Seminggu kemudian.
"Selamat datang cik Anna. Dan selamat ke syarikat kami." Ujar Zaza si penyambut tertamu utama khas untuk tingkat jabatan tersebut.
"Terima kasih Zaza." Balas Annabella.
"Sama-sama. Btw I really miss you. Lama kita tak jumpa. Kalau pun bercakap dekat facetime. And sekarang kita dah berjumpa boleh lah kita berjumpa sekali. Sekali-kali keluar lah okey." Nyata Zaza.
"Boleh.." balas Annabella ringkas.
"Yeah!" riang Zaza dengan respon Annabella.
Annabella tersenyum kecil dengan sifat riangnya Zaza itu. Biasalah gadis mudah baru berusia 23 tahun.
"Jom kita pergi office bos. Bos dengan big bos dah tunggu cik Anna." Beritahu Zaza.
Dan Annabella pun mengangguk kepala. Lalu mereka langsung berjalan pergi menuju ke ruang pejabat CEO utama syarikat perguaman tersebut.
Dan di sepanjang perjalanan dia boleh mendengar ada beberapa mulut yang sedang berbicara.
Setelah di amati, mendengarkan mereka sedang berbicarakan tentangnya.
"Itu ke cik Anna?" si A berbicara.
"Ye..dia yang popular dekat London kan. Pengacara paling Berjaya!" kemudiannya si B.
"Wah...dah cantik. Bijak lagi. untung lah kita." Di sambungnya lagi si C.
Dan lain-lain lagi di bicarakan Annabella dengarkan sehingga dia menghilang daripada ruang pejabat tersebut.
Annabella dan Zaza melangkah makin melangkah tanpa sedar mereka pun sampai di hadapan pintu pejabat yang di kata Zaza.
"Are you ready?" soal Zaza.
Annabella menganggukkan kepala.
Lalu Zaza pun mendekati pintu lalu di ketuk sebari menunggu mereka di benarkan masuk.
"Masuk." Ujar satu suara daripada dalam.
Dan barulah Zaza membuka pintu lalu masuk ke dalam.
"Tuan Farid. Cik Anna dah sampai." Beritahu Zaza dengan cerianya.
Annabella pula yang sudah pun berdiri di samping Zaza sedikit mengangguk tepat di hadapan lelaki tersebut.
Farid pun segera berdiri apabila melihat Annabella sudah berada di hadapannya.
"Welcome Annabella. Lama tak berjumpa." Ujar lelaki tersebut dengan penuh mesra menyambut Annabella.
Lelaki muda berusia 20-an tersebut kemas dengan kemeja hitamnya di lengkapi dengan seluar slack yang sama warna melangkah mendekati kepada mereka berdua.
"Selamat pagi Tuan Farid. Saya datang untuk lapor diri." Sekali lagi dia membongkok.
Juga sebagai tanda hormatnya kepada lelaki tersebut yang merupakan majikannya.
"Awak tak payah tunduk sampai macam itu sekali dengan saya Anna. And just call me Farid. Kan saya dah beritahu." Ujar lelaki tersebut.
Dengan senyuman lebarnya yang sesungguhnya sangat manis tapi jarang di tunjukkan.
Annabella tidak membalaskan apa-apa melainkan hanya berdiri tanpa membalas lagi.
"Silakan. Zaza. Tolong sediakan minum." Arah Farid kepada Zaza.
"Baik Tuan. Cik Anna nak minum apa?" soal Zaza.
"Hot chocolate." Balasnya dengan lembut.
"Okey. Sekejap ye." Dan terus sahaja Zaza pergi meninggalkan mereka berdua.

YOU ARE READING
ANNABELLA SANG PEMILIK MR DINGIN (ON GOING)
FanfictionShe fall first, he fall harders. Ayat ini pasti selalu akan ada di setiap novel-novel cinta tidak kesah bagaimana konsepnya jalan ceritanya. Namun berlainan pula untuk kisah yang satu ini. Bagaimana dengan ayat seperti ini? He fall first, he fall h...