Prolog

51 4 0
                                        


"Eeee, BURUKNYA lukisan kau ni Najiha!"
Aku hanya menahan sebak perasaanku.  Rasa hendak menerangkan hasil karya yang aku dah buat.  Bila difikirkan balik, rasa nak tampar je muka si pengutuk tu macamlah pandai melukis.  Tetapi dari sudut hati, aku rasa nak meraung, menangis terlalak terus biar mereka lihat ekspresiku.  Namun itu hanyalah dalam pemikiranku, aku terpaksa menjaga hati orang lain juga kan?
Hanya senyum kambing je yang aku mampu paparkan pada wajahku ini. "Lukisan buruk, muka pun lebih kurang je" "Tah, cubalah cover sikit gigi kapak kau tu!", mereka hanya tertawa besar apabila mengajukan kata-kata tersebut kepada aku.
'SHRAKKKKKK' Mata aku terbeliak apabila buku lukisanku dikoyak dihadapan mataku oleh mereka.  "Nak kertas wey!" Katanya sambil menjeling ke arah aku lalu mencampakkan buku lukisan aku diluar tingkap sekolah.  "FLUPP!'  Buku tersebut dicampakkan dari tingkat tiga ke dalam longkang yang berair.  Mungkin melihat aku lemah, mereka menganggapkan ianya lucu kerana berjaya mengalahkan dan mematahkan semangat aku.
'DUSHHH!' Satu tumbukan secara tidak langsung dilepaskan ke muka si pelaku.  Pandangan aku tajam memerhatikan satu per satu pembuli yang hanya gelakkan aku.  Suasana kelas yang bising bagaikan pasar malam kini senyap sunyi serta merta.  Terdapat luka kecil di bibir bahagian pelaku.  "Eh m..maaf aku tak sengaja" aku gagap perlahan dan berundur dari kejadian.  Rasa serba salah aku mula bermain di otak fikiranku.  Tapi bukankah mereka yang mulakan dahulu?
Lalu pemergian aku dari bilik darjah tersebut tidak diendahkan oleh kesemua rakan kelasku umpamanya aku hanya menolong diri aku sendiri sahaja pada situasi tersebut.  Apa yang aku hanya dapat rasai adalah mata-mata yang hanya melihat gerak geriku dan berbisik-bisik seolah-olah akulah pesalah dalam situasi ini.
Pernah tak tertanya kepada diri sendiri, kenapa kita sanggup membuat perkara demi mencapai satu kepuasan walaupun hanya seketika sahaja? Pada akhirnya, rasa sia-sia sahaja berusaha untuk menyiapkan satu lukisan yang mengambil masa berjam-jam disebabkan oleh mulut puaka orang lain.
Aku pun mengambil buku lukisanku dari longkang yang berair itu.  Sememangnya buku aku dah pun basah kuyup.  Pernafasanku menjadi berat setelah aku menyelak buku lukisan tersebut secara perlahan-lahan.  Pelbagai macam hasil karya yang asing merosakkan karyaku dalam buku tersebut.  Lagi sedih apabila lukisanku yang dilukis dengan pensel kini ditindan dengan pen dan lagi teruknya ada perkataan-perkataan kesat, cacian makian dan hinaan yang ditulis atas lukisanku.
Tangannya yang menggenggam buku lukisankukini menggeletar. Setiap hela nafasnya menjadi berat, dan tangisannya yang selama ini terpendam akhirnya pecah. Air mataku mengalir pada bahagian pipiku.  Aku cuba mengelap dengan menggunakan lengan bajuku, tetapi tangisaku tetap mengalir.  Aku hanya mampu terduduk dan bersandar di bahagian dinding bawah tangga sambil memeluk buku lukisanku.  Dengan keadaan aku yang lemah, aku membuat keputusan untuk ponteng sahaja kelas aku walaupun itu subjek kegemaranku, Pendidikan Seni Visual.
Mungkin mereka menganiaya aku kerana semangat aku yang gemar akan sendiri mellebih daripada rakan sekelas yang lain.  Cikgu pun tenang dan sering kali memujiku walaupun hasilku tidak sehebat pelajar yang lain tetapi dengan adanya minat, aku boleh pergi jauh ujar cikgu seniku. Sekiranya pihak sekolah menganjurkan pertandingan melukis, pastinya namaku yang akan aku daftarkan.  Aku tidak berharap apa-apa pun namun merek persoalkan bilalah aku akan mendapat johan, asyik-asyik saguhati je. Pada waktu tersebut aku berfikiran terbuka mungkin pada usia aku 15 tahun ini, ada banyak benda mengenai seni yang aku perlu pelajari.  Jadi aku meneruskan minat aku seperti biasa.
Akan tetapi pada waktu ini aku tak dapat berfikir secara positif.  Aku melepaskan hembusan nafas dan mendongakkan kepala keatas.  Apa yang aku dapati, aku kini bersandar pada hasil mural yang dihasilkan oleh bekas pelajar.  '1999' itulah yang ditulis pada bahagian bawah hujung mural tersebut dibawah senarai nama-nama pelajar yang menghasilkan mural itu.  Jika dikira, hasil mural tersebut sudah berusia 18 tahun, warnanya makin pudar, catnya dah terkopak dan dibahagian bawah dinding sudah pun dinaiki lumut. 
Gambar subjek matter yang dilukis pun bukannya melambangkan benda yang tidak senonoh malah mural tersebut menggambarkan mengenai 'Hobi Saya'.  Terdapat bermacam hobi yang dilukis antaranya membaca, bermain bola, berjogging, bermain alat muzik. Kesemua hobi tersebut amatlah disanjung tinggi tapi kenapa apabila melukis je dipandang serong?  Seolah-olah menghasilkan sesuatu lukisan dianggap perbuatan yang keji bagi segelintir masyarakat.  Bagiku ini tidak adil sama sekali.  Buktinya, dengan ap yang aku lihat dengan mata kepalaku sekarang ni.
Aku pasti hasil mural ini pada awalnya sangatlah indah namun, tahun demi tahun ada je tangan yang menggatal merosakkan hasil karya yang cantik ini.  Ekspresi watak yang terdapat dalam karya mural tersebut telah pun diconteng untuk dijadikan sebagai bahan jenaka.  Ada yang dibesarkan lubang hidngnya dengan menggunaka marker, ada ditambah tahi lalat yang besar dan paling menyirap sekali apabila terdapat contengan yang tidak senonoh figura perempuan yang hanya dilukis dengan menggunakan pensel.  Bekas tapak kaki dan kata-kata hinaan juga mestilah ada bagi memburukkan lagi karya.
Sememangnya, hasil karya mural yang sudah divandalismkan itu sama seperti nasib buku lukisanku ini. Dahiku mula mengerut apabila melihat nasib seniman seperti kami hanya dipijak-pijak begitu sahaja.  Seolah-olah usaha yang dihasilkan dalam tempoh yang lama tidak langsung dihargai.
"Memang, tiada langsung ke ada orang yang boleh menghargai hasilku" kataku sambil meluki di atas kerta kecil yang dia keluarkan dari saku poketnya.  Dia melukis bunga dengan hanya menggunakan pensel yang ditemukan bawah tangga dan memainkan pegelangan tangannya bagi membuat ton bunga tersebut.  Nampak kasar tapi hasilnya sangat memuaskan bagiku kerana aku berjaya melepaskan geram di atas kertas tersebut dengan hanya melukis sahaja.
Namun perbuatannya itu tidak mampu meredakan rasa amarahnya terhadap ada yang berlaku kepada dirinya.  "Memang dalam dunia ni, aku tak boleh bergembira dengan melukis ke?" Ake menghentakkan kakiku di atas permukaan lantai setelah aku bangun.  Aku menarik nafas panjang dan sambil aku mengenggam buku lukisan tersebut.
Belbagai kata makian yang bermain difikiranku bagi melepaskan rasa geramku tetapi apa yang aku mampu berteriak ialah "AKU BENCI DUNIA NI!!!". Kakiku mengentakkan lagi. Aku menyepak berulang kali bahagian dinding yang ada mural tersebut.  Kini seperti giliran aku pula yang merosakkan karya mural usang tersebut dengan tendanganku.  Air mataku kini mengalir tapi dalam keadaan marah.
" Kenapa tiada sesiapa pun dalam dunia ni yang sekurang-kurangnya menghargai usaha aku dalam melukis" aku memberikan tendangan yang kuat sampai mengegarkan dinding tersebut. "Adeh kaki aku" dramatik sungguh aku pada mas tu. Tengok tak pasal-pasal sakit kaki sebab melepaskan amarah dengan membuta tuli dan melulu je.
"Najiha!" Mataku terbeliak apabila ada seseorang bukan kedengaran beberapa orang yang memanggil namaku. Aku menoleh ke kiri dan ke kanan seolah-olah aku mahu melarikan diri.  Iya, aku mahu melarikan diri dari dunia realiti yang pahit ini. Aku tertoleh kebelakangku.  Pensel dan buku lukisan yang aku pegang terjatuh apabila aku melihat sesuatu yang aneh terjadi pada mural tersebut.
Mural yang asalnya terdiri dari gambar 'Hobi Saya', kini secara tiba-tiba bertukar kepada lukisan bunga yang aku hasilkan tadi? Lukisan bunga itu disusun secara bertaburan dan terdapat akar hitam putih menjala dibawahnya.  Lututku berketar ketir sehingga membuatkan aku hilang daya imbangan lantas aku terduduk hanya mukaku yang mampu menceritakan bahawa pelik fenomena ini.
Akar yang menjala serta bung itu kemudian bergerak dan menghasilkan satu lingkaran seolah-olah seperti gerbang pintu.  Sinaran cahaya yang terang tiba-tiba menyala dibahagian tengah lingkaran tersebut menyinari suasana bawah tangga tersebut.  "A-ap yang berlaku ni?'
"Najiha" aku cuba mencapai pensel dan buku lukisanku sambil aku mennoleh kearah belakang.  Pensel dan buku lukisan sudah pun ada dalam gengamanku dan setelah aku mendongak, aku terlihat ada sosok lembaga hitam lebih kurang tinggi dalam dua kaki.  Lembaga tersebut seperti berlubang-lubang, bukan seperti coretan.  Ianya seperti melihat lukisan yang mampu hidup.
Aku kemudian menundukkan pandangaku, aku tak mahu kena histeria setelah aku dibuli tadi. "N A J I H A" Ia menyebut namaku.  Aku merasakan ia menyentuh badanku, secara tidak langsung aku rasa aku ditarik secara paksa oleh benda itu.  Bukan rasa, aku memang ditarik memasuki gerbang yang ada pada mural itu.  Aku tak mampu nak beriaksi apa-apa pun kerana ianya secar tiba-tiba, seperti aku ditarik dari dunia realiti.
"Kami perlukan kamu".

Dunia Ni : PandangankuWhere stories live. Discover now