BAB 5

22 3 1
                                    

Zaydan menggengam erat penumbuk saat melihat Khalish yang berdiri tegak di sebelah Viera.

Dia berada di majlis resepsi Ace pun kerana dijemput oleh lelaki itu dan atas arahan adik perempuannya, Aira.

"Apa yang jantan ni ada sampai daddy nak sangat kahwin kan dia dengan Viera?" soalnya tidak faham.

"Sebab Khalish tu anak kesayangan dia, mesti la dia akan pastikan anak kesayangan dia kahwin dengan pilihan dia" sampuk satu suara. Zaydan segera menoleh.

"Kau siapa?" Soalnya. Gadis yang berambut hitam panjang itu tersenyum sinis.

"Aku Luna, ex girlfriend Khalish. Kau Zaydan kan, ex boyfriend Viera?" Zaydan mengangguk.

"Aku tahu apa patut kita buat" kata gadis berambut hitam panjang itu.

"Apa?" Soal Zaydan.

**

"Khalish" panggil Viera. Khalish berpaling ke arah gadis yang sedang berjalan mendekatinya.

"Ye Viera?"

"Kalau saya nak balik boleh, tak selesa lah" kata Viera. Khalish terus mengangguk lalu bangun.

"Geng, aku balik dulu tau" katanya pada yang lain. Mereka hanya menganggukkan kepala.

"Bye Viera, jaga diri tau" kata Nia. Naura mengangguk setuju.

"Haah nanti bila bila datang lah jumpa kami ya" Naura berkata lembut. Viera mengangguk.

"Boleh boleh" balasnya seraya tersenyum manis.

Darius menolak sedikit lengan Ace. Ace melihat ke arah Khalish yang sedang menatap Viera.

"Nampaknya lepas ni kita dah ada Ace 3.0 la" bisik Qashaf. Berkerut dahi Haikal.

"Eh kenapa 3.0? Bukan 2.0 ke?" Soalnya.

"Dia jadi 3.0 sebab 2.0 tu adalah Darius" bisik Farhan. Haikal dan Qashaf angguk kepala faham.

"Ok la kami pergi dulu" kata Khalish lalu beredar dari situ bersama dengan tunangnya.

TBC
VOTE

Apa la yang Luna dan Zaydan akan buat eh?

KHALISH VIERATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang