Chapter 43 [Ahmad & Layla]

3.9K 203 34
                                    

3 Months Later

"Betul ni nak ikut abang pergi office?" Nicholas bertanya sambil tangannya membutangkan baju kemeja putihnya itu. Elle menoleh dan dia mengangguk.

"Betul abang. Tak nampak ke saya dah bersiap ni?" Elle bertanya sambil menunjuk pakaian yang dipakai olehnya saat ini. Nicholas tersenyum.

"Okay then. But, I forbid you to touch any papers or documents that are related to work! Do you get my words, Love?" Tanya Nicholas sambil melipat kolar bajunya. Elle mengeluh dan akhirnya mengangguk. Elle menatap suaminya itu.

Pejam celik, kandungan Elle kini sudah masuk ke bulan yang terakhir. Elle hanya perlu menghitung hari sahaja untuk melahirkan. Sudah tentu, suaminya itu telah melarangnya untuk melakukan sebaran pekerjaan berat termasuklah kerja-kerja di pejabat. Sudah hampir dua minggu dia duduk di rumah. Terasa terperuk pula. Sebab itulah dia meminta izin suaminya untuk pergi ke pejabatnya itu.

"As your command!" Elle membalas. Nicholas tersenyum. Dia menyarungkan vest hitamnya itu. Elle tersenyum. Semburan wangian Nicholas mula terserap di hidung Elle. Wanginya.

Nicholas hanya tersenyum melihat gelagat isterinya itu. Gatal sungguh. Elle turut tersenyum.

Mereka kemudiannya sarapan bersama-sama. Nicholas tergamam melihat Elle yang menghabiskan lima keping roti sandwich telur itu. Elle hanya tersengih sambil mengesat bibirnya dengan napkin. Nicholas tertawa. Mereka bangun. Elle melihat Sienna. Sienna tersenyum dan mengangguk.

"What?" Tanya Nicholas.

"Saya suruh Sienna wrap kan sandwich ni untuk saya." Kata Elle. Nicholas ternganga. Elle meletakkan jari telunjuknya di bibir Nicholas.

"Don't say any words, Abang. Shhhh.." Elle berkata. Beberapa pembantu rumah mereka tersenyum melihat gelagat dua majikannya itu. Sienna muncul bersama bungkusan kertas dan juga tumbler biru.

"Ho incluso un succo di frutta per la Signora. (I've prepared a fresh juice for you, Signora)" Kata Seinna. Elle terharu.

"Thank you Sienna." Kata Elle sambil mengusap wajah Sienna. Tersenyum malu Sienna dibuatnya. Mereka kemudiannya berangkat ke pejabat Nicholas. Sienna memegang pipinya. Haih, terasa bahang wajahnya Walaupun kerap juga Elle memujinya, namun dirinya tetap rasa terharu dan puas apabila Elle gembira. Masih dia ingat lagi waktu pertama kali dia bertemu dengan Elle. Siapa sangka, kini Elle jugalah majikannya.

Nicholas dan Elle tiba di pejabat. Alex bergegas membukakan pintu untuk Elle. Elle tersenyum. Dia turun dengan hati-hati. Agak susah ya sekarang ini untuk dia membuat apa-apa pergerakkan. Semuanya perlu dilakukan dengan gerakan yang perlahan.

Nicholas tersenyum melihat isterinya yang sedikit terkedek di belakangnya itu. Dia melihat Elle sebelum dia melihat pakaian isterinya itu. Hanya gaun labuh bunga-bunga dan selendang putih. Wah, macam nak pergi berkelah ya. Nicholas gelengkan kepalanya. Dia membuka kot labuh paras lutut itu dari tubuhnya. Suhu mencecah 18°C dan isterinya hanya mengenakan dress tebal sahaja. Boleh pula dia terlupa untuk membawa baju sejuk tebalnya itu. Dia sarungkan pada tubuh Elle. Elle menoleh dan tersenyum.

"Thank you, Mr Gentleman." Kata Elle. Nicholas mengangkat keningnya. Dia mengenggam tangan isterinya. Beberapa pekerja di pejabat itu melihat kelakukan majikan mereka bersama isterinya itu. Memang betul-betul sepadan.

Elle menjeling pejabatnya. Nicholas mengerling sebelum dia menutup mata isterinya. Elle tertawa. Mereka masuk ke pejabat Nicholas. Nicholas membawa Elle untuk di sofa pejabatnya itu. Elle mengambil tempat dan terus bersandar. Penat ya. Nicholas duduk di sebelah Elle.

Signore & Signora [Completed] 🦋Where stories live. Discover now