Haris membetulkan bajunya sebelum masuk ke dalam pejabatnya.Para pekerjanya tercengang melihat penampilannya.Mata mereka tidak berkedip apabila memandang Haris.Haris memberikan senyuman kepada pekerjanya.
“ Handsomenya Encik Haris hari ni. ” tegur pekerjanya.
Haris tersenyum.Dazrin berasa hairan melihat rakan sekerjanya.Dia melihat mereka memerhatikan sesuatu.Dazrin berasa ingin tahu.Dia pun mendapati mereka.
“ Korang tengok apa tu?Senyap je.Tadi aku dengar bising je.Ni kenapa semua diam.Malaikat lalu ke? ” ucap Dazrin.
“ Bukan malaikat lalu.Bidadara lalu.Terpana sekejap. ” ucap Zafir menarik kerusinya.
“ Hah?Bidadara?Malaikat?Eh aku tak faham lah.Cuba cakap terus terang. ” Dazrin memandang Zafir.
“ Kau nak tahu?Kau masuk ofis Encik Haris.Baru kau tahu. ” ucap Zafir.
“ Kenapa dengan ofis Encik Haris?Encik Haris bawa calon isteri dia ke? ” soal Dazrin lagi.
“ Bukanlah.Kau pergi masuk baru kau tahu.Kau tanya aku aku mana tahu cerita.Dah-dah pergi sana.Jangan kacau aku. ” Zafir menghalau Dazrin.
“ Kau ni.Aku nak tahu je. ”
“ Dah pergi.Jangan kacau aku.Kejap!Ni kau bawa bagi Encik Haris minta di tolong tandatangan.Terima kasih. ” Zafir memberikan senyuman kepada Dazrin.
“ Eleh!Tadi halau aku,ni suruh aku bagi kat Encik Haris pula!Dasar kering. ” ucap Dazrin.
“ Kau kan kawan dia.Kau tolong bagi kat dia.Dah jangan kacau aku. ”
“ Iyalah.Aku tak kacau.Aku nak pergilah ni. ”
Dazrin memandang rakan-rakannya yang mengintai ofis Haris.Dia pun mengetuk pintu ofis itu.
“ Masuk. ”
Dazrin melangkah masuk.
“ Ris,aku peliklah dengan diaorang ni.Dari tadi dok mengintai kau dalam ofis.Kau ada buat salah ke?Kau jangan cakap kau bawa girlfriend. ” ucap Dazrin.
“ Kau ni.Agak-agaklah.Ni tempat kerja kot.Takkan aku nak bawa girlfriend pula. ” ucap Haris.
Haris yang ketika itu membelakangkan Dazrin terus memusingkan kerusinya ke depan.Dazrin tercengang melihat penampilannya.
“ Ris,ni kau ke?Asal lain doh?Kau biar betul?Kau buat operation muka ke?Handsome betul kau. ” ucap Dazrin dengan jujur.
Haris ketawa.
“ Kau ni Daz.Sejak bila aku buat pembedahan muka aku ni?Ni muka real akulah.Yang bukan-bukan je kau ni. ” kata Haris.
“ Tak adalah.Aku terkejut.Ingat siapalah tadi.Aku dah faham.Patutlah masa kau masuk tadi.Semua orang senyap tau.Aku fikir malaikat lalu.Ghisau pula aku. ” kata Dazrin.
“ Kau memang.Malas aku layan kau.Kau nak apa ni datang sini?Pergi buat kerja kau. ” kata Haris.
“ Amboi,sejak dah handsome ni dia garang pula.Ni si Zafir minta kau tolong tandatangan. ” Dazrin memberi surat itu.
Haris mengambil surat itu dan menandatanganinya.
“ Okay.Dah. ”
“ Thank you bos.Tapi kan?Kau kenapa dengan tiba-tiba berubah secara drastik ya?Terkejut mak. ” ucap Dazrin.
“ Berubah?Berubah apa? ” soal Haris.
“ Tak adalah.Aku macam pelik je.Jangan sebab kau nak cari jodoh kau ubah diri kau.Pada aku okaylah nampak hot gitu. ” kata Dazrin.
YOU ARE READING
MR HARIS RIZQIE [Slow Update ]
RomanceHaris Rizqie merupakan seorang duda terlajak hot.Dikenali sebagai Daddy Aaris.Haris pernah berkahwin,namun tidak lama.Dia pun bercerai.Sudah 15 tahun dia hidup sendiri. Haris pula telah di minta oleh mamanya untuk berkahwin kali kedua.Kerana mamany...
![MR HARIS RIZQIE [Slow Update ]](https://img.wattpad.com/cover/349520209-64-k652601.jpg)