"Kak" panggil Eryna. Viera mengangkat kepala dari menatap ke luar tingkap.
"Nak apa, Ryn?" Soalnya. Eryna duduk di birai katil bersebelahan dengan kakaknya.
"Dua hari lagi kau dah nak kahwin. Dah sedia?" Tanya Eryna. Viera mengangguk kepala.
"Dah, kalau aku tak sedia pun bukannya boleh patah balik" katanya sambil menunduk. Tangannya yang mempunyai cincin pertunangannya itu dipandang.
"Ryn, kalau aku cakap aku dah mula sukakan Khalish. Apa pendapat kau?" Soal Viera ingin pendapat.
Eryna senyum nakal. "Eleh eleh diaa"
Viera menolak bahu adiknya. "Diam la kau!"
Eryna ketawa besar selepas itu. Soalan kakaknya hanya dibiarkan.
Khalish berjalan perlahan mendekati dapur rumahnya. Dia meletakkan kedua dua belah tangan di atas kabinet. Fikirannya bercelaru.
Dia memejamkan matanya erat.
"Viera tu masih sayangkan aku, bukan kau. Dia cuma terpaksa kahwin dengan kau je, Khalish"
Kata kata Zaydan terngiang ngiang di kepala. Betul ke apa yang Zaydan katakan tu?
Khalish sememangnya sudah terjatuh hati pada tunangnya, namun jika si gadis tidak bahagia dengannya, apa saja yang dia boleh buat selain putuskan pertunangan mereka berdua.
Tapi......
Khalish tertawa kecil. Dia membuka kelopak matanya semula. Matanya yang berwarna hitam itu sudah bertukar kelabu.
"Hanya Khalish yang akan lepaskan kau kalau kau suka orang lain. Bukan aku" katanya sinis.
Luke. Sisi kedua Khalish, hanya ahli The Devil sahaja yang tahu. Bahkan, adiknya Aira pun tidak tahu mengenai hal ini.
"Kau hanya milik aku, Adriana. Bukan milik Zaydan atau sesiapa pun"
TBC.
VOTEKhalish tenang, Luke dingin
Khalish mata hitam, Luke kelabu.

ANDA SEDANG MEMBACA
KHALISH VIERA
RomanceMUHAMMAD LUKE LHALISH & ADRIANA VIERA *BACA ZARIEL'S, ARJUNA'S HERMOSA, RYSA ZACHARY & RYSA ZACHARY 2 TERLEBIH DAHULU START: 25/8/2024 END: 18/10/2024