Dua hari kemudian...
Khalish tersenyum nipis memandang ke arah cermin biliknya. Baju melayu berwarna putih yang dipakainya dibetulkan sedikit.
"Tukar" kata Khalish perlahan. Dia memejamkan matanya sekejap lalu dibuka semula kelopak matanya.
Luke tersenyum sinis. Dia meraup rambutnya ke belakang. Badannya ditilik dari atas hingga bawah.
"Hari ni, aku yang akan akad nikah" kata Luke puas. Puas akhirnya apabila Viera bakal berkahwin dengannya.
'Jangan buat hal dekat majlis ni, Luke' bisik Khalish. Luke hanya bergumam.
KLAK!
"Abang?" Panggil Aira. Luke mengalihkan pandangannya ke belakang.
"Hey Princess" macam mana Aira tahu tentang Luke? Oh sudah semestinya kerana suaminya, Muhammad Amir Zariel.
Amir yang memberitahu kesemuanya pada sang isteri namun Luke langsung tidak memarahi adiknya.
Dia sayangkan Aira, mana sanggup dia marah si kecil ini.
"Abang luke!" Aira terus berlindung di belakang tubuh Amir.
Luke tertawa kecil. "Aira, come here to me" panggilnya namun Aira menggeleng.
Amir yang melihat itu mencelah. "Aira takut dengan kau"
Luke menggelengkan kepalanya. "Listen here Princess. Abang tetap abang Aira. Walaupun perangai kami berbeza, tapi kami tetap abang Aira. Faham?"
Perlahan lahan Aira menganggukkan kepalanya. Dia berjalan mendekati lelaki itu sebelum tubuh sasa itu dipeluk erat.
"Aira rindu abang" katanya manja. Amir menggelengkan kepala. Tak berubah.
"Abang pun rindu adik" balas Luke.
'Jangan takutkan Aira, Luke' kata Khalish.
"Dah dah, jom turun bawah" ajak Amir. Aira memegang tangan suaminya dan mengikuti kedua dua lelaki itu ke bawah.
TBC
VOTEKhalish ke Luke?

ANDA SEDANG MEMBACA
KHALISH VIERA
RomanceMUHAMMAD LUKE LHALISH & ADRIANA VIERA *BACA ZARIEL'S, ARJUNA'S HERMOSA, RYSA ZACHARY & RYSA ZACHARY 2 TERLEBIH DAHULU START: 25/8/2024 END: 18/10/2024