(raw, non edited)
— word count : 724AKALIL bungkam di mana dia berdiri ketika itu. Perlahan, air matanya jatuh mengalir. Basah pipinya yang sudah sepenuhnya berlumuran dengan darah manusia. Kepalanya digelengkan perlahan-lahan. Memberi isyarat, namun mata itu kian layu. Mereka dipisahkan dengan tembok cermin kaca kalis peluru.
Berpuluh peluru sudah dilepaskan, namun tidak ada satu pun yang berjaya menembusi kegagahan tembok itu. Semuanya jatuh penuh sia-sia.
"Awfiah...pandang aku..." Dengan susah payah Akalil bangkit berdiri. Namun baru dua langkah dia mara, dirinya ditahan oleh seorang anggota yang bersama-sama dengannya ketika itu.
"Tuan...ja-jangan...," halang lelaki itu. Tangan Akalil dibelit kemas. Makin dekat lelaki itu ke depan, sekelip mata maut menjemput puluhan manusia di dalam blok bangunan ini. Mungkin sudah tidak ramai berbanding awal tadi, namun dia perlu fikirkan keselamatan orang awam yang lainnya.
Nyawa orang awam tanggunggjawab mereka!
Akalil geleng kepala. Tiba-tiba earpiece dalam telinganya berbunyi.
"Akalil! Akalil kau dengar cakap aku. Kita...Kita akan pastikan isteri kau selamat. Jadi aku mohon, jangan bertindak mengikut emosi. Kau akan bahayakan banyak nyawa."
"Nyawa isteri aku macam mana?!!! ARGHHH sial!" Amukan Akalil meletuskan tawaan puas hati pihak belah sana. Makin tak terurus Akalil, makin kelakar situasi itu di mata mereka.
"Buat apa nak simpan perempuan macam ni Tuan Akalil? Ini..."
Wajah bermandian darah dan tompokan lebam sana sini milik Awfiah ditendang kuat-kuat. Dilayani bak binatang. "Elok buang aje dalam laut. Buang duit aje kau bela perempuan ni. Kau pun bukannya suka dia sangat, kan?"
"Jangan sentuh isteri akulah bangsat!!" Akalil berlari ke arah cermin itu. Sekuat hati dia tendang bersama air mata yang berjujuran laju.
Mata Awfiah kabur. Dalam matanya hampir suku dipenuhi darah. Sakit. Benar-benar sakit. Perutnya disentuh. Naik senak.
Mulutnya mengerang kepedihan. Dibawah perut ibarat ditikam-tikam parang. Tangan kanan perlahan-lahan turun menekan bawah perut.
"Dah mati anak kau ni. Mana taknya, lunyai perut bini kau aku terajang. Balik nanti tempah kubur siap-siap ya." Tawaan makin menghebat penuh egois.
Pandangan Akalil dan Awfiah bersabung.
"A-Awfiah..." kelu lidah Akalil. Kerdipan mata kian perlahan. Terkedu seribu kata. Lututnya melembik. Rebah ke lantai semula. Dua belah tangan naik menyentuh cermin. Mata beranjak mengikut rentak tangan Awfiah.
Terketar-ketar kaki Awfiah ketika itu. Dan darah kian membanjiri serata lantai. Pekat likat.
"T-Tuan..." Suara beberapa orang anggota tenggelam timbul. Takut melihat keadaan isteri lelaki itu. Nazak sepenuhnya. Namun tiada apa yang mereka boleh lakukan ketika ini.
Di tubuh wanita itu disarungkan bom keliling badan. Andai kata mereka ingkar arahan ketua dan masuk menyerang ikut kepala sendiri, tidak mustahil nyawa mereka semua akan tergadai lebih lebih lagi wanita itu.
Sangat merisikokan.
Pukulan Akalil pada cermin makin melembik. "A-Aku merayu...Ja-Jangan apa-apakan isteri aku. A-Ambik aku. Tolong ambik aku." Akalil mencampak kesemua senjata yang ada pada tubuhnya ketika itu. Vest kalis peluru dia cabut dan campak jauh-jauh.
Awfiah geleng kepala. Dia tidak akan membiarkan Akalil menyerah begini! Ini bukan Akalil yang dia kenal.
Akalil yang dia cinta tidak akan mengalah secepat ini. No and never...
"A-Awak..." seru Awfiah perlahan. Hanya melalui gerakan bibir, Akalil sudah menangkap tuturnya.
Akalil koyak satu senyuman penuh sakit. "Yo-You will be fine...Tolong bertahan untuk aku, sayang..." Akalil melutut.
Senyuman itu dibalas. Namun hanya buat seketika. Makin dia senyum, makin luas bibirnya terkoyak. "Akalil Awfiah t-tak akan sesekali melutut di hadapan musuhnya. Tolong bangun Akalil..." Makin laju air mata Awfiah mengalir. "Jangan mengalah kerana Awfiah..."
Akalil teleng kepala banyak kali. Ya Allah, hanya dia yang menyaksikan dengan mata sendiri tidak sanggup menanggung kesakitan isterinya itu. Apatah lagi Awfiah. "Kau satu-satunya keutamaan aku...Fucking all of this shit...I only want you..."
Perlahan, Awfiah memaksa diri untuk tersenyum buat lelaki itu. Suami dunia akhiratnya. Menjadi-jadi air mata Awfiah tumpah di atas darah sendiri. Sebak.
Buat pertama kalinya, Akalil mengatakan hal itu. Dan buat pertama kalinya, Akalil memilih dia.
"Thank you..." Dada Awfiah makin sempit. "For choosing me this time..."
Tangisan Akalil bermaharajalela.
"Dan Awfiah pun pilih untuk perjuangkan apa yang Akalil lakukan sekarang." Sekelip mata, genggaman tangan kiri yang dia sorok dari tadi terbuka dan satu pemacu pena yang mengandungi beribu bukti kejahatan manusia syaitan itu dibaling masuk ke celahan bawah tembok cermin yang sedikit terbuka itu. Masuk di celahan lutut Akalil.
"Shit! Perempuan tak guna! Dia ambik barang aku!"
Membuntang mata Akalil dan yang lain.
"Awfiah!!!"

ANDA SEDANG MEMBACA
A Love We Never Said [TERBIT]
RomanceLoyal Husband Series - 2 Muhammad Akalil Dzulfaqor x Dzikra Awfiah Police x kampung girl start : 3 october 2024 end : -