BAB 9

25 4 5
                                    

Luke menyandarkan badannya ke kepala katil sambil memejamkan mata. Penat selepas majlis akad nikah tadi.

Ya, dengan satu lafaz saja Adriana Viera sah menjadi isteri kepada Muhammad Luke Khalish.

"Khalish" Luke membuka matanya. Viera yang berdiri di tepi pintu bilik itu dipandang.

"Yes cinta?"

'Don't call her cinta, itu panggilan aku!' Marah Khalish. Luke hanya menghiraukan kata kata itu.

Merah pipi Viera jadinya. Dia berjalan perlahan lahan mendekati suaminya lalu duduk di sebelah lelaki itu.

"Saya nak tanya awak sesuatu boleh?" Pinta Viera perlahan. Takut sekiranya Khalish akan memarahinya.

Eh tapi yang keluar sekarang kan Luke? Ah kira sama je la tu.

Luke menjatuhkan kepalanya tanda membenarkan. Viera menarik nafas terlebih dahulu.

"Nak tanya apa?" Soal Luke dengan nada kosong tanpa memandang ke arah gadis itu.

Viera menunduk, bermain dengan jari jemarinya.

"Kenapa mata awak kelabu? Zaydan pernah kata warna mata awak hitam macam dia" tanya Viera. Sewaktu Luke menyarungkan cincin kepadanya tadi, baru dia perasan tentang perubahan warna mata lelaki yang sudah bergelar suaminya itu.

Lantas Luke mengalihkan pandangan ke tepi.

"Memang mata saya warna hitam. Sekarang saya pakai contact lense je" balas Luke selamba.

Eh jap, ada ke lelaki pakai contact lense? Lantaklah. Rembat je la asalkan ada.

Mengecil mata Viera memandang suaminya namun Luke hanya dengan wajah tenangnya.

TOK! TOK! TOK!

"Who's that?" Soal Luke dingin. Mereka berdua mengalihkan pandangan ke pintu bilik.

"Aku ni, Amir" kata Amir.

"Nak apa?" Soal Luke dengan nada yang masih dingin.

"Nak ajak turun bawah, daddy ajak makan"

Luke hanya bergumam. Dia memandang isterinya.

"Turun dulu, nanti saya datang" Viera angguk. Dia keluar dari bilik itu.

Keluar saja Viera dari bilik, Luke terus memejamkan matanya.

TBC
VOTE

KHALISH VIERATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang