(raw, non edited)
— word count : 2135MATA tajam memerhati namun gayanya tetap santai bersahaja. Butang kemeja dua teratas dibuka mendedahkan singlet hitam di dalam. Mood halal! Nak haram haram, duduk rumah aje.
Masuk sahaja ke dalam, Akalil menayang muka cemberut. Ini yang dia menyampah betul kalau datang ke tempat-tempat begini. Hancing betul bau! Kencing bersepah semua.
Suasana hingar-bingar. Bising mengalahkan mak cik pasar malam. Bar stool paling hujung dia dekati dan dilabuhkan duduk di situ.
"Drink sir?"
Akalil geleng kepala. "Halal halal. Tak minum wain."
Wanita itu menayang muka kedut sebelum beredar dari situ. Dah halal tak minum wain yang kau masuk ke tempat macam ni dah kenapa? Itulah kata-kata dari riak muka wanita itu.
Jari mengetuk-ngetuk permukaan meja menghilangkan kebosanan. Sesekali matanya mengintai jarum jam pada tangan. "Berapa lama aku nak kena tunggu dia ni? Aku dah tak tahanlah bau hancing dalam ni. Geli bulu halkum aku. Aku dahlah baru lepas makan malam tadi," adu Akalil pada seseorang dibalik earpiece. Wig atas kepala dibetulkan. Rasa macam bawa gajah atas kepala. Menatang ni memang merimaskan.
"In ten to twelve minutes. Kau buat ajelah apa-apa dulu. Nanti sepuluh minit tu habislah. Dia keluar aku roger," ujar Harraz mendatar. Ikutkan rancangan asal, bukan Akalil yang take over undercover kali ini. Dia. Tapi nak buat macam mana, dah isteri tengah mengandung. Tak boleh nak dibiarkan seorang diri lewat-lewat malam macam ni.
"Sepuluh minit dekat sini macam duduk dalam neraka buatan manusia. Aku naik mual dah duduk dalam ni."
"Tidur ajelah Akalil. Dia keluar aku kejut."
"Hotak lu!"
"Dah keluar. Cepat betul dia keluar."
Terdiam Akalil. Badan diluruskan. Pandang kiri sikit, matanya berlabuh pada seorang lelaki linkungan 40 tahun berbangsa cina. Tubuh gempal. Perut boyot terserlah sampai nak terpelanting butang baju. Tubuh saiz 4XL, pergi beli saiz XS. Mana tak putus nyawa benang baju tu.
"Bukan haritu dia kata nak diet ke?"
"Tak konsisten tak jadi apa juga. Dia ada buat bariatric empat bulan lepas, tapi dah kalau nafsu makan mengalahkan saka nenek kau, memang macam tu ajelah kejadiannya."
"Nenek aku nenek kau juga eh! Aku mengadu dekat nenda nanti kau mengata saka dia."
"Mengadulah. Aku tak kisah."
Akalil mendengus. Memanglah tak takut kalau dah cucu kesayangan!
"Focus." Satu kata keluar, Akalil terus ubah moodnya. Kembali serius. Jangan dibuat main kerana kuasa teratas sedang memerhati. Siapa lagi kalau bukan Cougar.
Itu diam-diam menyengat.
"Pergi mamposlah! Aku nak balik duit aku! RM 1.5 million in my hand, now!"
1.5 juta dalam tangan? Muat ke? Akalil berfikir sejenak. Bakar jadi abu mungkinlah muat. Tapi kalau nak seketul-seketul dalam tangan, mimpi ajelah.
"Jangan nak penuhkan kepala otak kau dengan benda-benda yang tak ada manfaat macam tu Akalil." Harraz menegur dibalik earpiece. Keluhan kecil dilepaskan perlahan-lahan.
"Eh macam mana kau tahu ni?!"
"Aku dah pro sangat dengan cara otak kau berfikir."
Akalil tersengih. "Sweetnya kau."

ANDA SEDANG MEMBACA
A Love We Never Said [TERBIT]
RomanceLoyal Husband Series - 2 Muhammad Akalil Dzulfaqor x Dzikra Awfiah Police x kampung girl start : 3 october 2024 end : -