MATA yang redup itu memandang tepat kearah kubur yang masih baru dimana ditempatkan jasad emaknya kaki digagahkan juga untuk melangkah pergi dari situ mata sedaya upaya cuba untuk menahan dari mengeluarkan mutiara jernih
Tubuhnya dirangkul kemas oleh sang suami. Dia sangat bersyukur kerana Fahim sentiasa ada bersamanya dan akan menemaninya ketika dia sedang mengelamun seorang diri
Fahim membuka pintu untuk isterinya setelah memastikan isterinya sudah masuk ke dalam perut kereta dia terus menutup pintu kereta itu dengan perlahan lalu kakinya melangkah ke tempat pemanduan
"Sayang ok?"Liyanna memandang kearah Fahim dengan pandangan yang redup kepala hanya mampu mengangguk dia tiada kudrat untuk mengeluarkan suara risau jika dia tidak dapat menahan air mata dari keluar
Fahim mengangguk jua walaupun dia tahu isterinya menipunya. Melihatkan wajah sugul milik Liyanna cukup untuk dia mengetahui bahawa isterinya tidak mampu menerima kenyataan bahawa Mak Leha sudah pergi untuk selama-lamanya
Dia memulakan pemanduannya untuk menuju ke rumah Puan Sri Sofea. Puan Sri Sofea menawarkan supaya mereka berdua menginap dirumahnya selama tempoh Liyanna berpantang
"Sayang ada nak makan apa-apa tak?"Liyanna menggelengkan kepalanya. Fahim mengeluh berat. Setelah isterinya tahu bahawa Mak Leha sudah tiada isterinya langsung tidak bercakap dengannya mahupun dengan orang lain bila ditanya jawapannya hanya angguk dan geleng
Dia faham pasti susah untuk isterinya menerima kenyataan oleh itu dia pasti akan membuat wajah isterinya kembali ceria seperti sedia kala
**
SETELAH Dia memandikan Firas dan Faris kaki langsung melangkah kearah sang isteri yang sedang diulit mimpi
Punggung dilabuhkan dibirai katil. Dielus rambut isterinya dengan perlahan. Sudah 2 minggu berlalu sejak kematian Mak Leha isterinya tidak ceria seperti dulu bercakap dengan dia pun boleh kira dengan jari berapa patah perkataan disebutnya
"Abang rindu isteri abang yang dulu"
Luahnya keseorangan. Baru saja dia ingin melangkah pergi dari situ tiba-tiba kedengaran isterinya meracau dalam tidur"Umi jangan tinggalkan Liya!"
"Sayang!"
Pipi isterinya ditepuk dengan perlahan untuk menyedarkan Liyanna dari mimpi"Umi. Umi!"
Serentak itu mata Liyanna terus terbuka dengan luas. Dia memandang kearah Fahim yang sedang memandang kearahnya dengan risk wajah yang risau"A-abang. Liya mimpi umi datang peluk Liya"
Serentak itu Fahim menarik tubuh kecil isterinya didalam pelukan. Tiada lagi Liyanna yang ceria seperti dulu yang berada di hadapannya sekarang ini adalah Liyanna yang rapuh
"Liya rindu umi""Isteri abang kuat kan? Remember sayang setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah uji sayang sebab dia sayang dekat sayang. Orang yang hebat pasti ujiannya hebat.Percayalah seberat-beratnya ujian yang menimpa kita, tak akan sebanding dengan kebaikan yang sudah Allah persiapkan.Allah test different people with different trials, because everyone has a different level of patience, tolerance, and faith.Allah tak mungkin bagi ujian diluar batas kemampuan kita"
Panjang lebar Fahim memberi kata-kata semangat kepada Liyanna.Liyanna memandang tepat kearah mata hitam milik suaminya. Ya tuhan dia sungguh bersyukur kerana Allah telah menghadirkan seorang lelaki yang sungguh sempurna didalam hidupnya
"Terima kasih abang, terima kasih sebab sanggup bertahan dengan Liya. Liya minta maaf sebab abaikan abang dan anak-anak selama dua minggu ni"Ya tuhan ampunkanlah dosa hamba mu ini yaAllah.
Fahim tersenyum senang sebelum sekali lagi dia menarik tubuh isterinya kedalam pelukannya. Lama.
"Abang maafkan sayang. I miss your voice sayang. Terima kasih juga sebab sayang mampu bertahan sampai sekarang. Remember sayang kita kena sabar atas segala musibah yang menimpa dengan diiringi sikap ikhlas dan redha terhadap takdir yang ditentukan oleh Allah SAW"
Serentak itu dia melabuhkan satu ciuman di ubun-ubun isterinya**
"SIAPA ANAK MUMMY ANGKAT TANGAN!"
Liyanna yang sedang bergurau senda dengan anak-anaknya itu terus tersentak apabila pipinya tiba-tiba dicium oleh seseorangDia memandang kearah Fahim yang sedang memandang kearahnya berserta dengan senyuman yang paling manis dan yang mampu menggoyahkan iman mana-mana perempuan yang melihatnya namun sayang senyuman Tengku Mohd Fahim adalah untuk Nik Liyanna sahaja. Diulangi ya hanya untuk NIK LIYANNA sahaja titik takda koma.
"Abang ni kenapa happy semacam"
"Lah abang happy pun salah ke?"
Fahim melabuhkan punggung dibirai katil. Happy pun salah marah pun salah senyap pun salah habistu gepedio jah hok betul?
(Apa je yang betul)"Lah Liya tanya je"
"Abang happy sebab isteri abang yang dulu dah kembali. Abang rindu senyuman sayang dan yang paling abang rindu ialah suara sayang. Sayang tahu tak berapa tersiksanya abang sebab tak dapat dengar suara sayang selama 2 minggu"
Liyanna menjulingkan matanya keatas"Over lah abang ni"
"Mananya tak over 2 minggu kot tak dengar sayang membebel pok pek pok pek"
Terselit perlian didalam ayatnya kepada isterinya"Amboi kuat ya dia perli kita"
"Bukan perli tapi FAKTA"
Perkataan fakta sengaja ditekankan oleh Fahim kepada isterinya. Liyanna hanya menjeling kearah suaminya. Malas nak melawan dahlah dia masih dalam keadaan berpantang sat gi ada yang kena lempang dengan dia kan. Tenaga pun tak cukup kuat lagi nak kejar suami dia.Hii?
Votes and comment🦋
YOU ARE READING
Fahim:Attractive Husband [C]
General Fiction[𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐅𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐗 𝐍𝐈𝐊 𝐋𝐈𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀] (In editing process!) Dia...... Tengku Mohd Fahim seorang jejaka yang memiliki rupa paras yang mampu menggoyahkan iman mana-mana perempuan yang melihatnya kena pula dengan pekerjaannya seba...