkata. Theo mengosok matanya sebelum dia tersenyum apabila melihat ibunya itu. Elle tertawa.

Hari ke 60 selepas kelahiran Theo, Elle masih lagi bercuti. Walaupun awalnya dia berkeras untuk masuk ke pejabat namun memikirkan Theo yang masih lagi memerlukan dirinya, Elle mengambil keputusan untuk menyambung cutinya. Nicholas? Sudah tentulah dia orang yang pertama bersetuju dengan keputusan Elle. Memang itu yang dia mahukan dari Elle. Hal ini kerana Theo masih lagi menyusu badan dan juga masih kecil untuk ditinggalkan.

Elle mendukung Theo sambil menyanyi. Theo melihat ibunya. Elle tersenyum dan mencium dahi Theo. Mereka melangkah menuruni tangga untuk ke aras bawah. Kesemua pembantu rumah yang lalu lalang menyapa Elle dan juga Theo. Mereka agak geram melihat Theo yang tembam itu. Mata hijau Theo yang cantik menawan itu turut menjadi kegilaan dan pujaan kepada semua penduduk di Palazzo itu. Warna mata yang menurun dari mata ayah mertuanya itu.

Elle membawa Theo ke luar rumah. Menanti kepulangan suaminya. Elle tersenyum melihat Alex yang mendekatinya itu. Alex kini sepenuhnya menjadi pengawal peribadi untuk Elle manakala Enzo pula kekal menjadi pengawal peribadi Nicholas. Memandangkan Elle masih lagi berada di rumah, maka Alex juga akan menetap di rumah.

"Signore dah pulang dari pejabat ke, Alex?" Elle bertanya. Alex mengangguk.

"Yes Signora." Alex menjawab. Elle mengangguk. Dia dudukkan Theo di pangkunya. Tangannya mengeluarkan telefon bimbit dari poket gaunnya. Elle mencari nombor suaminya. Ditekan butang Facetime dan dia menunggu jawapan dari suaminya.

"My Babies."

Elle tersenyum ketika suara Nicholas menyapa dari skrin telefon bimbitnya itu. Elle halakan ke arah Theo. Nicholas tersenyum.

"Theo.." Nicholas melambai. Theo mencari dan mulutnya ternganga. Dia ketawa. Nicholas memanggil lagi dan tertawa.

"Lama dia tidur daddy." Elle berkata. Nicholas buat-buat terkejut. Mereka kemudiannya tertawa antara satu sama lain.

"I had to attend meeting at Rome Hotel, sebab tu abang lambat sikit harini. Right now, abang on my way to see you and Theo." Dia kata. Elle mengangguk.

"It's okay. Meeting last minute." Elle menjawab.

"Actually, I have a surprise for you Love." Mata Elle membulat.

"Herm? What it is?" Tanya Elle dengan senyuman terujannya. Nicholas tersenyum.

"Surprise kan? Mana boleh beritahu." Nicholas berkata. Elle tersenyum teruja.

"Woah, I can't wait to meet you Abang." Kata Elle lagi. Nicholas tertawa. Elle melihat Sienna mendekatinya. Sienna meminta izin untuk mengambil Theo memandang susu badan yang sudah dicairkan itu siap untuk diberi kepada Theo. Elle menghulurkan Theo ke arah Sienna. Sienna membawa Theo kembali ke dalam rumah. Elle tersenyum dan sempat dia mengucapkan terima kasih kepada Sienna.

Elle kembali melihat skrin telefon bimbitnya. Dia tersenyum.

"Comeback fast, please. I miss you." Kata Elle. Nicholas tersenyum gatal. Sempat dia mengenyit matanya kepada Elle. Mereka kemudiannya tertawa. 

Signore & Signora [Completed] 🦋Where stories live. Discover now