Dazrin melihat temannya itu.
“ Kau okay tak? ” ucap Dazrin.
“ Okay?Kau tanya aku okay? ” soal Haris lalu memandang Dazrin.
“ Aku minta maaf Riss.Aku pun tak tahu boleh jadi macam tu.Aku cadang macam biasalah.Tak tahu pula jadi kes macam tadi.Aki minta maaf tau.Aku tahu salah aku. ” kata Dazrin.
Haris mengurut dahinya.
“ Okay macam ni.Kita buat cara lain pula. ”
“ Bagi aku rest dulu.Baru Kita bincang yang lain pula. ” ucap Haris.
“ Okay.Aku tak ada masalah. ”
“ Kalau macam tu.Hari lain pula kita fikir.Kau sambung kerja kau. ” kata Haris.
“ Okeyh.Bereh. ”
Haris merenung komputer ribanya itu.Dia pun bangun dari kerusinya.Haris terus menuju keluar.Mungkin dia mendapat ketenangan jiwanya.
Haris menukar pakaiannya.Dia mencari tempat itu menenangkan hatinya.Haris agak gelisah kerana mamanya memberi dia masa 3 bulan sahaja untuk mencari calon isterinya.Jika tidak dia akan mengahwini Datin Maria.
Haris menggelengkan kepalanya.Tidak sanggup membayangkan dirinya berkahwin dengan Datin Maria itu.Sedang dia termenung dia tidak sedar dirinya melanggar sesuatu.
" Pakcik lain kali nak lalu tu mata pandang jalan.Bukan pandang telefon.Harap mata je empat tapi buta. " ucap gadis itu.
Haris terkejut melihat gadis itu kerana ucapannya yang tidak sopan.
" Minta maaf ye dik.Abang tak perasan. " Haris memandang wajah gadis tersebut.
" Abang?Eiiuww.Nak mengayat pun agak-agaklah pakcik.Dahlah rambut pun beruban.Ada hati nak mengayat aku.Not my taste okeyh. ” ucap gadis itu dan berlalu pergi.
Haris tergamam.
“ Dia tak kenal ke aku ni siapa?Aku ni Haris Rizqie.Jumpa pula masa aku tengah selekeh memang lah nampak tua.Tak apa nanti aku colour rambut aku.Lepastu aku pakai minyak rambut aku banyak-banyak baru kau tergoda. ” gumam Haris sendiri.
Haris menarik nafasnya.
NAJWA sedang membersihkan kasutnya itu.Dia menggosok dengan kuat pada kotoran di kasutnya.
“ Dasar orang tua.Tak nampak ke aku lalu tadi.Buta agaknya.Mata dah empat.Takkan tak nampak lagi.Tak pasal-pasal kotor kasut aku ni.Ingat murah ke? ” bebel Najwa sendiri.
“ Kau ni kenapa?Membebel sorang-sorang dari tadi aku dengar. ” ucap Syafa.
Najwa yang sedang membersihkan kasutnya terus memandang temannya itu.
“ Kau tahu tadi... ”
“ Tahu apa? ” ucap Syafa.
“ Aku geram tau.Eiiii.... ”
“ Sabar.Kau jangan marah-marah.Rilek dulu. ” pujuk Syafa.
“ Aku bukan apa.Aku geram. ” Najwa mengetap giginya.
“ Okay.Kau tarik nafas dulu and then lepas. ” ucap Syafa lagi.
Najwa menarik nafasnya.Kemudiam dia memandang Syafa.
“ Kau tahu tadi.Aku tengah jalan sorang-sorang.Lepas tu ada sorang mamat.Eh pakcik tau.Rambut punyalah banyak uban.Dengan pakai speknya.Dia langgarnya aku tengah jalan kat situ. ” kata Najwa.
“ Dia tak nampak kau ke?Buta ke? ” kata Syafa.
“ Aku tak tahulah dia butalah kot.Lepas tu aku pun marahlah dia.Kau tengok kasut aku terkena air chocolate ni.Ni pakcik beruban tulah puncanya. ” ucap Najwa lagi.
“ Kau cakap apa kat dia lagi! ” Syafa melihat kasut temannya itu.
“ Aku cakaplah tak nampak ke orang lalu?Mata dah empat tapi buta.Pastu yang aku gelinya dia cakap kat aku.Minta maaf ye dik,abang tak perasan!Dia cakap diri dia abang tau!Dah lah rambut dia beruban.Dasar tak sedar diri.Dah tua tu buatlah cara tua.Geram aku. ” ucap Najwa lalu dia menarik nafas lega.
“ Betul lah dia gelarkan diri dia abang.Tak salah pun dia cakap macam tu.Tapi mungkin sebab kau tengok dia dah beruban bagai,kau anggap dia tu pakcik-pakcik. ”
“ Ya.Aku tak kisah pun dia cakap macam tu.Tapi aku geram dia main langgar aku.Ingat aku ni batu ke main langgar-langgar.Main sepak-sepak.Dasar pakcik beruban. ” gerutu Najwa.
Syafa tersengih sendiri.Najwa memandang wajah Syafa.
“ Yang kau ni dah kenapa?Dok tersengih-sengih.Kau orait tak?Ghisau pula aku! ” ucap Najwa.
“ Aku okay je.Aku bukan apa.Manalah kita tahukan sekali pakcik uban yang kau kutuk tu jodoh kau.Kau tak suka dia kan?Boleh jadi kalau dia tu jodoh dari langit. ” kata Syafa.
Najwa membulatkan matanya.
“ Hello,kau ingat aku ni tak ada taste ke?Aku tak minat ye pakcik-pakcik macam tu.Dengan tak terurus.Rambut beruban.Eeeiiuww not my taste okey! ” ucap Najwa dengan yakin.
“ Aku bukan apa.Aku cakap je.Mana tahu sekali eh aku tengok kawan aku ni jodoh dengan pakcik beruban dia tu.Jodoh ni rahsia Allah.Kalau dah kau dengan pakcik uban tu berjodoh tak mustahil. ” ucap Syafa.
“ No!No!No!Kau percaya apa yang aku cakap.Aku takkan terima lelaki macam tu.Kau tahukan taste aku lelaki yang macam mana? ”
“ Aku tahu. ” jawab Syafa.
“ Aku suka lelaki yang menjaga penampilan,and of course dia hot.Handsome tu number one.Sado,taste I okeyh.Rambut hitam lebat.Lelaki idaman betul.Tak ada macam pakcik uban tu.Semua putih rambutnya. ” kata Najwa lagi.
Syafa menggelengkan kepalanya.
HARIS memerhati jam di tangannya.Dia merenung seorang diri.Dia terimbas kembali wajah gadis yang dilanggarnya itu.Dia tersenyum sendiri.
“ Pakcik ya dia panggil aku?Buruk sangat ke aku ni? ” Haris terus memandang cermin kaca.
Dia memerhati wajahnya yang dipenuhi jambang yang berwarna putih.Dia melihat rambutnya yang sudah agak beruban.
“ Betullah dia panggil aku pakcik.Buruk sangat aku ni.Macam lelaki mati bini.Sedangkan bini pun tak ada lagi.Tak boleh jadi ni.Aku kena buang jambang aku ni.Teruk sangat muka aku ni. ”
Haris mengambil dompetnya dan berlalu keluar.
“ Aku akan buat perempuan tu suka kat aku!Kau panggil aku pakcik ya.Aku cari kau sampai dapat.Kita tengok kau masih panggil aku pakcik ke tak? ” Haris tersenyum sendiri.
YOU ARE READING
MR HARIS RIZQIE [Slow Update ]
RomanceHaris Rizqie merupakan seorang duda terlajak hot.Dikenali sebagai Daddy Aaris.Haris pernah berkahwin,namun tidak lama.Dia pun bercerai.Sudah 15 tahun dia hidup sendiri. Haris pula telah di minta oleh mamanya untuk berkahwin kali kedua.Kerana mamany...
![MR HARIS RIZQIE [Slow Update ]](https://img.wattpad.com/cover/349520209-64-k652601.jpg)