KRING KRING!
Viera yang baru saja selesai mandi itu memandang ke arah telefonnya yang bergetar di atas meja belajarnya.
Dia mendekati meja itu lalu mengambil telefonnya.
Berkerut dahi Viera saat melihat nama pemanggil.
Luke Khalish.
"Khalish? Dia buat apa call aku ni? Ada benda penting ke?" Soalnya sendiri. Dia mengangkat panggilan itu.
"Assalamualaikum Khalish" sapa gadis itu.
"Waalaikumussalam"
"Ada apa awak call saya ni Khalish? Nak cakap apa apa ke?" Tanya Viera hairan.
Khalish berdehem seketika. "Ada. Saya nak awak ikut saya pergi majlis resepsi Ace dan Drea minggu depan" kata lelaki itu tenang.
"Kenapa saya yang awak ajak? Kenapa bukan orang lain?" Soal gadis itu lagi.
"Pertama, sebab saya nak kenal kan awak dengan kawan kawan saya yang lain. Kedua, sebab awak bakal isteri saya. Ketiga, sebab saya nak diaorang kenal awak as bakal isteri saya" balas Khalish tenang.
Viera terdiam. "Boleh tak?" Pinta Khalish sekali lagi tatkala Viera tidak berkata apa apa.
Viera bergumam. "Boleh, nanti awak datang ambil saya"
"Hm kalau dah tak ada apa apa lagi, saya letak dulu. Assalamualaikum" kata Viera lalu meletakkan panggilan mereka.
Khalish mengeluh. Darius yang duduk dihadapannya mengerutkan dahinya.
"Kau dah kenapa ni, Khalish? Monyok je" tegur lelaki itu. Malam ini Khalish datang menumpang ke rumahnya.
"Viera. Dia macam tak nak layan aku je" adu Khalish.
"Dah Kau orang berdua terpaksa berkahwin. Macam mana dia nak sukakan kau kalau hati dia pada Zaydan" balas Darius. Najwa muncul bersama dua cawan teh.
Darius menarik isterinya untuk duduk di sebelahnya. Wajah keliru Khalish dipandang sambil dia menghirup air teh buatan Najwa itu.
"Kau pernah suka dia ke?" soalnya. Khalish mengangguk sekali.
"Pernah tapi aku ada rasa nak move on sebab aku dapat tahu dia dengan Zaydan"
"Dah la tu. Gunakan peluang ni dengan sebaiknya untuk bahagia dengan dia. Kita tak tahu apa yang akan jadi dalam rumah tangga kau nanti. Manfaatkan masa yang ada untuk bahagiakan diri kau Khalish" nasihat Darius. Najwa di sebelahnya turut mengangguk.
"Tapi awak kena ingat satu ayat ni, Khalish. 'Ketika kamu menghadapi ujian, terapkan dalam hati bahawa Allah hanya menguji hamba hamba yang dicintai Nya'"
Khalish tersenyum sedikit. "Terima kasih, Najwa. Darius"
TBC
VOTE

ANDA SEDANG MEMBACA
KHALISH VIERA
RomanceMUHAMMAD LUKE LHALISH & ADRIANA VIERA *BACA ZARIEL'S, ARJUNA'S HERMOSA, RYSA ZACHARY & RYSA ZACHARY 2 TERLEBIH DAHULU START: 25/8/2024 END: 18/10/2024