TRES : PART 30 [√]

14 1 0
                                    









         Idrees menarik handbreak. Dia mengeluh perlahan. Rumah agam dihadapannya dipandang sayu. Dia berharap agar kepulangannya kali ini membuahkan hasil

Sudah genap seminggu, isterinya meracau dan mengurungkan diri di dalam bilik sehingga Haze dan Hazel terpaksa menginap di rumah mentuanya.

Keadaan mental isterinya agak merosot. Bertambah pula dengan amnesia yang baru sahaja pulih. Fikirannya masih celaru

Seketika, Mak Wan selaku pembantu dirumahnya tergogop gapah berlari keluar dari rumah. Kereta mewah miliknya dituju.

Idrees lekas membuka pintu kereta. Wajah gusar wanita tua itu menyapa pandangan

   "Tuan..." Mak Wan cuba menstabilkan pernafasannya. Tangan kanannya ditekan pada dada. Nafasnya mengah

   "Sabar Mak Wan. Tenangkan diri dulu baru Mak Wan cerita dekat saya," Idrees menenangkan Mak Wan yang bagai hilang nafas itu

Tangan kirinya ditunjukkan ke dalam rumah.

   "Puan... puan meracau dekat dapur tuan," ayat itu bagai menikam nafasnya. Tanpa melengahkan masa, dia berlari ke arah pintu rumah

Bahagian dapur dia tuju dengan pantas. Kelihatan Susan dan Yanti berpelukan sesama mereka. Wajah mereka kelihatan pucat.

   "Puan..." suara itu kedengaran gugup

Matanya tertumpu pada sosok wanita yang berada disinki. Gadis itu memegang pisau di tangannya. Membulat mata Idrees apabila mata terpandangkan pisau ditangan sang isteri

   "Sayang! Put down the knife!" Idrees melangkah perlahan ke arah Ukaila. Wajah Ukaila masih menunduk memandang pisau ditangan.

Wanita itu kelihatan berada dalam dunianya sendiri. Bergetar tangannya mendekati urat pada pergelangan tangannya

   "Sayang!!" Idrees cuba memanggil Ukaila. Namun, tiada tindak balas.

Dia makin mendekat.

   "Little rose..." ujarnya lembut. Kali ini, panggilan itu dia cuba gunakan. Berharap agar sang isteri kembali pada realiti

Ukaila tersentak. Dia mengangkat wajah. Hilang sudah seri diwajah manis itu. Matanya kelihatan sembap. Bibirnya juga pucat. Wajahnya kelihatan sedikit cengkung

   "Little rose, please.. put down the knife," Ukaila memandang Idrees sayu. Idrees membuka langkah lagi 

   "Jangan dekat..." ucap Ukaila getar. Air matanya kembali menitis

   "Pleasa sayang..letak pisau tu," Idrees masih lagi memujuk. Ukaila menggelengkan kepala

   "Saya dah kotor. Dari dulu sampai sekarang saya kotor," Ukaila berbicara dengan nada lirih

Idrees mendekat selangkah demi selangkah.

   "No, you're not. Sayang tak kotor," mata tajamnya menikam pisau di tangan si isteri.

Kedua tangannya diangkat separa dada. Bersedia untuk mencapai pisau.

   "Saya tak layak hidup..kalau saya hidup, saya akan malukan awak dengan semua orang," Idrees menggelengkan kepala. Kini, dia sudah berada dalam jarak yang dekat dengan isterinya

Tanpa berlengah, dengan pantas dia menepis pisau yang berada pada genggaman Ukaila. Melenting jauh pisau itu dibuatnya

   "Arghhhhhhhhh!"

   "Aku nak mati! Aku nak mati! Aku nak mati!" Ukaila menjerit nyaring. Dengan pantas, Idrees menghampiri Ukaila dan memeluk tubuh langsing itu erat. Terduduk mereka berdua di atas lantai.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 23, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

TRES (On Going)Where stories live. Discover now