1

29 5 0
                                        

"Kita putus."

Sedari tadi Hannara hanya menundukkan wajahnya ke bawah sahaja. Bibir digigitnya perlahan. Entah mengapa tapi Hannara seolah-olah sudah tahu perkara ini akan berlaku padanya hari ini. Barangkali kerana Hannara sendiri telah saksikan kemesraan Thariq bersama wanita lain tempoh hari.

"Kenapa diam?" Soal Thariq ingin tahu. Biarpun dia tahu Hannara sudah mengetahui bahawa hakikatnya Thariq curang padanya namun mengapa Hannara tidak kata apa-apa pun padanya?

Bukan sahaja Hannara tak marah padanya,namun gadis itu beriak seperti seolah-olah tidak ada apa yang berlaku antara mereka walaupun Hannara sudah saksikan sendiri Thariq bersama wanita lain. Thariq sangkakan Hannara mahu lepaskan kemarahan padanya namun dia silap,Hannara tetap sama. Apa yang Thariq cuba harapkan pada Hannara?

Thariq berdecit kecil.

"Ini salah satu sebab saya tak boleh teruskan hubungan ni lagi. Awak memang baik. Tapi personaliti awak...saya tak rasa kita sepadan. Awak pendiam dan tak boleh tonjolkan perasaan awak sendiri. Walaupun kita dah lama,saya masih belum faham apa yang awak fikirkan,emosi awak dan semua perkara tentang awak...saya tak rasa saya akan dapat faham awak,Hannara."

Hannara masih lagi mendiamkan dirinya. Hannara tak marah. Dia tahu apa yang Thariq katakan tentang dirinya itu semuanya betul. Bukan sahaja Thariq,tapi semua lelaki yang Hannara pernah bersama dulu putus dengannya kerana alasan yang sama.

"Saya minta maaf." Ucap Hannara masih tidak dapat bertentang mata dengan Thariq di hadapannya itu.

"Saya tak minta awak minta maaf pun. Tapi tengok lah,pandang saya pun awak tak mampu jadi apa lagi yang patut saya harapkan pada awak? Mungkin saya yang kena minta maaf sebab saya memang tak boleh teruskan hubungan ni dengan awak." Usai berkata demikian,Thariq lantas bangun dan beransur pergi meninggalkan Hannara sendirian.

Pipi Hannara berubah merah kini. Dia malu. Hannara sendiri tak tahu mengapa dia jadi begini kerana Hannara tak tahu untuk kawal dirinya sendiri.

Hannara malu dengan dirinya sendiri.

.
.
.

Sekotak tisu dihulurkan kepada si rakan. Nama sahaja lelaki tapi baru sahaja putus cinta sikit menangis seperti hilang nyawa. Ini sudah berapa banyak tisu habis angkara menangis tidak henti semata-mata kerana putus cinta.

"Kau faham tak aku...aku tak boleh! Kenapa? Kenapa dia buat aku macam ni?" Soal Izlan cuba untuk mengadu nasib kepada si rakan.

"Mana aku tahu bukan aku yang bercinta dengan dia." Jawab Riqan malas mahu melayan rakannya itu. Bukan pertama kali pun Izlan putus cinta.

"Aku tak faham lah. Tak banyak cakap pun salah ke? Dia kata dia nak putus sebab aku tak pandai ambil hati dia,aku tak pandai main kata. Nak buat macam mana? Cikgu kat sekolah pun tak pernah ajar!" Kata Izlan sambil tersedu-sedan menangis.

"Mungkin ada hikmah kau putus dengan dia? Mungkin..."

"Apa pula hikmah? Oh,kau lah mendoakan selama ni kitorang putus? Kau memang saja kan? Aku sangka kau kawan aku tapi...you betray me!" Kata Izlan,semakin kuat tangisannya itu berbunyi.

Riqan sudah mula menggelengkan kepalanya. Apa lah nasib dia ada kawan begini? Dia yang putus cinta,kita pula yang salah?

"Mungkin korang tak serasi. Mungkin juga dia bukan jodoh kau. Kalau kau jumpa jodoh sebenar kau,jangan risau lah,semuanya akan dipermudahkan." Kata Riqan memberitahu.

Izlan mengelap air matanya. Bila difikirkan semula,apa yang Riqan cakap itu ada betulnya juga.

"Kalau macam tu,aku kena tingkatkan usaha mulai sekarang!" Kata Izlan sudah mula berazam.

BLUSHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang