ғ ᴀ ʜ ɪ ᴍ | 52

1.2K 54 1
                                    

FAHIM mengangkat wajahnya apabila kedengaran pintu dibuka dari luar. Dia melihat Puan Sri Sofea tersenyum nipis kearahnya
"Mama, isteri Fahim dah tak ada"

Puan Sri Sofea terus mendakap tubuh anaknya dengan erat dia juga turut terkesan akan pemergian menantunya
"Fahim kena kuat ya demi anak-anak Fahim"
"Fahim tak kuat mama. Fahim perlukan Liya dalam hidup Fahim"

"Fahim jangan macam ni ya sayang. Kita boleh menangis tapi bukan untuk meratapi"
Tiba-tiba pintu itu dibuka lagi sekali oleh doktor wanita
"En-"
Baru sahaja doktor wanita itu ingin bersuara tiba-tiba dia tersentak apabila mesin itu kembali memenuhi ruangan bersalin

Tit!
Tit!
Tit!

Membulat mata Fahim apabila melihat tubuh Liyanna yang tersentak-sentak sebelum nafasnya kembali normal. Dengan pantas doktor wanita itu memakaikan topeng oksigen kepada Liyanna lalu dia memeriksa denyutan nadi Liyanna
"Sa-sayang?"

Terkedu doktor wanita itu apabila mesin itu menunjukkan bahawa denyutan nadi Liyanna kembali normal seperti sedia kala. Doktor wanita itu memandang kearah Fahim yang masih kaku lagi berdiri di sebelah katil isterinya

"Kun Faya Kun. Kuasa Allah"
Bisik Fahim sebelum mulutnya tidak berhenti mengucap syukur. Air mata kembali membasahi wajah yang tampan itu.Puan Sri Sofea dan Tan Sri Syafiq tersenyum nipis sesama sendiri.

**

"Waktu kematian tepat pada jam 9:00 malam"
Tubuh Fahim terus mengeras apabila mendengar Harith berkata. Air mata lelakinya jatuh setitis mengenangkan kembali apa yang diberitahu oleh sahabatnya

Dalam otaknya ligat berfikir untuk memberitahu isterinya bahawa Mak Leha telah meninggal dunia
"Allahuakbar"
Puan Sri Sofea terus mengucap didalam hatinya

Fahim menepuk bahu sahabatnya dengan lembut dia tahu Harith mesti terkilan akan pemergian Mak Leha walaupun dia adalah anak tiri kepada Mak Leha.

Harith hanya mampu tersenyum kelat kepada Fahim
"Btw tahniah bro"
"Terima kasih. Nanti giliran kau pula"

Setelah itu Harith meminta izin untuk pamit kerana dia mempunyai hal yang ingin dilakukan olehnya.
"Nama anak kamu apa Fahim?"
Tan Sri Syafiq menyoal Fahim yang sedang merehatkan badannya diatas kerusi yang memang sedia ada disitu

"Firas dan Faris. Liya yang bagi nama dekat mereka"
Tan Sri Syafiq hanya sekadar mengangguk

Tiba-tiba pintu ward itu dibuka oleh seorang doktor wanita
"Suami Liyanna?"
"Saya"
Fahim terus berdiri dihadapan doktor itu

"Alhamdulillah keadaan pesakit semakin baik. Mungkin dalam beberapa jam lagi dia akan sedar"
"Alhamdulillah. Terima kasih doktor"
Doktor wanita itu mengangguk sebelum dia melangkah pergi dari situ.

Tanpa menunggu lama Fahim melangkah kedalam ward yang ditempatkan isterinya dia melabuhkan punggung diatas kerusi yang memang sedia ada di tepi katil pesakit itu

Dia mengelus pipi isterinya dengan lembut. Hampir saja isterinya meninggalkannya tadi namun Allah yang menentukan segalanya sempat dia bersujud syukur tadi
"Abang hampir-hampir hilang sayang"

Fahim menjatuhkan kepalanya dibirai katil baru saja dia ingin terlelap tiba-tiba terasa satu tangan mengelus kepalanya lalu dengan pantas dia mengangkat kepalanya
"S-sayang?"

Liyanna tersenyum tawar kepada sang suami. Fahim terus memeluk badan isterinya air matanya kini menyembah bumi sekali lagi
"I think i would lose you forever"

Liyanna mengangkat sebelah tangannya untuk membalas pelukan Fahim. Sungguh dia tidak larat sekarang ini namun dia gagahkan jua untuk membalas pelukan sang suami
"I would never leave you"

Pelukan mereka dileraikan
"Anak-anak kita mana?"
Liyanna menyoal Fahim yang masih memandangnya dengan wajah yang sembap
"Dengan mama dan papa"

Sememangnya tadi sebelum dia masuk pesanan sempat dititip untuk Puan Sri Sofea untuk mengambil anaknya dan menjaga mereka buat sementara waktu
"Sayang nak tengok?"

Liyanna mengangguk sambil tersenyum nipis. Fahim terus melangkah keluar dari bilik itu tidak lama kemudian Fahim melangkah masuk kembali bersama-sama dengan anak-anaknya
"Here"

Fahim menyerahkan Firas kepada Liyanna manakala dia pula memegang Faris didalam dukungannya. Liyanna mengelus pipi anaknya yang putih bersin itu satu ciuman dilabuhkan dia dahi anaknya.

Lalu dia menyerahkan Firas kepada Fahim sebelum dia meminta izin untuk mendukung Faris pula. Seperti yang dibuat oleh Firas. Liyanna juga turut melabuhkan satu ciuman di dahi Faris
"Macam papa dia"

Liyanna tersenyum sebelum dia memandang kearah Fahim. Sememangnya kedua-dua anaknya ini memiliki ciri-ciri yang sama dengan Fahim terutamanya Mata, hidung dan bentuk bibir.

Tiba-tiba Faris yang berada didalam dukungan Liyanna itu tersenyum kecil ia membuatkan Liyanna turut tersenyum kerana penampakan lesung pipit dipipi kanan Faris

"Lesung pipit Faris dekat kanan kalau Firas dekat kiri"
Fahim bersuara sambil mendodoikan Firas yang sedang merengek didalam dukungannya
"Abang pula ada dekat dua-dua belah"
Liyanna menyambung ayat suaminya sambil tersenyum manis.






















Tak mati pon don't worry😝
Votes and comments


Fahim:Attractive Husband [C]Where stories live. Discover now