Nicholas memegang bayi kecil yang sedang lena tidur itu. Berkali-kali dia menyentuh hidung bayi kecil di tangannya itu. Tersenyum dia dibuatnya. Bayi ini adalah bayi yang sangat istimewa. Bayi yang menjadi bukti cinta di antara dirinya dan juga Elle. Kehadiran bayi ini telah cukup melengkapkan dalam alam kehidupan rumah tangga mereka berdua.
Nicholas menoleh ke arah cermin tingkap di bilik tidurnya itu. Dia tersenyum. Dia melihat kudanya itu sedang berdiri tegak di hadapan cermin tingkap itu.
"Do you want to see your brother?" Tanya Nicholas. Ahmad tidak berganjak dari cermin itu. Pandangannya tidak lepas di tangan tuannya itu. Nicholas tertawa lagi. Dia mendekati cermin itu. Butang kunci pada tingkap itu ditutup rapat memandangkan Elle tidak akan menetap di ruangan ini.
Nicholas hanya menunjukkan bayinya kepada Ahmad. Ahmad mendekati ke arah cermin tingkap itu dan wajahnya dirapatkan pada cermin itu. Nicholas tertawa.
"Shh.. He is sleeping." Nicholas berkata. Layla pula datang mendekat ke arah Ahmad. Kepala Ahmad digesel dengan perlahan sebelum dia tegak ketika melihat Nicholas di hadapannya. Layla terdiam seketika sebelum dia mendekati cermin itu. Dia seolah-olah sedang berusaha untuk mendekati Nicholas namun gagal kerana dipisahkan dengan cermin itu.
"No! Not now!" Nicholas berbicara sendiri. Seolah-olah Ahmad dan Layla itu memahami dengan kata-katanya.
"Abang." Nicholas menoleh. Dia kemudiannya tersenyum.
"Ingat abang pergi manalah tadi. Risau saya." Kata Elle. Dia yang baru sahaja lepas menjamu selera itu berasa sedikit cuak ketika melihat suami dan anaknya tiada. Puas juga dia mencari. Rupanya di sini. Dia mendekati Nicholas sebelum dia tersenyum melihat bayi kecilnya itu. Dicium dengan perlahan pipi anaknya itu.
"Abang dah bawa Theo jumpa Ahmad dengan Layla dah ke?" Tanya Elle. Nicholas mengangguk. Senyum lebar dia ketika mendengar Elle menyebut nama anaknya itu. Theo, atau nama sebenarnya Theodore Zayan Romano. Nama yang dipilih sendiri oleh Elle. Terharu juga Nicholas ketika Elle ingin meletakkan nama tengahnya sebagai nama untuk anak mereka.
"Kenapa abang senyum-senyum ni?" Tanya Elle. Nicholas gelengkan kepalanya dan dia menatap kearah Theo.
"Sampai sekarang, abang rasa terharu sebab Love namakan anak kita dengan nama abang." Kata Nicholas. Elle tersenyum. Lengan suaminya dipukul perlahan.
"Signora." Mereka berdua menoleh. Sienna memanggilnya. Elle tersenyum.
"È giunto il momento di dare il latte al giovane maestro. (Sudah tiba masa untuk Tuan Muda diberikan susu.)" Kata Sienna. Elle menatap Nicholas.
"Izinkan saya untuk bawa Theo ya abang." Kata Elle. Nicholas mengerutkan dahinya.
"Why do you need to ask my permission, Love?" Tanya Nicholas sambil tersenyum. Elle menatap suaminya. Dia tersenyum sebelum tangannya mengambil Theo dari dukungan Nicholas itu. Elle menatap Nicholas sebelum dia tersenyum. Dia melangkah dari bilik itu bersama Sienna sebelum dia melangkah ke bilik menyusu. Sienna pula membantu menyalakan pembersih udara dan juga menghidupkan air humidifier yang telah dititiskan dengan essential oil itu. Sienna dan Julia ditugaskan untuk menjaga dan membantu Elle sepanjang tempoh Postpartum selama 6 minggu ini. Mereka juga dipertanggungjawabkan untuk menjaga makan dan minum Elle, dan hal-hal yang diperlukan sepanjang tempoh berpantang ini.
Nicholas pula, dia kini mula bekerja dari rumah. Yes, Work from home. Demi untuk memastikan isteri dan anaknya dijaga dengan penuh teliti dan juga untuk sentiasa dekat bersama mereka berdua. Sejujurnya. Setelah menjadi bapa, Nicholas enggan berjauhan dengan anak lelakinya. Dua hari Elle di hospital, dua hari juga Nicholas enggan pulang. Walaupun diminta oleh Elle namun dia tetap enggan. Begitu juga sekarang, sudah hampir seminggu dia bekerja di rumah dan sudah seminggu juga Theo pulang ke Palazzo ini.

YOU ARE READING
Signore & Signora [Completed] 🦋
RomanceNicholas Theodore X Eleanor Sherafina From POV to Wattpad. Another blushing story has entered into the airashroses account.❤️ Nicholas Theodore and Eleanor Sherafina. Dua insan yang mempunyai kisah sedih dalam kehidupan mereka dipertemukan sebagai...