Chapter 45 [Nicky, Enzo]

4.5K 216 31
                                    

Elle melihat suaminya yang sedang sibuk berlatih sukan polo di padang mini Palazzonya itu. Aura Nicholas ketika berlatih untuk sukan Polo itu sungguh menyengat. Biarpun hanya melihat dari jauh, aura Nicholas memang tidak pernah mengecewakan. Lihatlah ketika dia sedang menghayunkan kayu pemukul itu. Elle juga mendengar suara Nicholas yang memberi arahan kepada Ahmad itu. Tiba-tiba perasaannya untuk menunggang kuda semakin membuak-buak.

Minggu kelima dalam tempoh berpantang, Elle sudah mula berasa bosan di rumahnya itu. Apa sahaja aktivitinya disekat oleh Nicholas, dan juga pekerja-pekerja di rumah ini. Elle terasa dikongkong dan tidak bebas. Elle tidak mahu menyalahkan mereka kerana itu juga untuk kebaikan dirinya sendiri. Namun Elle bukanlah seseorang yang boleh dikongkong. Dia terasa tepu di dalam bilik bersama Theo.

Elle melihat Theo yang sedang lena di katil bayinya itu. Dia baru sahaja diberikan susu dan sudah pasti dia sudah kekenyangan. Elle memberi arahan kepada Julia untuk duduk di dalam bilik itu dengan memberi alasan dia ingin ke dapur. Julia menurut. Elle tersenyum sebelum dia melangkah keluar dari bilik tidurnya itu.

Dia melihat sekeliling. Terlihat beberapa pembantu rumah Nicholas sibuk mengemas. Elle mengambil kesempatan ini untuk berlari keluar rumah. Elle menyarungkan kasut but kulitnya itu. Elle melihat sekeliling dan 'line clear'. Dia berjalan ke arah kandang kuda. Dia melalui kebun bunga rumah itu dan pintu kayu itu ditolak. Elle melangkah ke kandang. Dari jauh, dia sudah melihat Layla yang sedang makan itu. Elle tersenyum. Dia melihat sekeliling, sekali lagi dia tersenyum. Dia terus mendekati Layla. Elle menyapa Layla. Elle membuat wajah yang sedikit bimbang ketika dia melihat perut Layla yang besar itu.

Layla mengangkat kepalanya dan Elle terus mengusap kepala Layla.

I'm sorry Layla. Mummy jarang jenguk Layla. You know, I need to sneak out just to see you.” Kata Elle dengan berbisik. Layla pula menggeselkan kepalanya di tangan Elle. Elle senyum.

How are you? You good?” Elle bertanya dan Layla memberi reaksi pada pertanyaan tuannya itu. Elle senyum.

You must be tired.”

And feel stuck. Same like me.” Kata Elle dengan nada mengeluh. Layla diam. Dia kembali menyambung makan Horses Pellets yang diimport dari German itu. Elle tersenyum. Dia mengelus kepala Layla.

“Ehem.”

Tangan Elle yang sedang mengusap kepala Layla itu terhenti. Alamak! Dia sudah tertangkap.

What are you doing here, Signora?” Suara tegas yang sangat dikenali oleh Elle. Elle berdiri dengan tegak dan dia memalingkan tubuhnya. Elle tersengih. Enzo dan Alex tersenyum ke arah Elle sebelum mereka menggelengkan kepala mereka. Damn you two!

“Ab..Abang.” Elle memanggil dengan cuak. Nicholas turun dari badan Ahmad. Ahmad berlari ke arah kau dan sama seperti Layla, dia menggeselkan kepalanya di tubuh Elle. Elle membelai kepala Ahmad.

What are you doing here? I'm asking you one more time.” Nicholas bertanya. Elle melihat Nicholas yang memakai Breeches/ Pakaian yang biasanya dipakai oleh para penunggang kuda itu. Wow, kenapa dia nampak sangat kacak? Dengan Riding Helmet yang masih tersarung di kepalanya itu. Wajah Elle tiba-tiba merah menyala tatkala Nicholas berdiri betul-betul di hadapannya saat ini. Ahmad berundur di belakang Elle.

What are you doing here, Mrs Romano?” Elle tergamam dengan soalan yang diajukan oleh Nicholas itu. Elle tersenyum.

Handsomenya abang.” Elle berkata dan tangannya cuba meraba tubuh Nicholas. Nicholas menahan tangan Elle dan keningnya dinaikkan. Senyuman Elle terhenti.

“Abang tahu abang handsome but you still need to answer my question. What are you doing here? You are still in your postpartum period didn't you?” Tanya Nicholas. Elle menelan air liurnya. Tiba-tiba lidahnya kaku untuk menjawab.

Signore & Signora [Completed] 🦋Where stories live. Discover now