"Ehem, encik Faris. Awak ingat perkahwinan ni main-main ke?" Husna melihat kearah Faris, reaksinya serious.
"Saya tak kata perkahwinan tu satu permainan untuk dimainkan." Kata Faris sambil melihat kearah Husna. Pandangan mata Hazel Lelaki itu membuat Husna terpana. "Ya Allah, ujian apakah ini." Kata Husna dekat di dalam hatinya.
"Tak, masalahnya. Awak faham tak situasi kita sekarang? Saya tak kenal awak, awak tak kenal saya. Selepas tu awak datang nak meminang saya. Kan tak logik tu?" Kata Husna dengan nada lembut.
"Baiklah, kalau macam tu apa kata kita berkenalan dahulu untuk tiga bulan? Macam mana?" Kata Faris dengan nada lembut membuat hati Husna mencair. "Ya Allah ujian apakah ini? Kenapa dengar suara dia sahaja dah cair? Kuat kan Iman mu Husna!" Kata Husna di dalam hati.
"Baiklah, jika itu yang awak nak saya akan turuti" kata Faris lembut dengan senyuman manis diukir di bibirnya. "Tetapi ada satu benda awak kena tahu." Kata Husna perlahan. "Apa dia?" Soal Faris melihat kearah Husna dengan mata Hazel miliknya.
"Saya hanya akan mesej dengan awak benda penting sahaja." Kata Husna sambil memandang tepat di mata Hazel Lelaki itu. Lalu, lelaki itu tersenyum, "Baiklah Husna, saya akan mesej awak jika penting sahaja" kata lelaki itu lembut.
"Aku tak sabar nak kenal perempuan ni lebih dekat." getus hati Faris. "Sekarang dah jam empat petang, saya nak pergi makan. Jom?" Ajakan Faris membuat Husna tergamam. Mana pernah Husna keluar dengan lelaki, apa entah lagi berdua-duaan.
"Jangan risau, kita pergi kafe yang ramai pelanggan dekat sana." Kata Faris sambil senyum dengan ketawa kecil. "Ni mesti tak biasa dengan lelaki" getus kecil hati Faris.
Husna hanya mengeluh dan ikuti lelaki itu pergi ke kafe. "Awak nak order makanan apa?" Soal Faris dengan nada lembut. "Sabar Husna, lelaki selalunya awal-awal je macam ni" getus hati Husna.
"Cheesecake? Boleh ke?" Husna agak teragak-agak, ya lah ibunya mengajar jangan meminta pada orang. Apa entah lagi dekat lelaki, kalau suami tak ape lah jugakkan?
"Go ahead, order it." Faris kata dengan lembut sambil menahan diri daripada tersenyum senget. selepas Husna memilih makanan untuk dimakan, makanan itu pun telah disediakan dan mereka berdua makan bersama.
selepas mereka makan, Husna mula memiinta diri dahulu. Iyalah husna datang berjumpa dengan Faris bukan naik teksi, tapi naik kereta sendiri. Selepas Husna meninggalkan Faris, faris mula tersenyum kecil. "Tak sabar nak kenal dia lebih dekat, she's made me more intriguing her more.."
__________________________________________________________________________________________________
Di Kem Kawalan Khas Komando...
"macam mana Faris? dapan tak calon?" soal Zaquan dengan tersenyum nakal, bukan apa. husna jenis perempuan yang susah nak dapat, memang dia jual mahal punya. "Dia hampir tolak lamaran aku bila aku ajak dia kahwin." Zaquan tersedak air mineral yang sedang diminumnya sambil melihat kearah faris tidak percaya.
"Kau ajak dia Kahwin dengan kau?! Waktu berjumpa pertama kali?! kau ni biar betul?!" soal Zaquan tidak percaya, bodoh ke apa si Faris ni? Jumpa-jumpa terus ajak kahwin. Buang tebiat ke apa? "ya, buat apa aku nak menipu dekat kau? Tapi aku beri dia cadangan untuk kenal selama tiga bulan. untuk kenal dalam dan luar diri dia tu." Pamit Faris untuk menyambung kerjanya.
Zaquan menelopong. "aku kena telefon husna dan tanya dia ni, tak boleh percaya kadang-kadang faris ni!" Getus hati Zaquan, geram dengan faris. Bukan boleh diharap sangat!
Sementara Faris pergi ke tempat kawad kaki untuk melatih Komando muda. "KAU INGAT TAK AKU KATA APA?! KALAU LARI 25 KILOMETER DALAM MASA SEJAM PUN TAK BOLEH TAHAN MACAM MANA NAK JALANKAN MISI YANG MENGAMBIL MASA EMPAT HARI BETERUSAN?!" Faris menjadi sangat tegas, kerana 25 Kilometer dalam masa sejam itu sangatlah mudah. Sedangkan latihan sterusnya ialah berjalan dua hari dua malam sepanjang 120 kilometer, dan dalam perjalanan itu tanpa henti. Apa nak buat dengan mereka semua ni?
__________________________________________________________________________________________________
Di rumah keluarga Husna
"Ayah nak tanya ni, bila kamu nak kahwin Husna?" soal Encik Syed Abdullah, ayah kepada Syarifah Amirah Husna. "Kenapa ayah tanya macam tu...?" soal Husna lembut, agak kecut perut bila ayah dia soal bahagian bab Kahwin-Kahwin. Adalah tu agaknya nak jodohkan anak sendiri.
"bukan apa, kalau kamu tak ada calon lagi. Ayah ingatkan nak jodohkan kamu dengan anak kepada kawan ayah." kata-kata Encik Syed membuat Husna tersentak. "NO! Ayah tak ada hak nak tentukan siapa jodoh husna!" Kata husna dengan nada sedikit meninggi, dia tidak ingin berkahwin dengan seseorang yang dia tidak cinta.
Encik Syed menapar pipi milik Husna dan Husna terjatuh sambil memgaang pipinya. "Aku tak pernah ajar kau biadap dengan aku! aku bagi masa untuk kau satu bulan, kalau tak ada kau kahwin dengan anak kawan ayah tu. Turfael haiqal." Mata husna meluas saat mendengar nama itu.
Encik syed beredar dari ruang tamu meninggalkan anaknya yang terduduk diatas lantai. Husna bangun secara perlahana-lahan dan meninggalkan rumah ayahnya. Husna memasuki keretannya dan cuba mencari nombor Faris.
Bunyi kawat kaki serentak berjalan dan bunyi arahan kuat suruh mereka berhenti. "Kamu semua boleh rehat." kata Faris lalu beredar dari pusat kawasan kawat kaki dan pergi ke tempat rehat. Faris membuka telefon dan melihat ada notifikasi dari nombor Husna.
Faris mendail nombor husna dan menelefonnya. "Assalammualaikum." Faris memberi salam saat panggilannya diangkat. "Waalaikumsalam, F..Faris..saya ada masalah. Awak boleh tolong saya tak?" Soal Hus dalam panggilan telefon itu.
"Masalah? Saya rasa selagi saya boleh tolong,saya tolong." Jawab Faris kepada Husna, soalan Husna sebentar tadi seperti tengah cemas. "Ayah saya nak kahwin kan saya dengan anak kawan dia. Tapi saya tak nak kahwin dengan dia." Kata Husna lagi. Faris bagaikan didikan dari belakang secara hendap tatkala mendengar kata-kata Husna.
"Jadi awak nak-" Belum Faris habiskan kata-katanya Husna memotong kata-katanya dahulu. "Kahwin dengan saya boleh?" Kata-kata Husna berjaya membuat Faris tersentak. Kahwin dengan Husna...? Wanita yang dia cuba berkenalan untuk tiga bulan, tang kini baru sahaja kenal tiga minggu tiba-tiba ajak dirinya berkahwin.
"Awak serius ke? Bukan awak kata.." Kata-kata faris dipotong buat kali kedua. "Ya saya tahu, tapi saya janji akan jadi isteri yang baik untuk awak." Kata-kata rayuan Husna membuat Daris tidak boleh menolak, sedangkan dia juga berharap kepada Husna.
"Baiklah...tunggu saya.." kata-kata terakhir Faris membuat Husna mengukir senyuman manis. Lalu panggilan itu diletakkan.

ANDA SEDANG MEMBACA
COMMANDO'S | OG | LATE UPDATE |
RomanceHusna yang suka berangan ketika membaca novel dan salah satu kegemaran nya ialah Thariq Ridzuwan Commando's Treasure membuat dia berdoa kepada Allah menginginkan lelaki seperti thariq. "Nak lelaki macam dalam Novel Thariq Ridzuwan" -Husna dan secar...